aku menangis,
sebanyak mana aku ketawa,
aku sedih,
sebanyak mana aku bahagia.
dan andai kau biasa lihat aku cuma tersenyum,
cari sudut mana aku sembunyi
untuk menangis,
cari
kalau kau jumpa
Kerana sedih itu berdamping,
pada setiap garis senyuman,
sampai kau tak akan jumpa air mata,
cuma aku yang harung sengsara
meratap dalam jiwa