24

5.3K 727 6
                                    

Perlahan-lahan aku membuka kelopak mata aku, lampu putih yang terang itu agak menyilaukan mata aku.

Ini bukan rumah aku.

" dah okay? " suara seseorang membuatkan aku menoleh. Aku terkejut dengan automatiknya badan aku angkat dari sofa.

" j-j-j-j-j-j-j-jungko-kook " gagap aku menyebut namanya. Entah mengapa tapi sekarang aku rasa mahu menjerit.

" kau kenapa pengsan tadi? Panik aku tahu tak? " Jungkook menghulurkan sebotol air mineral pada aku dan lantas sahaja aku mengambil air tersebut dari tangannya.

" t-tak t-t-t-tahu "

" kau kenapa gagap? kat dalam chat bukan main lagi lancar " aku terkedu bila teringat semula pasal chat.

" tu kau?! " dia mengangguk perlahan

" aku kan dah cakap. aku tak berangan. tu personal acc aku cuma aku tak tunjuk yang tu aku. siapa suruh tak nak percaya aku " dia memuncungkan bibirnya. Comel!

" ah saya minta maaf! saya tak tahu pun tu awak! " aku bangun dari duduk dan menunduk hormat berkali-kali padanya.

Nasib lah dia tak kejam sampai nak saman aku bagaiz

" eh? saya awak? HAAHHAAH! yelah "

" kau pengsan tadi sebab kau terkejut yang aku suka kau eh? eh eh? " Jungkook mengusik aku sambil tersenyum nakal membuatkan aku menunduk malu.

Aku pun tak tahu kenapa aku tiba-tiba pengsan. Mungkin terlalu terkejut? Nasib tak meninggal.

" m-mana ada! "

" eleh, tahulah aku sem "

" ei "

Sekumpulan lelaki masuk ke dalam bilik entah di mana ini.

Bts bts bts bts bts!

Terasa seperti badan aku mahu rebah semula tetapi cepat-cepat disambut oleh Jungkook sambil pipi aku ditampar perlahan.

" kau jangan pengsan lagi! "

" bangun Lien bangun! " Jerit aku dalam hati cuba untuk tidak pengsan buat kali kedua.

" Hai Lien ! " sapa mereka semua serentak.

" h-hai "

" awak dah okay? " soal Hoseok membuatkan aku laju mengangguk, mengiyakan kata-katanya.

" baguslah tu. risau kami " Taehyung pula mencelah.

Omg , seperti mimpi pula apabila dikelilingi dengan tujuh orang jejaka kacak seperti mereka. Lagi-lagi kumpulan kegemaran!

Ah baguslah aku pengsan tadi. Bukan senang nak dapat peluang sebegini.

" tak ada apa-apalah. tak payah risau sangat "

" tak sebenarnya diaorang risau nak tanggung kos hospital kau bukannya risau pasal kau. ei perasan " kata Jungkook membuatkan aku mendiamkan diri. ei dasar coconut head.

" HAHAHAHAH! aku gurau je! "

" diamlah kau ei "

Twitter ✦ JJKWhere stories live. Discover now