Cerita 9

104 10 0
                                    

KELIBAT DALAM BILIK

HI KORANG!!

Lama tak update kan? Hehehe sorry busy.. Okay actually, mel akan update and update cerita pengalaman mel nampak makhluk halus ni dari masa ke semasa. Sebab mel quite busy lately. Settlekan impian. Wahh impian kauu. Haha k k serious serious. Ye impian nak sambung belajar. Huhuu nak dapatkan degree dan master inshaaAllah. Kalau tak ada apa apa halangan. Kalau rezeki lebih, buat Phd pulak. Huhuu doa doakan untuk mel eh? Doa korang akan Allah balas jasa korang. Berbuat baik berpada pada. Buat jahat jangan sesekali.

Okay, now, mel nak cerita kisah pengalaman mel nampak kelibat dalam bilik. Kelibat apa tu??? Haaa nak dijadikan cerita, satu malam, mel under depression. Mel pantang bila depression, mesti akan nampak. Bukan setakat nampak je. Siap kacau lagi cuma lupa nak record apa dia buat. Amboii orang dah bagi singgah dia buat hal pula.. Haih. Kelibat tu warna hitam, tapi nampak susut tubuh perempuan. Oh yes pernah juga nampak kak Cong (pocong) dalam bilik tapi hanya sekali imbas. Yang kelibat ni macam kak Ti (pontianak) mel nampak dia bergerak ke dinding belah kiri. Hm mel tengah melukis dalam gelap. Tapi tak gelap mana pun. Guna lampu tidur je. Tak terang sangat tak gelap. And mel tak boleh tidur dalam gelap. Mel nampak bila tidur dalam gelap. Kalau nak tidur dalam gelap, biar mel tidur dulu baru boleh tutup lampu. And make sure bila mel bangun tu bilik terang lah haaa. Masa mel nampak tu, dalam pukul 12 lebih dekat pukul 1, i can't sleep because I have a lot of things to do. Jadi, mel tidur lambat. Memang selalu mel akan tidur dalam pukul 1 atau 2 pun. Hari kerja mahupun tidak kerja. Then, bila mel dah nampak and boleh track dia pergi mana, mel pun tutup laptop, tutup buku lukis, mel baring, baca surah yang patut baca, mel pejam mata. Mel tak tidur lagi. Mel pejam mata je. Mel dengar bunyi plastik sampah dipijak pijak, mel dengar bunyi air menitik, mel dengar ada orang alih barang. Haih tak tenteram mel tau tak. Mel abaikan semua bunyi tu, tau tau dah terlelap. Besok pagi bangun sakit badan. Mesti dia lanyak mel. Takguna betul.

Pada malam kedua, macam biasa mel tidur lambat, siapkan kerja. Mel kalau dah buat kerja, bagi siap terus. Tak suka tangguh tangguh. Kalau macam designing, mel akan buat sampai mel rasa puas hati. Selagi tak puas hati, selagi tu jangan tidur. Mel pernah mel tengah bersungguh buat ni, then ada orang kacau, mel cakap sambung esok, bila esoknya, otak blank. Tak tahu nak buat apa. Jadi, kalau mel tengah buat kerja bersungguh, jangan kacau. Sama juga macam room cleaning. Mel akan lap segala habuk segala sawang (kalau ada) kat dalam bilik mel. Selagi tak siap, selagitu jangan keluar bilik keluar rumah pergi jalan. Kalau tak, separuh jalan je lah kerja. Okay. Balik pada cerita asal. Malam kedua, mel bangun pagi tu, tengok barang semua kat tempat sepatutnya dia ada. Tak beralih pun. Tapi malam kedua, mel buat kerja sambil menyanyi. Nak hilangkan sunyi even suara macam katak, peduli apa aku. Mel tengah sedap menyanyi, tiba tiba lagu tu play balik dari mula lagu mel nyanyi tu. Pastu lagu sangkut sangkut. Mel kalau macam tu, terus cabut earphone then tutup laptop, tutup buku sketch, mel tidur  pejam mata terus tidur. Sebab memang mengantuk sangat masa tu. Hahaha tapi masa lagu play balik dari awal tu, mel nampak something kat pintu bilik mel, kerinting serabai, baju lusuh. Mel tak nampam muka. Biaq pi lah. Kalau lawa ke tak lawa ke, hantu jugak. Sooo tu je lah kot mel cerita dulu.


Kalau ada apa apa pertanyaan, boleh comment dia ruang comment. Jangan lupa Vote cerita 9 ni dan share my stories to other people. Thank you so much!

👤👤👤

"Jangan Takut Nanti Dia Lagi Suka"Where stories live. Discover now