Saat pintu bilik rumah sakit itu aku buka. Sepasang mataku terus jatuh merenung pada dua insan yang terkulai layu.
Hatiku semakin terasa bagai ditoreh-toreh dengan duri yang berbisa.
Aku memalingkan muka ku ke tepi. Bukan hati merasa benci. Tapi disebabkan perasaan kesal yang amat kuat. Tidak sanggup rasanya memandang wajah kedua-dua ibu bapa yang sering aku abaikan.
Hatiku semakin ngilu mengenangkan dosa-dosa yang tak henti-henti ku lakukan pada ibu bapaku. Bagaimana kalau aku tidak sempat meminta ampun dan maaf pada mereka? Jika sempat, apakah mereka akan memaafkanku? Apakah mereka akan menyayangiku seperti dulu? Ketika aku masih lagi taat pada ibu bapaku.
"Allah....." tanpa sedarku, bibir mengeluh mengeluarkan sebaris perkataan itu. Hatiku tenang saat ini. Ya, saat sebaris perkataan itu terluah dari mulutku. Meskipun, sudah bertahun aku seakan lupa akan kehadiran yang Maha Esa.
Aku hanya termenung keluar tingkap memerhati keadaan jalanraya yang semakin sesak.
Kalaulah aku tidak pergi ke lapangan terbang untuk menuju ke Australia, pasti mereka akan baik-baik sahaja di rumah. Bergelak ketawa dan ceria walaupun hakikatnya mereka sentiasa merisaukan keadaan diriku yang amat liar dan keras kepala.
------
2 jam berlalu..
Aku tersedar dari lelapku apabila terdengar hembusan nafas ayah semakin menguat. Dia masih belum terjaga dari koma namun nafasnya semakin tidak keruan. Semakin lama kepalanya semakin mendongak ke atas. Aku tahu ajalnya telah sampai.
Aku membisikkan kalimah suci pada telinga kanannya berulang kali. Aku membantunya mengucap. Walaupun aku tidak pasti apakah ayah mendengarnya atau tidak.
Airmata yang deras menuruni pipiku tidakku hiraukan.
"Ayah, mengucap Yah.. ya Allah tolong Ayah.."
Doktor Sufi yang merawat ayah juga turut sama mengucapkan kalimah suci ditelinga kiri ayahku.
Beberapa minit kemudian, ayah telah disahkan meninggal dunia. Aku lebih banyak mendiamkan diri ketika menguruskan jenazah ayah. Aku bersyukur saudara-mara banyak membantu ku dalam setiap hal berhubung dengan jenazah ayah.
Tepat pukul 5 petang, segala urusan telah selesai dengan lancarnya. Ayah dikuburkan di Tanah Perkuburan Pulaie.
'Berbahagialah ayah di sana, yusoff akan sentiasa doakan ayah. Ayah tolong maafkan yusoff yah...' monolog hatiku sambil merenung kubur ayah yang masih merah tanahnya.
'Berdosanya aku ya Allah!!' Tangisku perlahan.
------
Tiga minggu selepas kemalangan berlaku..
Aku menyambung rutinku pada setiap pagi dengan membacakan surah yaasin pada ibuku.
Ketika selesai melaksanakan rutin tersebut aku duduk di sebelah ibuku. Tidak seperti rutin sebelumnya. Selepas membaca surah yaasin aku akan pulang dan membersihkan diri terlebih dahulu.
Aku hanya merenung ibu. Entah kenapa, hatiku semakin tidak kuat melihat ibu begitu. Aku mengenggam dan mengusap tangannya.
"Ibuu.." bisik ku sayu.
"yusoff minta ampun ibu.. Yusoff minta maaf. Bangunlah ibu. Yusoff nak minta maaf ibu. Jangan pergi dulu bu.. ayah dah tinggalkan yusoff, ibu bangun la. Yusoff perlukan ibu.." esak tangis ku kedengaran.
Aku rasakan ibu semakin jauh walaupun tubuhnya masih lagi dapat ku sentuh. Dapat ku dakap.
Aku terasa kosong dan sunyi. Tangis ku cuba ku tahan.
Untuk kesekian kalinya aku mengambil air sembahyang untuk meminta ampun dan maaf pada Allah setelah bertahun-tahun hidup berlumur dengan dosa.
YOU ARE READING
Pertemuan🌷
Short StoryDi kala kesunyian mengisi hampir seluruh jiwaku, kau hadir laksana bunga mawar yang membangkitkan kebahagian di kalbu hati. Kau mawar, kau penyeri ku.