Hari ini merupakan hari kedua saya atau lebih dikenali sebagai Filza bersekolah di SMK Kubong. Kami akan menghadiri orientasi selama seminggu.
Pada pagi ini, saya datang awal ke sekolah iaitu pukul 6.00 pagi dengan menaiki bas sekolah. Apabila pintu pagar jalan pelajar dibuka, murid-murid yang datang awal pun masuk sambil berbaris untuk menunggu giliran spotcheck.
Oleh kerana hampir semua rakan-rakan saya tinggal di asrama, saya terpaksa menunggu untuk beberapa minit di foyer berkipas selepas beg saya di spotcheck. Suasana pada pagi itu agak sunyi kerana masih awal lagi.
Selepas 5 minit berlalu, saya pun terlihat kelibat kawan-kawan saya yang tinggal di asrama iaitu, Izzati,Khadijah,Husna dan ramai lagi.
Pada pukul 6.30 pagi, seperti biasa, murid-murid akan pergi ke tapak perhimpunan.
Skip.......
Semasa berada di kelas, saya menceritakan tentang pengawas idola saya kepada Izzati terlebih dahulu kerana kami duduk bersebelahan.
Tiba - tiba...
Ting ting ting ting...."perhatian kepada semua pelajar tingkatan 1, sila pergi ke dewan inspirasi pada pukul 7.30 pagi untuk meneruskan program orientasi pada hari ini..sekian terima kasih.Saya melihat pada jam tangan saya yang berwarna biru."dah pukul 7.20 lerr..jom kita bersiap Izzati".'JOM!'.
Dalam perjalanan ke dewan inspirasi, saya terlihat seorang perempuan yang sangat saya kenali.Ya..seperti yang anda sangkakan..itu ialah idola saya.
Saya lantas menepuk perlahan bahu Izzati dan membisikkan sesuatu.."weii..itulah pengawas idola yang saya cakap tu".'yang mane?'. "Yang pakai cermin mata tu".'Owh.."
Baru saya tau yang dia akan membantu guru untuk program orientasi pada hari ini. Saya? Apa lagi senyum sampai telinga😂maklumlah..idola lah katakan😁
Orientasi pada hari ini sangat menyeronokkan kerana kami boleh mengenali guru-guru disana. Lebih menyeronokkan lagi bila akak idola berada disana..💖
#sorry kalau cerita ni bosan✨

YOU ARE READING
Pengawas itu, Idolaku !
De TodoMenceritakan tentang seorang budak perempuan yang baru memasuki tingkatan 1 dan terjumpa dengan seorang pengawas perempuan senior pada hari pertama di sekolah menengah lalu menjadikannya sebagai idola tanpa pengetahuannya. Dia berasa hairan mengapa...