18

4.8K 737 5
                                        

Seperti yang dikatakan dia, aku bersiap-siap untuk berjumpa dengan dia di caffebene. Seriously dia nak belanja aku tiket fansign.

Selesai sahaja aku mengambil kunci kereta dan bersedia untuk pergi ke lokasi yang dikatakan.

×××

Huh, akhirnya. Sampai juga di tempat yang dikatakan. Aku memakirkan kereta di hadapan caffebene.

Dan aku terus sahaja keluar dari perut kereta, rambut yang sedikit kusut akibat angin diatur sedikit. Aku memandang sekeliling.

Tanpa berlengah lagi, aku masuk ke dalam cafe dan memilih tempat duduk.

" Cik, nak pesan apa-apa ? " soal seorang pelayan perempuan yang bertubuh kecil itu pada aku.

" hot coffe. "

" makan? "

" tak apa, saya tengah tunggu orang " Pelayan itu mengangguk tanda faham lalu beredar.

Aku mengeluar telefon pintar aku dari poket seluar jean dan menekan aplikasi twitter.

jeonsL : aku dah sampai. kau kat mana?

jeonsL : jangan cakap

jeonsL : kau tak jadi datang?!

nochu : jadi jadi

nochu : kau tunggu

nochu : otw

jeonsL : entah-entah masih kat rumah otw nak pakai boxer

nochu : kau 😑😑😑😑😑

nochu : tunggu jelah! ei 😤

jeonsL : yelah , aku tunggu

jeonsL : dahlah emoji hidung berasap

JeonsL : macam anak kerbau naik angin

nochu : biarlah 😡

nochu : kau pakai baju apa?

jeonsL : baju hitam dengan seluar jean biru tua

nochu : ok

nochu : ily 🌚

Aku hanya seen sahaja mesej terakhir daripada dia. Tidak lama kemudian, pelayan perempuan tadi datang semula dengan coffe ditangannya.

" terima kasih "

" sama-sama "

Tringg~

Bunyi loceng di pintu masuk caffebene membuatkan aku mengalih pandangan ke arah pintu.

Ingatkan lelaki yang di twitter tadi, rupanya seorang budak lelaki yang mungkin dalam lingkungan berbelasan tahun.

Aku hanya mengendahkan sahaja dan menghirup sedikit kopi panas yang aku pesan sebentar tadi.

" noona " aku memandang wajahnya. Ya, budak lelaki yang masuk sebentar tadi.

" ya? "

" nah " dia menghulurkan sampul pada aku. Aku mengerutkan dahi.

" ada hyung sorang ni cakap, suruh bagi kat noona. dia cakap orang yang pakai baju hitam dengan seluar jean biru tua. tambahan pula dia cakap orang yang paling cantik. jadi saya rasa noona lah yang paling cantik sini. yang lain kat sini semuanya~... " dia memandang sekeliling .

" ah tak adalah. bye! " dia terus berjalan laju keluar dari cafe.

Laju sahaja aku membuka sampul yang diberi olehnya tadi. okay sekarang aku rasa nak jerit! Sabar Lien sabar.

Tapi...

I'm like, seriously dude dia suruh orang hantarkan untuk aku? kenapa tak dia sendiri?

Kalau betul dia Jungkook kenapa tak nak jumpa terus dengan aku?

Takpelah, dah dapat tiket fansign kan!

Twitter ✦ JJKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang