Bab 1

136 6 0
                                    

   Aisya Humaira merenung kearah dada langit yg kelihatan agak mendung pagi itu.. entah kenapa hatinya rasa seolah-olah ada benda buruk yg bakal menimpa sebentar lagi.. Dadanya yang sejak tadi berdegup kencang dipegang erat mungkin baginya dengan cara itu jantungnya kembali normal seperti biasa..  Baru sahaja tangannya ingin mencapai komik yang berada diatas mejanya tiba kedengaran bunyi seperti ada sesuatu yang terjatuh di ruang tamu.. Gadis berumur 6 tahun itu terus keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu..

   Pucat lesi wajahnya apabila melihat adik perempuannya, Arya Husna terbaring dengan kepala yang penuh dengan darah.. Menggigil-gigil tubuh badannya menahan ketakutan.. Belum sempat gadis kecil itu ingin mendekati adiknya tiba-tiba tubuhnya ditarik kasar dan..

  PANG..!!! Sebuah penampar sulung hinggap betul2 di pipi kirinya.. Berdesing gegendang telinganya.. Matanya yang berair sedaya upaya cuba menahan daripada empangan air matanya pecah..

  "A.. A.. bi.." Terkunci rapat bibirnya apabila kedua belah rahangnya dicengkam erat oleh telapak tangan Encik Abdul Aziz yang lima puluh ganda lebih besar dari tangannya.

   "Jangan kau berani panggil aku nie abi kau?!! Sekali lagi kau panggil aku macam tu pecah mulut kau makan penampar aku nanti! Kau tengok apa yang kau dah buat sekarang!" Kepala Aisya Humaira ditolak kasar kearah tubuh Arya Husna yang kelihatan kaku tidak bergerak.

   "Ya ALLAH abang. Abang buat apa ni? Astaghfirullahalazim anak kita." Celah Puan Zara Sofiaa yang entah muncul dari mana.. Baru saja wanita berumur lingkungan 20-an itu ingin menuju kearah Aisya Humaira yang kelihatan ketakutan terus dihalang oleh Encik Abdul Aziz.

  "Buat apa awak nak risau dekat budak sial ni?! Dia belum mati lagilah! Awak pergi tengokkan Arya, cepatlah..!" Jerkah Encik Abdul Aziz. Puan Zara Sofiaa yang ketakutan lekas-lekas menuju kearah Arya Husna lalu mengangkat gadis itu menuju kearah biliknya. Klinik? Jangan harap Encik Abdul Aziz membenarkan mereka menjejaki kaki ke Klinik untuk mendapatkan rawatan. Inikan pula Hospital. Walaupun yang sakit itu anak kesayangannya.. Arya Husna. Jauh api dari panggang...

Alergik CintaWhere stories live. Discover now