00

238 29 28
                                    

;Hampir pernah ku cuba sesali
Kerna telah memberikan segalanya.

°°°

"Esok mungkin I sibuk, I'm really sorry ," ucap Jaebum di hujung talian. Dia mengerling ke arah jam Rolexnya. Dah lambat. desis hati Jaebum.

"Sayang, nanti I call you semula. I nak pergi meeting ni. Bye," tanpa sempat si pemanggil membalas,  terus Jaebum mematikan panggilan.

Dia tidak mahu terlambat menghadiri mesyuarat. Sebagai seorang pengarah eksekutif yang berpengaruh dan dihormati, dia perlu menunjukkan contoh yang terbaik kepada para pekerjanya.

Salah satunya, hadir ke mesyuarat tepat pada waktunya.

Sebaik sahaja memastikan blazernya telah dipakai kemas, Jaebum terus bergegas ke bilik mesyuarat.

Masa tidak wajar dibuang.

°°°

"Haih," keluh Jiyeon. Telefon bimbit di letakkan semula di dalam tas tangannya. Sejak akhir-akhir ini, susah betul dia hendak berjumpa dengan tunangnya itu. Sibuk memanjang.

Bukan dia tidak memahami, tapi takkanlah tak ada masa langsung sampai nak berhubung pun tak sempat.

Dia faham pekerjaan sebagai pengarah eksekutif bukan sesuatu yang mudah. Pastinya Jaebum sentiasa sibuk tapi belakangan ini, dia rasa lain.

Entah kenapa, dia berasa tidak sedap hati dengan semua ni.

"Dah, baik tak payah fikir," Jiyeon menggeleng-gelengkan kepalanya. Langkah diatur untuk ke pejabat. Dia tidak mahu terlewat.

°°°

"Cantik tak baju ni?" Tanya Jiyeon sambil menayangkan sepasang blouse yang terselit di antara baju-baju yang terdapat di PDI itu kepada Jaebum.

"Cantik," Jaebum tersenyum. Hanya melayan kerenah Jiyeon yang tak penat-penat. Masuk yang ni, dah 10 buah outlet pakaian yang dimasuki mereka. Kakinya juga sudah lenguh.

Tapi kerana sayang, dia turutkan juga.

"Betul ke ni? I tak nak nanti bila I pakai, you mulalah complaint 'tak sesuai lah baju ni dengan you' itulah inilah haa," ujar Jiyeon. Bukan apa, tapi dah selalu sangat begitu.


"Hahahhaa no, yang ini memang nice dah," puji Jaebum ikhlas. Pipi mulus Jiyeon dicubit lembut.
"Okay, I ingat eh kata-kata you ni. Kalau nanti i pakai, lepas tu you complaint, i geletek you sampai you hilang suara nak gelak," gurau Jiyeon dengan nada yang sengaja ditegaskan. Matanya pula dibesarkan.

"Yeee? Oh takutnya kitaaaa," Jaebum membalas. Suaranya sengaja digedikkan sambil mempamerkan riak wajah ketakutan.

"Buat lah buat. Tak comel pun," ujar Jiyeon. Bibirnya dicebikkan. Jujurnya, dia sedang menahan tawanya daripada meletus.

"Yelah tu, padahal you nak ketawa tu," kata Jaebum lalu mengecilkan matanya memandang Jiyeon.

Jiyeon kemudiannya tertawa. Ok yalah, dia kalah.

Jaebun menggeleng kepala melihat keletah Jiyeon. Macam lah dia baru mengenali Jiyeon semalam.

Perkenalan selama tujuh tahun sudah cukup untuk dia mengetahui makna di sebalik setiap body language gadis itu.

Sudah cukup untuk dia memahami hati Jiyeon.

Mungkin?

💔

Thanks for reading 💞💞


Hope this story will get some loves from you guys 🙆

[C] Kisah kita | Jaebum x Jiyeon ✔Where stories live. Discover now