신 하나

237 36 3
                                    

Bilik yang berwarna pink dan biru pastel itu dibuka langsirnya.Sekeliling bilik itu hanya dipenuhi kotak untuk mengisi barang yang hendak dibuang.

Shin Haneul yang merupakan kakak kepada Shin Hana,itu memasuki bilik adiknya yang sudah pergi meningalkan keluarga Shin.

Kotak yang berada dalam bilik itu dibuka dan di susun oleh Haneul di satu sudut bilik Hana untuk meletakkan barang kepunyaan Hana.

Adiknya merupakan peminat tegar kepada ahli kumpulan BTS dan juga Seventeen.Di atas dan juga dalam sebuah rak berwarna putih itu,Hana menyusun semua album yang dibelinya.

Kotak Lightstick belum dibuangnya.Sayang agaknya.Ketika adiknya menangis pada waktu malam,Haneul selalu mendengar adiknya menyanyikan lagu artis kesukaannya.

Hati Haneul tergerak untuk membuka kotak album yang dimiliki oleh Hana.Mungkin dulu dia tidak ambil endah pasal album tersebut.

Semua gambar tentang lelaki kesukaannya.
Di album yang ada dua version berwarna biru dan pink itu dibukannya.

Tiba-tiba ada sehelai kertas jatuh apabila dia menyelak photobook album berwarna biru itu.


'How much longer do I wait
How many sleepless night remain
till I can see you
till I can meet you'

Dengan pantas,Haneul mula menyelak dan memeriksa kesemua isi album milik adiknya.Banyak yang adiknya sorokkan

'Today is the last time
standing on this road,
Everyday I said it.'

'Even you're around
I'm still missing you
What kind of feeling is this
I can't say'

'Dont tell me why
Love is a lie
You make me cry'

'Hold me tight'p

'Tolong bagi album ni dekat Dayeon.
Dia nak sangat album ni
Saya asyik cakap pasal album ni dekat awak
walaupun saya tahu kita dah janji nak beli
sama-sama
kumpul album ni sama-sama
maaf saya khianat kawan saya sendiri.'

Haneul mula menyimpan ketepi semua album tersebut.Diletakkan dalam kotak dan ditulis nama Dayeon diatas.'Esok saja aku menghantar barangnya' bisik hati kecil Haneul.Dia sudah kenal akan Dayeon

Kawan rapat Hana.Selalu balik rumah sama-sama selepas balik sekolah.Dialah kawan suka dan duka Hana.

Baju milik adiknya dipandang sayu.Semuanya nampak hodoh dan ketinggalan zaman.Hana berulang kali ber'angan' yang dia ingin memakai baju yang cantik.

Tapi mulutnya sering berkata,

'Takde duit takpayah beli.Baju lama guna je'

Baju adiknya kecil dan Hana sudah berisi dan semakin membesar.Mungkin Hana berasa sendat memakainya dan menampakan tubuh badannya seperti berisi.

Baju yang lusuh dan kecil.Kesian betul adiknya.

Cadar katil,Langsir dibuka.Semua barang disimpan dalam kotak mengikut jenis.Hanya satu saja yang tinggal.Katil milik Hana.

Katil yang berwarna putih itu ditutup dengan kaki putih.

"Dah sapu je lagi"Haneul mengangkat semua kotak-kotak keluar untuk diletakkan dalam stor.Selesai saja menangkat semua kotak tersebut,dia mencapai sebatang penyapu dan juga penyodok.

'berdebu je bilik budak ni.malas tol nak sapu'

skreet

Haneul memerhati sesuatu yang keluar semasa dia menyapu debu yang berada di bawah katil.

Sebuah buku yang berwarna coklat.

Dia menyelak buku tersebut.Tadi album dan sekarang buku.Mungkin buku ini terjatuh semasa dia tergesa hendak ke sekolah setiap pagi.Lepas tu lupa cari.

"kim mingyu"

Dia melihat gambar polaroid kecil yang ada dalam gambar tersebut.Dia tidak tahu Kim mingyu mana dikatakan oleh adiknya.

Tapi dia punya firasat yang dia harus memberikan buku ini kepada Kim Mingyu.

'Untuk kali terakhir,tolonglah aku'

-THE END-

[C] Our Last 우리 마지막 || Kim MingyuWhere stories live. Discover now