memasuki dunia baharu

255 15 3
                                    

Nama saya Nur Filzatunnafsi.Hari ini merupakan hari pertama saya bersekolah di sekolah menengah. Perasaan saya sangat berdebar-debar kerana ini merupakan suatu perkara yang baru bagi saya..

Tepat pada pukul 6.30 pagi..kami diarahkan untuk pergi ke tapak perhimpunan. Kami diarahkan untuk berbaris mengikut kelas dan tingkatan. Saya dimasukkan ke kelas 1 KRK D.

Pada pagi itu, perkara utama yang dikatakan oleh pengetua ialah ucapan selamat datang ke SMK Kubong untuk tingkatan 1. Dia mengatakan tentang pelbagai perkara yang perlu diketahui oleh kami.

Pada pukul 7.00, tamatlah sudah perhimpunan pada pagi itu. Murid-murid diminta untuk pulang ke kelas masing-masing dalam keadaan berbaris kecuali tingkatan satu.

Kami akan dibawa oleh pengawas senior tingkatan 5 untuk melihat kawasan sekolah tersebut. Di setiap tingkatan mempunyai 5 buah kelas iaitu 1 KRK A, 1 KRK B, 1KRK C, 1 KRK D dan 1 PC.

Setiap kelas akan dibawa oleh 2 orang pengawas perempuan. Pada ketika itulah saya terlihat seorang pengawas yang menarik perhatian saya.

Dia memakai cermin mata, tinggi, berkulit putih dan cantik. Sekali pandang dia kelihatan seperti seorang budak yang pandai.

Sejak hari itulah saya menjadikannya sebagai idola tanpa sebab yang kukuh.✨

#sorry sebab permulaan cerita ni pendek dan membosankan😊

Pengawas itu, Idolaku !Where stories live. Discover now