"Aku pelik lah kak. Macam mana Shima dengan Tina boleh suka kat mamat separuh siap tu. Tahulah kaya tapi takkan sanggup kot." Qasrina duduk sambil melihat ke arah pam. Kereta Ferari kuning tadi dah hilang. Dia tak habis lagi pasal mamat separuh siap yang kaya tu. Kaya pun buat apa kalau perangai memang buat orang lain menyampah.
"Dia ada Ferrari Jong... Kau tau tak Ferrari tu berapa harga dia. Kalau kereta tu dia punya dah sah-sah dia orang kaya. Lantaklah muka siap atau muka tak siap pun. Asalkan duit banyak..." kata-kata Zuleha buat Qasrina nak muntah. Selain kaya rupa pun penting dalam perhubungan. Biar tak hesem asalkan kemas. Tak macam pejuang Taliban tu. Tapi pelik setahu dia anak orang kaya ni banyak duit dan memang menjaga penampilan. Kalau setakat nak beli SK2 tepek kat muka memang tak susah.
"Aku tengok dia tu macam orang takde arah. Tak terurus. Aku tak kisah kak dia kaya macam mana pun tapi kalau dia tak boleh nak jaga diri dia sendiri, macam mana dia nak jaga family dia. Aku tak kisah orang tu macam mana yang penting dia boleh dipercayai untuk jaga diri dia sendiri. Kalau dia sayang aku dah tentu dia boleh jaga aku..." Qasrina menolak kakinya untuk memusingkan kerusi. Mentang-mentang dapat kerusi baru yang boleh berpusing-pusing sesuka hati dia je nak main-main macam kanak-kanak Ribena.
Zuleha sibuk di cashier dua sedang melayan pelanggan yang membeli makanan. Qasrina yang masih lagi di alam kanak-kanaknya terkejut dan hampir terjatuh melihat susuk tubuh yang berjalan ke arahnya. Dia terkaku sekejap. Bukan ke itu mamat separuh siap tadi. Mana pulak dia parking Ferrari dia. Kalau dia tahu takdelah dia lancang sangat. Mulut terkunci dari terus berkata-kata.
Pemuda tadi sedang berdiri tegak di hadapnnya. Qasrina masih lagi kaku. Peluh dah mula mengalir di dahi. Sejuk air cond atas kepala langsung tak terasa. Tajam betul pandangan mata pemuda tu. Kalau anak panah atau peluru tu memang dan tertusuk tepat ke dahi dia. Itulah cakap tak pandang kiri kanan.
"Qasrina..." Zuleha cuit bahunya. Qasrina bergerak ke kaunter. Dia cuba untuk senyum namun otot bibirnya langsung tak mahu bagi kerjasama. Senyum dia langsung tak serupa senyum.
"Maaf ye." Qasrina scan barang satu persatu. Sambil matanya menjeling kepada pemuda itu. Masih lagi dalam mood merenung tajam bak sang rimau nak terkam mangsa. Taulah marah kena kutuk. Nak marah kat dia marahlah. Risau pula dengan kesenyapan pemuda itu. Lebih baik dia kena marah atau kena tengking dari kena marah dalam hati macam tu. Dia pulak yang menderita dalam hati.
"Dua puluh ringgit." Qasrina menyebutkan jumlah yang perlu di bayar. Pemuda itu meletakkan dua keping duit sepuluh ringgit. Sebelum pemuda itu berlalu dia sempat menjeling Qasrina. Qasrina mengekori langkah pemuda itu dengan matanya. Tak lepas memandang hingga pemuda itu keluar dari kedai dan melalui kaunter night shift. Sekali lagi pemuda itu menjelingnya. Qasrina tunduk takut. Siapa tak takut tengok jelingan maut Taliban. Tak payah pistol atau apa senjata dah cukup untuk membunuh semangat dia.
"Kak bila masa dia masuk dalam kedai ni kenapa aku tak perasan." Qasrina duduk mencangkung di kawasan cashier. Semangat dia betul-betul hilang melihat mamat Taliban tadi. sekarang bukan cuma panggil mamat tak siap. Panggil mamat Taliban.
"Aku pun tak perasan Jong. Takut aku. Dia tengok kau macam nak telan je tadi..." Zuleha mengurut dadanya. Memandang Qasrina yang agak pucat. Memang dia nampak renungan tajam pemuda tadi.
"Ni kenapa dengan Qasrina. Nak buang air pergilah toilet..." Aaron pula muncul menjenguk cashier. Pelik melihat Qasrina mencangkung.
Qasrina memasamkan muka. Aaron tak tahu apa yang dia alami tadi. Bukan setakat gempa bumi dasar hati. Dah tsunami perasaan rasanya. Kecut perut sampai asid meletup-letup.
"Dia baru lepas kena sampuk pejuang Taliban."
"Hah taliban... mana? Mana?" Aaron mencari-cari siapa yang dimaksudkan Zuleha. Kepala dipusing ke kiri dan ke kanan mencari siapa yang dimaksudkan Zuleha. Namun kedai kosong.
"Qas yang comel ni kutuk-kutuk orang. Lepas tu kan... Orang muncul depan dia. Tau takut." Zuleha gelak besar.
"Ceit. Buat aku gabra je. Lain kali ingat jangan kutuk orang... faham Qasrina darling. Aku nak tumpang gelak jugak. Hahahaha..." Aaron sama-sama tergelak. Melihat pucatnya wajah Qasrina dia boleh agak apa yang terjadi.
Qarina tunjuk penumbuk. Suka suka panggil darling. Aaron berhenti ketawa dan angkat tangan tanda maaf.
"Zuleha baby. Tolong jaga kedai ye I nak pergi makan." Aaron menyanyi riang sambil keluar dari kedai.
"Kecut perut aku... harap-harap dia tak datang hari-hari."