nineteen

20 4 3
                                    

Selepas 2 hari aku ponteng sekolah, aku datang dengan bangganya bersama lutut yang berbalut dan dahi yang bertampal dengan plaster.

Serupa gangster dah aku ni gaiss ;)

"Woi Byul!" jerit Areum dari dalam kelas. Sampai pagar depan boleh dengar. Dahsyat laa minah ni.

"Kau tahu tak aku rindu kau? Makan tak kenyang mandi tak basah memikirkan keadaan kau. And..."

Aku ternanti-nanti ayat Areum seterusnya. Mesti nak cakap 'aku rindu muka kau yang cantik peloles gojess muah muah muah come to me sayang sayang sayang'

"SEBAB KAU LA AKU KENA DENDA DENGAN CIKGU SEJARAH! KAU BILA NAK PULANG HAAA BUKU AKU" dicekiknya aku sehingga naik purple muka aku.

K gurau. Dia piat telinga kiri aku je hahahahahahha rilek sis semua Areum baik.

"Haaa yelah, aku mintak Yoongi bagi dekat kau. Tapi kau tahu laa, abang aku tiba-tiba jadi pondan.Baru aku tahu sebab apa dia tak mau jumpa kau" terkekek-kekek aku ketawa melihat muka Areum.

"Byul!" dalam keadaan terjengket-jengket aku lari. Ketawa mengalahkan pontianak!

Punya la semangat aku lari sebab rindu nak main dengan Areum, maklumlah 48 jam tak bersua muka... tiba-tiba

"Ohmakkau meletup tup tup cop ong gedek gedek ong seungwoo heol jinjja real daebak" haaaa tu dia, melatah aku. Ditambahkan juga dengan aku jatuh atas badan mamat yang boleh kira sasa and wuuu sexy.

"Byul!" jerit Areum. Luka yang semakin pulih kembali berdarah. Jahitan pada lutut terbuka. Aku menyeringgai (?) sakit.

"Aduhh gajah mana jatuh atas aku ni!"

"Kau?!!" serentak itu aku dan dia bangun. Walaupan darah semakin banyak tersebar, aku masih gigih bangun.

Mamat tak semenggah ni lagi!!!

"Malaikat maut? Hai!!!"

Dia-panggil-aku-malaikat-maut?!

"Kau!!!"

                                        /////

"Kau okay tak Byul?"

"Byul, teruk kau jatuh ni!"

"Kau baru je nak pulih, ni semua budak tu punya pasal!"

"Eh aku pulak, malaikat maut tu yang lari jengket-jengket. Aku yang kena. Apa salah beta?"

"Ishhh dah dah! Terkoyak je pun, bukan aku koma lagi. Dah tepi, Areum jom balik kelas"

Aku menarik tangan Areum. Tapi budak semenggah yang aku pernah jumpa dekat stesen kereta api, yang bajet anak pengurus, yang cita-cita nak jadi guru disiplin, yang bazirkan tiket aku tu, tiba-tiba ikut aku dari belakang.

"Eh kau asal ikut dia?" soal Taehyung sambil mencekak pinggang.

"Tah. Asa ikut dia?" kalini Hwiyoung pula ikut Taehyung buat centu.

Sejak bila Hwiyoung yang baik plus naif ni jadi anak murid Taehyung. Banyak berubah ya lepas dua hari aku tak datang. Ekonomi Malaysia, bila pula mahu berubah? #jangankecamsis

"Sebab mak kita kata, jangan dekat dengan orang asing. Aku kenal malaikat maut je, so aku ikutla dia" selamba itu, dia menarik tangan aku jauh daripada mereka bertiga.

Aku cuba melepaskan diri, tapi ternyata dia lagi kuat. Dulu ye la aku kuat, sebab tinggi dia tak berapa emm.. malas nak mention.

Sekarang, wow kacak siot.

"Kau nak apa hah?" setelah lama kami berdiam diri, akhirnya aku bersuara.

"Aku.. aku tak tau mana pejabat pengetua" ujarnya. Ish laa dia ni.

"Dah tu kau tarik aku sampai kantin apahal? Cakap je laa nak mintak tolong, budak bertuah, dah jom!"

"Hehe peace"

"Eh kau boleh ke berjalan ke ni?" soalnya prihatin. Aduhhh asal laa sejak kebelakangan ni makin ramai jejaka kacak dekat dengan aku?

Mohon lempar batu dekat Byul!

"Boleh je, aku kuat la. Kan aku..." belum sempat aku habiskan ayat aku, dia menarik tangan aku dan meletakkannya di bahunya.

"Jom, tunjukkan bilik pengetua ya?"

//time// ??Where stories live. Discover now