4

34 2 5
                                    

"Kenapa ya engkau panggil aku dengan gelaran pontianak?" Laula memulakan pertanyaan. Sudah dua kali Boy memanggil dia dengan gelaran itu.

Boy yang sedang enak menjamah aiskrim mahal itu memandang Laula disebelahnya. Dengan wajah kehairanan pada mulanya lalu terukir senyuman.

"Kau pernah tengok diri engkau dicermin tak?" Tanya Boy.

Laula mengangguk.

"Kulit engkau putih, rambut engkau hitam dan panjang lagi tu. Kalau dilepas mengurai pasti sama dengan ciri-ciri pontianak. Dan aku juga perasan, kau suka memakai pakaian berwarna putih. Kesemua pakaian kau putih bukan?" Jawab Boy dengan selamba sambil mengigit hujung kon aiskrim itu dengan mendongokkan kepalanya.

"Mengintai aku ke?" Bisik Laula dalam hati.

Boy bergerak kedepan menghampiri tong sampah. Membuang sampah-sampah kertas dan tisu yang digunakan.

"Aku tak intai engkau atau selidik engkau. Dah kita selalu terserempak hari-hari di kuliah, mestilah aku perasaan apa yang ada ada engkau dan apa yang engkau pakai." Katanya lagi.

Telefon bimbit Boy berbunyi. Ada panggilan masuk.

"Ehm.. nampaknya aku kena pergi dulu. Kawan aku dah tunggu dekat bawah. Engkau jangan merayau jauh pulak. Jaga diri. " Boy meminta diri untuk pergi, kerana rakan-rakannya sudah sampai untuk berhibur

Laula hanya mengangguk dan memerhati Boy yang sudah jauh pergi meinggalkannya.

"Kau suka dia?" Bisik suara itu.

Kali ini Laula hanya menganggap itu hanya bisikan suara hatinya.

Laula berlalu pergi.

...................................................................................................................................

Malam itu dia merasa seronok sekali. Mungkin ini adalah perasaan bila bercakap dengan seorang lelaki. Ya, dia tidak pernah berborak dengan lelaki. Kalau tidak kerana Salina itu ramah mungkin dia tidak akan pernah berkata-kata barang kali. Dan hanya menjawab bila ditanya.

Disudut lain, ada bayangan yang memandangnya. Sepertnya dia marah. Dengusan kasar terhasil. Tapi tidak Laula sedar kerana telinganya dipekakkan dengan lagu-lagu kebahagian yang ada dalam senarai player mp3 nya.



Dua Alam Satu JasadWhere stories live. Discover now