Bab 1

72 6 5
                                    

Matahari yang menyinari bilik tidurku membuatkan tidur yang aman dan tenteram agak terganggu.

"Ya Allah Medina sayang, dah pukul berapa ni cek Minah oii" bebel Tengku Marliana sambil menyelak langsir tingkap Medina. Harini hari pertama aku bersekolah di Malaysia dan aku punya jam lonceng yang comel macam aku ni tak berbunyi?! oh my gosh.

"Give me five more minutes ma" penat weyh malam tadi pukul 10 malam baru sampai Malaysia.

"Banyak lah hang punya five more minutes!Dah pukul 7.30 lah cik kak oii!" amik mak hang dah keluarq dah bahasa dio.

"WHAT?! Ya allah kenapa tak kejut eish "terus segar mataku dan apalagi terus capai tuala dan ke bilik air.

'Haih dah lah lambat boleh jerit jerit pulak anak dara aku sorang nih' omel Tengku Marliana dalam hati sambil geleng geleng kepala memikirkan perangai M anaknya.

🌸🌸🌸🌸

Siap sahaja membetulkan tudung yang agak kemek, ada gelembung dan seangkatan dengannya, terus sahaja Medina bergegas kebawah.

"Medina breakfast dulu jom sayang" panggil Tengku Marliana.

"Tak pe lah Mama dah lambat sangat ni. Along! Cepat lah dah lambat nih!" haish abang aku yang sekor ni selalu lah lambat. Eh? Bukan aku ke lambat? Er....

"Sabar lah aduh minah nih dia lambat pastu nak jerit terlolong" balas Tengku Eris Aryan selamba.

Oh ya memperkenalkan abang ku yang sulung ni. Nama dia seperti yang tertera di atas ye. Umur nak cecah 23 tahun ni. Dia, Tak berapa handsome sangat pon, tapi entah lah ramai sangat suka dia ni. Aik? Tak handsome tapi ramai suka cam ne tu ek? Kk tak pe tak pe yang penting Aaira paling cute. Hahaha.

Along terus bergegas ke ninjanya untuk menghantar minah perah santan ni. Beberapa minit kereta ninja itu membelah jalan raya yang agak sibuk , sampai jugalah Medina ke sekolah barunya.

"Okay dah sampai. Belajar elok-elok tau. Ni Malaysia bukan LA. Perangai dingin nak matei kau tuh turun kan sikit. Jadi perempuan melayu terakhir yang ayu. Sopan pun lagi okay."bebel Abang Eris. Medina? Masok telinga kanan keluar telinga kiri lah jawabnya.

"K lah Abang, Medi pergi dulu Assalamualaikum."balas Medina lalu bergegas keluar dari kereta kerana dia dah LAMBAT.

🌸🌸🌸🌸

"Aduh, bila masa pulak ada tiang bendera putih depan aku nih aduh mak bapak nenek tok moyang sibuk betul lah"
tengah nak cepat ni lah ada nak buat drama cliche kat sini. Eh? Apa aku merepek kerepek nih?

"Woi sukahati jiwa tok nenek moyang kepala atuk kau jek panggil aku tiang bendera putih! Kau tu ha, kalau nak cepat pon tak yah ah sampai langgar-langgar orang, kau ingat ni gelanggang bumper car ke?!"hamek mung dah keluaq dah tiang bendera ni punya suara. Eh? Tiang bendera bole bercakap eh? Apa ke bengap sangat ko ni Medina nak merepek saat saat getir ini.

"Maaflah aku nak cepat ni so tiang bendera yang boleh bercakap aku minta diri dulu ya" terus aku berlari eh silap berjalan dengan pantas ke tempat aku berdaftar.

Puas aku mencari kelas ade juga seorang hamba allah yang baik hati nak tolong carikan. Dah lah panas huhu redho jek ler dah namanya pun Malaysia. Sampai jek kelas macam biasa lah ye ketuk pintu beri salam

"ASSALAMUALAIKUM NAK RAYA NI!" ehem apa ni. ha ha. hambar nak wat joke tak jadi ah. Kk jangan nak main-main dah.

"Assalamualaikum" dengan suara yang sopan santun nya aku bersuara. Ialah kan nak jadi perempuan melayu terakhir + ayu + sopan bak kata abang Eris ye, bukan bak kata Medina. Aku melangkah dengan kaki kanan lebih afdol. Pergh semua pandang aku macam nak terkam jek weyh. Terasa bagaikan bidadari masuk kelas. Kk melalut again.

"Attention class this is our new student from LA. Please introduce yourself dear" kata Puan Azian selaku guru bahasa inggeris dan guru kelas.

"My name is Nayli Medina. Im from LA. Nice to meet you guys. You guys can call me Medina"kataku agak dingin entahlah rase lain macam stare diorang ni kat aku. As always lah muka still cold as ice. Lantak lah orang nak kata apa pon life aku an?

"Okay Medina you can seat beside Laila over there" kata Puan Azian sambil tersenyum. Medina ni kalau dah buat muka sedingin-dinginya itu jangan dikacau nanti takut meletus. Anyway kenapa Medina tak sebut panggilan 'Tengku' tu sebab dia tak suka kalau dirinya ditinggi tinggikan dan dia tak suka orang tau dia siapa yang sebenar biarlah ianya rahsia. Aku terus pergi ke tempat yang Puan Azian beritahu tadi.

"Hey, my name is Laila Arina. Nice to meet you." tegur seorang perempuan disebelahnya.
"Hey nice to meet you too" balasku agak awkward. Tiba-tiba pula ade orang dibelakangnya juga memperkenalkan diri tanpa disuruh. Aik? Perkenalkan diri nak suruh ke? Adui nampaknysangat ketakperamahan Medina.

"Hi nama aku Aefie Arina. Laila ni dari grup kami The Reds. Nak join tak?" tanya Aefie yang agak comel ni. Mula-mula masok sekolah dah ade grup dahsyat tak? Hahaha. Untung beb.

"Ermm Hi.. Okay jek." malu-malu kucing gituh.

🌸🌸🌸🌸

Kring! Kring!

Loceng apa tuh? Ah memang jelas lagi bersuluh lah tu loceng menandakan waktu rehat sudah tiba. Berpusu-pusu manusia yang kelaparan keluar dari kelas untuk ke kantin. Aku berjalan dengan grup The Reds ke tempat yang aku pon tak tahu.

"Ni lah bilik khas kami. Kalau kau nak tahu bilik ni khas untuk kami sahaja sekolah bagi sebab kitaorang je yang paling dibanggakan sekolah, so memandangkan kau dah masok grup kitaorang kau boleh masuk jugak bilik ni." kata Laila. Aku hanya mengangguk dan tersenyum manis sambil melangkah masuk ke bilik itu. Banyak juga kami bualkan sampai lah habis waktu rehat.
Aku dengan tidak sengaja nya terlanggar lagi tiang bendera putih.

"Pergh tiang ni dah tahu diritu tiang nak gak jalan-jalan." kataku perlahan tapi cukup didengari orang yang berada disitu. Kk aku tahu aku tak cakap perlahan tapi tak yah lah tengok aku macam tu. Aku pamerkan senyuman sinis spesial untuk tiang ni.
Tapi apa yang dia balas ialah.....

"Eh eh minah ni buta ke main langgar orang jek! Pastu sesedap dia jek nak cakap aku tiang! Sedar lah diri tu sikit muka cam tong sampah kat hujung tuh!"tengking lelaki tu. Pergh tak takut rupanya hang ni tiang. Aduih Medina dah tau dia tiang mana ada perasaan. Ha. Ha. Ha. Kk tau lah hambar.

Eh eh mamat sekor ni sesedap dia jek nak panggil aku tong sampah, muka aku yang comel lote ni cakap aku tong sampah?! Aku TAK sengaja kot.

"And I think youre such an idiot and insane boy in the world wide" balas aku dengan seselambanya. Ramai jugak yang terkejut dengan tindakan keselambaannya aku. Aku dah tau tiang ni sape sebenarnya. Sebab The Reds dari mula perbualan sampai ke habis perbualan cerita pasal mamat bajet famous amous ni.

"Ek eleh kau nak cakap aku idiot konon kau tu siapa jek entah-entah tinggal kat kampung mana entah " balas lelaki yang kurang siuman ini.

"Oh ya ke? Ade muka aku yang comel ni kesah ke?!" aku membalas dengan sinis lalu pergi dari situ, lagi lama dia kat situ lagi naik lah api amarahnya. Bahaya kot.

🌸🌸🌸🌸

____________________________________

Okay tak bab 1 ni? Jangan kecam tau kalau bosan sebab ni baru bab 1... Kalau ade tertypo or tersalah tatabahasa please comnent and sorry...💘💘

Enjoy readding! 💘

Please VOTE and COMMENT! 💘

Fall in Niqab's GirlWhere stories live. Discover now