Bab 11: Jaga

44 4 0
                                    

"Assalamualaikum Mak Ngah" aku mengetuk pintu sambil memberi salam.

"Waalaikumsalam, mari masuk cepat. Sejuk dekat luar ni"

Aku mengikuti Mak ngah ke dapur.

"Maira bawa makanan ni ke Ayen ya." Mak Ngah berkata. Hai! Aku baru sampai dah kena buat kerja tanpa gaji. Aku tenggok jam. What! 12 malam? Apahal bagi makan pukul 12 ni? Aku dah buat muka pelik depan Mak Ngah.

"Ayen tu dari petang tadi berkurung. Makan pun tak nak. Mak Ngah tanya pun dia tak jawab. Mak Ngah pun dah buntu nak suruh dia makan"

Aku mengganguk tanda faham. Makanan yang berada di atas dulang aku bawa ke tingkat atas. Pintu bilik Abang Rayyan aku buka perlahan. Terlihat Abang Rayyan enak diulit mimpi. Aku meletakkan dulang ke atas meja tepi katilnya.

Aduh! Kenapa Abang Rayyan tidur tak pakai baju pula ni? Nak gerak ke taknak erk? Kalau tak gerak nanti lapar pula dia. Kesian nanti.

"Alid?"

"Oh, hai Abang. Hehe?"

"Alid buat apa dalam bilik Abang ni?"

Rayyan bangun dari baringnya. Selimut yang menutupi badan kekarnya itu terlurut sampai bahagian pinggang. OMG! Six pack beb. Rasa nak touching je. Huhu. Otak kau dah kenapa fikir bukan - bukan ni?"

"Alid bawa makanan lewat malam untuk abang. Mak Ngah kata abang tak lagi. Alid suapkan ya?"

Rayyan tersenyum dan terus mengganguk setuju. Peluang depan mata,takkan nak tolak lagi-lagi orang yang kita cinta nak suapkan. Aku pun mulakan sesi menyuap Abang Rayyan. Cepat sahaja nasi goreng dalam pinggan itu habis. Sedap and lapar sangat agaknya.

"Sedap?" Abang Rayyan hanya mengganguk.

"Tulah lain kali jangan nak...."

Ahh! Apa ni? Bibir aku basah dicium Abang Rayyan. Bukan sekejap Abang Rayyan cium bibir aku. Naik menggah aku dibuatnya. Tapi aku terus layan perangai Abang Rayyan. Ciuman kami bersatu. Lama. Tangan kanan aku yang mula dipegang oleh Abang Rayyan membuatkan perbuatan Abang Rayyan terhenti. Cincin di jari aku membuatkan Abang Rayyan memandang aku tajam.

Aduh kenapa aku boleh lupa nak cabut cincin ni? Bodohnya aku ni.

"Keluar!" Aku sedikit terkejut dengan tengkingannya.

"Abang okey ke?"

"Aku kata keluarkan, Kau bodoh apa ha? Tak faham bahasa?" Aku punya badan ditolak dan akhirnya aku tersungkur jatuh dari katil tu. Air mata aku menitik. Mana pergi simpati abang sepupunya itu. Aku yang tersungkur di sini, langsung dia tidak peduli. Malah lelaki itu buat-buat tak nampak.

Aku terus bangun dari lantai itu. Sengal badan masih terasa tapi aku tahankan sahaja. Dulang makanan aku bawa bersama. Aku membasuh pinggan dengan air mata yang masih bersisa. Niatnya yang mahu tidur di sini terasa tawar tiba-tiba. Beg yang dibawa digalas semula. Kaki aku melangkah keluar dari pintu rumah agam itu. Kakinya terus melangkah ke perhentian bas.

Walaupun aku tahu tempat ni takkan ada bas or taxi yang lalu,aku masih tetap di sini. Mata aku masih menangis. Sampai hati abang buat Alid macam ni. Alid benci abang!

 DI RUMAH MAK NGAH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DI RUMAH MAK NGAH....

"Maira?" Puan Ruzimah memasuki bilik anaknya.

"Ayen mana Maira?"

"Bawah kot"

"Bawah apanya, bawah dia tak ada. Bilik tamu pun dia tak ada. Baik kamu bagitahu mama sekarang, apa kamu dah buat dekat dia sampai dia tak nak tidur sini?"

Rayyan terus bangun dan menyarungkan bajunya. Kunci kereta diambil. RISAU.

"Nak ke mana tu?"

"Cari Alid lah mama. Nanti jadi apa-apa dekat dia susah pula". Rayyan terus berlalu pergi.

DI BAS STOP..

"Issshh lepaslah" aku menjerit meminta tolong. Mereka makin galak mencuit aku. Belum sempat aku di apa-apakan,ada tangan yang menumbuk pencabul itu. Melihat sahaja gerangan itu,buat aku rasa menyampah. Aku terus berlalu dari situ. Tak sampai 5 minit aku punya langkah telah diasaingi oleh Abang Rayyan.

"Alid,jom balik?"

"Balik? Rumah Alid bukan dekat situ"

"Alid,abang betul-betul minta maaf"

"Maaf? Untuk apa ya?"

Rayyan sedikit bengang mendengar jawapan Alid. Bibir munggil Alid dicium rakus. Tanpa dipinta tangan aku terus menampar pipi Abang Rayyan. Sungguh dia dah mula jijik dengan ciuman lelaki ini. Mula-mula romantik pastu tiba-tiba baran.

 Mula-mula romantik pastu tiba-tiba baran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Argh! Pipi aku terasa sakit. Air mata aku merembes keluar. Abang Rayyan tampar aku? Sampai hati dia buat aku macam ni.

"Alid benci Abang!"

Aku terus berjalan untuk menyeberangi jalan tapi malang tidak berbau,aku dilanggar kereta. Badan aku tercampak ke tepi jalan. Badan aku penuh dengan lumuran darah.

"Alid!"

I will not love you, Mr.SadoWhere stories live. Discover now