Part 1

1.3K 38 4
                                    

Jinke sar ho ishq ki chaaon. Seorang gadis berpakaian cantik ala gipsi mengalunkan suara lunaknya di antara lelaki-lelaki yang sedang memandangnya. Kereta api bergerak mengikut kelajuan seperti biasa.

Paaon ke neeche jaanat hogi. Sekali sekala gadis itu menggerakkan tangannya dan timbul bunyi-bunyian indah yang terhasil dari gelangnya. Cuaca di pergunungan sangat nyaman terasa seronok pula perjalanan hari itu.

Jinke sar ho ishq ki chaaon. Gadis itu bangun perlahan-lahan dan menari mengikut alunan irama dendangannya sendiri. Dia menggoyanggkan pinggulnya perlahan-lahan. Keretapi mula masuk ke dalam terowong. Suasana gelap seketika. Tiba-tiba muncul bayangan seorang lelaki sebaik sahaja cahaya mula muncul.

Chal chaiyya chaiyya chaiyya chaiyya
Chal chaiyya chaiyya chaiyya chaiyya
Chal chaiyya chaiyya chaiyya chaiyya

"Hoi..."

Sreettt... Khayalan Qasrina mati. Shahrukh Khan dia hilang. Malaika Arora pun dah takde. Baru nak feeling-feeling menari kat atas keretapi dengan SRK. Boleh pulak Zuleha ni iterframe ganti tempat Shah Rukh Khan. Tak kena sungguh. Zuleha sudah bercekak pinggang di bawah. Abang driver sengih saja
.
"Jongos... aku suruh kau naik atas tu cek nombor sealer tu dan cek minyak sekali. Bukan menari Chaiya Chaiya kat atas tu." Selamba saja Zuleha menjerit dari bawah tangker. Qasrina sengih.

"Yalah... aku buat lah ni kak. Nak menari sikit pun tak boleh." Qasrina meneruskan kerja-kerjanya. menanggalkan sealer satu persatu dan membuka penutup minyak. Dia harus pastikan setiap compartment penuh dengan minyak dan minyak yang betul. Dari bau saja dia boleh kenal minyak apa. Setelah selesai dia turun ke bawah.

"Ko nak menari pun ajaklah aku. Aku nak menari jugak..."Zuleha sengih. Qasrina mendengus. Marah sebab tak ajak rupanya. Ingatkan apa.

"Siapa suruh ko tak naik."

"Aku jenguk kau kejap je. Aaron jaga cashier. Pastikan kau buat betul-betul tau. Jangan silap. Kalau silap kang mengamuk Encik Aziz. Pastikan jangan silap." Panjang berjela pulak pesanan Zuleha ni. Taulah ni baru kali kedua dia berkenalan dengan Tangker minyak BP yang besar gedabak ni. Tapi Insya Allah dia boleh buat. Dia akan pastikan kali ini lesennya tak sangkut lagi.

"Qas gelek tadi kalah Malaika Arora. Tapi kenapa kejap aje." Terdengar suara nakal dari pam enam. Sebuah bas sekolah terparkir elok di Pam Enam. 'Bas Sekolah Abang Zul Yang Hensem'. Melihat tulisan di cermin dia tahu siapa yang memandu.

"Kalau gelek lebih-lebih nanti Malaika Arora takleh cari makan abang zul. Qas pun taka da kat sini nanti. Kena menari sebelah abang Shahrukh Khan." Qasrina senyum. Seperti biasa abang zul yang hensem tak lepas dari cermin mata hitamnya sedang mengelap cermin bas.

"Kau tengok Jong. Orang kat pam empat tu tengok kau semacam ajelah." Bisik Zuleha. Qasrina baru perasan sorang pemuda yang agak selekeh merenungnya. Muka penuh dengan jambang dan tak terurus. Melihat kereta yang dia pandu macam tak kena dengan tuannya. Kereta sikit punya kacak. First class tapi tuan tak semenggah.

"Itukan abang Ferari si Tina dengan Shima. Peliklah aku macam mana orang muka tak siap macam tu boleh jadi hensem kat mata diorang." Bisik Qasrina kembali. Kalau cakap kuat-kuat kang kecik hati pulak siapa yang terasa.

"Mungkin muka siap dia betul-betul hensem kot. Kita je asyik nampak muka tak siap pakwe tu...Dah anak orang kaya. Muka siap ke muka tak siap ke nampak hensem aje kat mata diorang tu." Ujar Zuleha.

"Kita ni kira waras lagi kot. Kaya atau tak nombor dua. Betul kan..."

"Taklah aku pun tak kisah muka tak siap kalau dia kaya. Untung jong..."

Qasrina mencebik. Sama jugak si Zuleha ni dua kali lima dengan Tina dan Shima. Muka tak siap takpe asalkan kaya. Zuleha telah pun selamat masuk ke dalam kawasan kedai. Tinggal dia dengan abang tanker. Qasrina pandang lagi pam empat. Pemuda itu masih lagi memandangnya. Qasrina jadi cuak. Mungkin pemuda itu dengar kutukan berbisa dia kot.

"Abang Tangker. Pam dua boleh masukkan dua compartment ya. Eh salah tangki dua." Qasrina mendapatkan abang tangker. Takut tiba-tiba mamat muka tak siap tu menyerang dia. Kutuk orang tak pandang-pandang Qasrina ni. Kan dah takut.

Abang BMW Merah dan Cik CashierWhere stories live. Discover now