Bab 2

119 6 0
                                    


    "ALLAHUAKBAR..!" Tercunggap-cunggap Aisya Humaira apabila tersedar daripada mimpinya.. Matanya merenung sayu wajah kawan-kawanya yang enak dibuai mimpi.. Alangkah indahya jika dia turut enak dibuai mimpi seperti kawan-kawannya yang lain saai itu. Aisya Humaira berpaling apabila terasa ada tangan yang menggosok lembut bahunya. Wajah lembut Qisha direnung sayu.

   "Kenapa ni? Kau mimpi lagi ya?" Soal Qisha yang turut terjaga apabila terdengar jeritan sahabat merangkap sepupunya itu. Basah kuyup baju dan wajah Aisya Humaira seperti baru lepas lari daripada pusingan marathon. Walaupun Qisha mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengannya tapi gadis itu tidak mampu melakukan apa-apa. Siapa yang mampu tolong dan percaya dengan cerita budak belasan tahun seperti mereka? Hanya ALLAH dan sahabat-sahabatnya sahaja yang mempercayai dengannya saai itu.

   "Hurm. Dah pukul lima setengah. Aku nak pergi solat kejap." Balas Aisya Humaira yang cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya lalu terus berlalu menuju ke arah tandas asrama. Disitu segala kesedihan dan kesakitannya dilepaskan. Wajanya dibasuh bagi menyembunyikan kesedihan hatinya.
 
  Selepas selesai mengangkat wudhuk gadis itu berlalu menuju ke dormnya. Selesai solat sunat tahajjud dua rakaat, kedua belah tangannya diangkat tinggi bersedia untuk meluah dan memohon doa kepada sang pencipta..

  "Ya ALLAH. Hari ni kau uji aku lagi. Mungkin pada pandangan yang lain aku kelihatan kuat, mampu tersenyum dan bergelak ketaw seperti yang lain. Tapi tahukah mereka apa yang tersimpan di lubuk hati ini? Aku tidak minta harta kekayaan yang melimpah ruah. Aku tidak minta diri ini dihormati dan disanjung tinggi. Aku hanya minta satu sahaja Ya ALLAH. Kasih sayang. Kasih sayang daripada abi. Aku mengemis kasih bukannya daripada yang haram tapi daripada yang halal. Berat sangatkah permintaan aku ini Ya Rabb? Aku inginkan kehidupan yang normal seperti keluarga yang lain. Aku tidak kuat Ya ALLAH. Aku tak mampu hadapi dugaan dan ujian yang kau beri ini Ya ALLAH. Kau tabahkanlah hatiku.. Bantulah aku Ya ALLAH. Kau campakkanlah perasaan kasih dalam diri abi.. kau lembutkanlah hatinya Ya ALLAH.. Aamiiin. Aamiin Ya Rabbal Alamiiin.."

  Wajahnya diraup lembut. Sekali lagi air matanya gugur dihadap sang pencipta. 'Lemah? Yup. Aku, kau dan semuanya lemah. Lemah pada si Dia. Jadi jangan berlagak yang kau tu hebat kerana kita semua asalnya daripada tanah yang kita pijak dan kembalinya kita pun dibawah tanah juga.'

                    
   
                      .....................................

"SHAH, kau okay tak ni? Pucatnya muka kau. Aku bawa kau pergi bilik kesihatan nak tak? Kau rehat jelah. Nanti aku sampaikan dekat teacher Sue yang kau tak sihat okay?" Soal Aufailiyyin tak ubah seperti machine gun. Tergelak kecil Aisya Humaira dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabatnya. Terharu. Bukannya senang nak cari sahabat yang betul-betul ikhlas sayangkan kita. Kebanyakannya semuanya palsu. plastik. Alhamdulillah ALLAH hadiahkan padanya sahabat-sahabat sebaik Qisha dan Aufailiyyin kepadanya. Syukran Ya ALLAH.

   "Don't worry my dear. Aku okey jelah. Just lapar je sikit, sebab tak sempat nak breakfast pagi tadi. Hehehe." Aisha Humaira tersenyum malu sambil menggosok-gosok perutnya. Baru sahaja gadis itu ingin menuju kearah dewan sekolahnya tiba-tiba tangannya ditarik oleh Qisha dan Aufailiyyin.

   "La. Kenapa kau tak begitau awal-awal? Aku ingatkan kau dah makan tadi." Marah Qisha geram dengan sikap dirinya yang kurang alert dengan situasi sahabatnya yang seorang itu.

   "Eh, tak payahlah. Aku just joke jelah. Lagipun dah lewat ni. Korangkan bertugas jaga barisan pelajar hari ni." Balas Aisya Humaira menggelabah. Tangannya ditarik bagi mengelakkan daripada dirinya terlepas dengan sahabat-sahabatnya itu. Tanpa sedar tubuhnya terlanggar sesuatu. Kalau boleh pengsan dah lama gadis berlesung pipit itu buat-buat pengsan apabila melihat wajah seorang lelaki yang sedang merenungnya dengan pandangan bengis. Kalau boleh ditelan, rasanya sudah lama lelaki itu menelannya.

  "Siot punya budak..! Dahlah aku tengah lapar ni kau boleh nak main bergurau dengan aku lagi! Kau pernah tengok tak aku telan pelajar hidup-hidup? Kau tak pernah tengokkan?! Sebab kau orang pertama yang aku akan telan kejap lagi! Asal kau diam?! Tak ada mulut ke?! Atau kau dah bisu?! Habis makanan aku dibuatnya!" Jerkah seorang lelaki yang memakaitage bernama Tengku Uwais Al-Qarni.

   "Hei, mulut hang tu cakap baik-baik sikit noh. Tak reti nak hormat kami kaum Hawa ni ka? Sahabat kami ni bukannya sengaja pun nak langgar hang. Daripada kami duk langgar hang lebih baik kami pi langgar pokok rambutan kat sana, sekurang-kurangnya dapatlah buat rambutan, ini dak." Balas Qisha terlebih berani sekali terkelua longhat kedahnya. Sakit hatinya apabila kawannya dikerkah sedemikian rupa. Manusia yang bodoh sahaja yang tidak sayangkan kawannya sendiri.

   "Kurang ajar betullah kau ni. Sini aku bagi penampar sikit biar bisu terus mulut kau tu!" Tangan lelaki itu sudah diangkat tinggi-tinggi. Bersedia untuk menapar mulut gadis celopar dihadapannya itu.

   "Qizz, sudahlah tu. Maaf. Maaf. Saya tak sengaja. Saya minta maaf sangat-sangat." Ujar Aisya Humaira terketar-ketar ketakutan. Wajahnya ditunduk. Langsung tidak berani bertembung dengan pandangan lelaki di hadapannya itu.

   "Habis kotor baju aku! Aku nak kau basuh jaket ni cuci-cuci dan bawa esok. Pastikan jaket ni wangi ye. Kalau tak siap kau!" Marah Tengku Uwais. Jaket kulitnya ditanggalkan lalu dicampak kasar ke arah Aisya Humaira yang kelihatan basah kuyup bermandikan Maggie Tomyam. Memang bestlah mandi maggie tomyam tak payah penat-penat nak beli perfume dah cukup wanggi. Ditambah dengan kuah yang cukup panas confirm boleh melecur kulitnya. Nasib baiklah baju sekolahnya agat tebal sedikit. Tak adalah panas sangat.

   Wajah Qisha yang kelihatan tidak berpuas hati dan ingin membalas itu ditarik kasar. Mulut gadis itu ditutup supaya tiada perkataan yang bakal terkeluar sehingga menimbulkan lagi sebarang masalah. Apabila Tengku Uwais bersama kawan-kawannya sudah berlalu, barulag mereka mampu bernafas secara normal.

   Rasa sesak nafasnya menahan ketakutan apabila dijerkah sedemikian, nasib baiklah tiada pelajar lain yang memerhatikan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Kalau tidak haru hidupnya menjadi mangsa tukang reporter-reporter yang terdiri daripada pelajar sekolah.

   "Eiii.. Tak puas hati betullah aku dengan mamat poyo tu. Ingat dia tu bagus sangat ke dahlah..."

   "Erk..! Qizz, Shah. Hangpa tak kenal ka dengan siapa tadi tu?" Celah Aufailiyyin dengan wajah pucat lesi. Kalau ditoreh pun rasanya tiada darah yang keluar.

   "Tak. Kenapa? Buat apa nak kenal? Bukannya penting sangat pun poyo je lebih." Balas Qisha yang masih membahang dengan sikap lelaki itu yang tidak menghormati kaum Hawa. 'Wujud lagi spesis macam tu kat dunia ni rupanya.'

Alergik CintaWhere stories live. Discover now