Bab 2

39 2 0
                                    

"Assalamu'alaikum, abang!" sapa Humaira yang tekocoh-kocoh datang menghampiri tempat dudukku.

"Wa'alaikumussalam, dik.. Adik ni guna tandas ke buat tandas? Lama sangat!" sindirku dengan nada sengaja ditegaskan.

"Hehehe... ala abang ni. Adik sakit perut lah tadi, sorry yaaaa......" balas Humaira sambil tersengih-sengih menampakkan giginya yang putih dan tersusun kemas.

"Hmmm ialah.. Adik, tolong ambilkan abang air, abang haus ni," pintaku.

"Ok boss!" Balas Humaira ringkas. Dia segera berlalu ke meja besar yang menghidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk dinikmati.

>>>

Ketika aku sibuk mendengar text daripada aplikasi Whatsapp yang dibaca oleh screen reader telefon bimbitku, seseorang telah menghampiriku.

"Maaf ya saudara, tak sangka boleh jadi lambat. 'Traffic jam' lah pula dekat meja tu." Ucapnya dengan nada sedikit kesal.

"Tak apa cik, saya faham." Balasku selamba.

"Ini saya ada bawakan sebiji kurma, nasi goreng, ayam kari dan sayur campur sedikit. Saudara makan lah dulu. Kesian pula saya tengok saudara." Katanya selepas mengambil sepinggan makanan buatku sebentar tadi.

"Terima kasih cik," balasku segan.

Selang beberapa saat Humaira datang membawa dua cawan berisi minuman.

"Abang, ni adik bawakan air oren," hulur Humaira sambil menghalakan cawan tersebut pada tangan kananku.

Humaira melihat huluran pinggan dari seorang perempuan belum disambut Abangnya sejak tadi.

"Kak, makanan ini buat siapa ya?" Tanya Humaira inginkan kepastian.

"Oh ya, ini saya bawakan makanan untuk abang saudari," katanya sambil merapatkan pinggan tersebut pada tangan kiriku.

Aku menyambut hulurannya. 'Aduh, kekok lah pula.' Bisikku dalam hati.

Humaira hanya terangguk-angguk dan membalasnya dengan senyuman manis.

Naik hairan pula dia bila ada seorang perempuan berdiri dekat dengan abangnya tadi. Cantik pulak tu. 'Untunglah abang ni' desis hati Humaira sambil menyembunyikan senyuman dibibirnya.

Seingat dia seumur hidup ni, belum ada perempuan yang berani menegur abangnya lagi. Terutamanya apabila abangnya telah mula hilang penglihatan tujuh tahun yang lalu ketika berusia lapan belas tahun.

Humaira meneliti setiap inci muka perempuan di hadapannya. Apabila tersedarkan sesuatu......

"Eh kakak ni, bukannya Ustazah Darlina Az-Zahra kan? Yang bagi ceramah tadi?" Tanya Humaira memecahkan kesunyian antara mereka.

"Hehe ya betullah tu saudari. Maaf, saya lupa nak kenalkan diri. Nama saya Darlina Az-Zahra binti Hj Muhammad." Jawapnya. Sambil menghulurkan tangan pada Humaira.

Apabila segaris nama itu singgah di telinggaku, aku tersenyum tanpa kusedari. 'Cantiknya nama, mungkin tuannya juga secantik nama itu' puji ku di dalam hati.

Aku hanya mendiamkan diri sambil menikmati sepinggan makananku. Tanpa mengganggu, aku hanya memasang telinga bagi mendengar perbualan kedua-dua perempuan yang berdiri lebih kurang 1 meter denganku.

Pertemuan🌷Where stories live. Discover now