TERIMA KASIH

5 0 0
                                    

Pada apa lagi harus aku pesankan, agar sampai terus dalam hatinya. Berapa lama lagi harus aku tunggu sehingga berita itu sampai pada kamu. Tertulis didalamnya mengadu sendu. Sekian lama aku berpapah pada tebing-tebing tumpul. Terjatuh berkali-kali, merangkak bangun kembali. Sehingga tiba pula kau, tak izinkan aku berpapah. Dipimpinnya tangan, di suluhnya jalan. Yang rabun kian terang, yang takut jadi hilang. Lalu, bagaimana harus aku rakam terima kasih? cukupkah dengan sebaris ucapan, atau sekalung perasaan? Untuk aku hadiahkan bulan bintang, tak termampu. Kerana kau sudah terang menjadi bulan bintangku. Untuk aku pula jadi pelangi, seakan tidak berani, kerana kau yang sebenarnya mewarnai hari. Maaf, andai asyik kau sahaja yang memberi. Aku titipkan doa, harap tercukup. Untuk kau yang tak putus memayungi, aku benar-benar terhutang budi.


TERIMA KASIH

penaberaniWhere stories live. Discover now