one

145 13 3
                                    

2008 jan

"Sakitlah!" jerit seorang budak lelaki sambil memegang bahunya.

"Cikgu nak datang dah! Semua duduk tempat masing-masing!"

Pelajar tahun 1A mula berlari mencari tempat duduk mereka.

"Bangun! Selamat pagi cikgu Kim" serentak itu, pelajar lain turut ikut memberi ucapan selamat pagi seperti yang diajar.

"Taehyung! Kenapa awak menangis dalam kelas saya?" soal wanita yang tubuhnya agas kurus dan wajahnya yang bengis. Juga dikenali sebagai cikgu Kim.

"Dia kena buli cikgu!" jelas budak perempuan yang mempunyai tag nama Solbi.

"Mari ke depan Taehyung" arahnya sambil memegang rotan yang dikeluarkan dari bawah meja.

"Siapa buat kamu?"

"Min Byul cikgu!" sampuk Solbi lagi.

"Diam Solbi. Cikgu nak dengar dari mulut Taehyung!" jerkahnya lalu mendiamkan budak itu.

"By-byul"

"Min Byul, kedepan!"

"Kenapa kamu buli dia?" soalnya sambil memandang tepat ke arah mata budak yang bernama Byul itu.

"Saya.. saya.. dia yang mulakan dulu!"

"Byul! Jadi kenapa Taehyung menangis? Awak pukul dia kan? Bagi tapak tangan awak"

Hanya satu pukulan sahaja mampu membuat budak kecil yang berambut tocang dua itu menangis.

/////

2016 sept 1

+Byul's

"Byul! Bangunlah! Penat dah aku tunggu kau! Still taknak bangun ke?" jerit Areum sambil menggoncang badan aku.

"5 minutes! Aku mengantuk la!" aku masih dalam keadaan yang sama dan tidak berganjak walau sedikit pun.

"Fine! Tidur la kau dengan bantal leher kau yang precious tu, lapar jangan mengadu! Kalau tak aku yang kunyah kau" Areum bergerak keluar dari kelas. Aku cuba memejamkan semula mata aku.

Tetap tak boleh. Areum punya pasal la ni!

Tok!Tok!

"Masuk la Areum! Sejak bila kau jadi sopan ketuk pintu ni?" mata aku masih terpejam. Tapi mulut masih rajin untuk membebel.

"Err, aku tengah cari Areum. Nampak dia tak?"

Serta merta mata aku terbuka luas. Suara tu..

Taehyung.

"Kau siapa? Areum takde, dia keluar. Boleh cari dia dekat kantin. Tu je kan? Nanti keluar tutup pintu. Thank you" aku kembali memejamkan mata. Berharap yang semua itu hanya mimpi.

"Aku Kim Taehyung. Satu kelab dengan Areum. Boleh tak kalau aku tunggu dalam kelas ni? Thank you"

Eh eh kau, aku tak suruh masuk. Yang gatal nak masuk asal hah?

Lantakkan je dia. Kau tidur lagi bagus.

Srettt

Bunyi kerusi ditarik.

Jangan cakap dia duduk depan aku.

"Tidur jela. Aku tak kacau pun"

Dalam beberapa minit kemudian, aku terlelap semula. Entah kenapa. Aku tiba-tiba rasa selamat. Dan juga hangat.

/////

"Morning princess!" tegur Areum dalam nada perli.

"Lama ke aku tidur?" soalku mamai.

"Boleh la, sampai waktu sukan pun kau main tutup mata"

Terbeliak mata aku. Waktu sukan 2 masa aku skip?

"Serious la?!" soalku semula. Minta kepastian. Areum ni bukan boleh percaya.

"Ish. Betul la, buang masa menipu dengan kau"

"Eh ni jaket siapa pulak?"

"Eh? Aku pun baru perasan" aku membelek jaket itu. Kot-kot ada nama.

"Ayokkk! Entah-entah kau kena kacau dengan.." aku terus menarik pipinya yang agak tembam.

"Tak payah nak merapu. Tadi ha, ada kawan kau. Apa tah nama dia, keyung? Payung?"

"Taehyung? Pftttt pekak agaknya kau ni" aku hanya memberikan reaksi derp face. Sengaja aku buat-buat tak kenal Taehyung. Malas.

"Haa kenapa dengan dia? Kau jatuh cinta eh? Tak baik berahsia dengan aku"

"Eh eh eh kau. Mulut sedap ajinomoto kan? Mati hidup balik pun takkan!"

"Kau jangan nak sombong sangat. Tak baik. Jadi betul-betul tak tau. Dia dah la hot & spicy"

"Pebenda sia, ni haa. Dia kata dia budak kelab kau. Dia datang kelas tadi, nak jumpa kau. Kau masuk kelab apa? Bukan kita sama ke kelab?"

"Kau ni, aku dah pesan, nak makan tengok, kut ada semut. Tengok, dah lupa! Aku kan pengawas!" serentak aku menepuk dahi aku. Lupa akan jawatan Areum yang satu itu. Dah bulan 9 guys. Baru tahu sekarang.

"Taehyung pun pengawas. Kalau nak tahu. Kot kau berminat"

"Eeee gross. Tak main la benda ceni" aku menunjukkan muka tak berminat.

"Bukan ke Taehyung tu satu sekolah rendah dengan kau? Kenapa kau tak kenal dia?"

"Kau..."

//time// ??Where stories live. Discover now