Part 2

818 36 3
                                    

Zaharis diam. Nampaknya marah Puan Sri Ariana tak boleh nak di kawal. Nada suara Puan Sri Ariana dah nama sama macam suara Ziana Zain sedang menyanyi. Emak mana tak terkejut dan naik angin bila tengok anak yang hensem dan berkarisma macam Anothai aka Tik Jesadaporn Pholdee dalam cerita kegemarannya Leurd Kattiya dah jadi macam pejuang Taliban. Kalau di letak dalam kawad cam pun memang semua akan cakap Zaharis adalah pejuang Taliban. Bukan Zaharis anak Tan Sri Ariffin .

"Ikut mama balik. Mama tak sanggup tengok anak mama macam ni."

"Dan jumpa Maisarah yang jadi punca semua ni. Mama nak Aris tengok Maisarah senyum dan gelak ketawa dengan anak papa tu. Itu nak bunuh Aris namanya!"

Puan Sri Ariana diam. Dia terlupa, punca Aris jadi begini ada di rumahnya. Sedang hidup gembira. Memang menyakitkan hati kalau kekasih sendiri curang. Dan apa yang menyakitkan curang dengan adik sendiri.

"Cari pengganti dia. Buktikan yang Aris juga boleh bahagia. Dah jodoh dia dengan Zairil..."

"Time macam ni pun mama nak menangkan anak papa. Mama lupa ke yang Aris ni anak mama, darah daging mama. Bukan dia!" Zaharis marah. Hidupnya huru-hara selepas adik tirinya muncul dan merampas segala-galanya. Dia hilang jawatan di syarikat dan dia juga hilang Maisarah. Papa lebihkan dia kerana kononnya selama ini Zairil tak dapat apa yang sepatutnya.

"Aris mama tak menangkan dia. Allah dah tetapkan jodoh setiap manusia dan mungkin memang jodoh Maisarah dengan Zairil. Aris patut bersyukur sebab Aris nampak keburukan Maisarah sebelum kahwin."

"Kalau Zairil tak goda Maisarah..."

"Kalau Maisarah cintakan Aris datanglah sejuta Zairil pun dia tak akan berpaling."

Zaharis diam. Dia menggosok rambutnya hingga kusut. Rambutnya sudah panjang melepasi bahu. Memang dalam enam bulan ini dia tak pernah fikirkan pasal penampilan diri. Selepas Maisarah memutuskan perhubungan meraka dia memang tak pernah fikirkan langsung pasal diri sendiri. Papa pula dengan senang hati memberikan jawatan dia sebagai Ketua Projek di Syarikat Indah Kencana kepada Zairil. Dia pula di paksa mengendalikan cawangan di Sabah. Kerana marah dia meletakkan jawatan.

"Tolong cari orang lain yang boleh bahagiakan Aris."

"Ma... Aris tak boleh nak lupakan Maisrah. Kami bercinta bukan setahun dua ma..."

"Kalau macam tu mama terpaksa guna kuasa veto mama. Kalau Aris tak boleh bawakan mama calon isteri dalam masa sebulan ni mama akan pinangkan anak kawan mama untuk Aris. Tak boleh ada bantahan. Kalau Aris tolak maknanya Aris tak sayang mama."

Zaharis buntu. Mana pulak dia nak cari kekasih dalam masa sebulan ni. Atau perlukah dia cari seseorang untuk dia upah jadi kekasih. Mama akan tahu kalau dia menipu. Dia tak akan sampai hati untuk menipu mama.

***

Zaharis memandu tanpa tujuan. Kenapalah dia boleh buat kesilapan besar. Memandu kereta yang paling dia tak suka. Bukan dia suka sangat memandu kereta Ferrari ni. Besok dia pastikan kereta Ferari ni tiada lagi di depan matanya.

Zaharis masuk ke kawasan stesen minyak. Dia perlu mengisi minyak. Dia melihat ada petak kosong di tengah-tengah stesen minyak. Dia terus sahaja masuk. Mujur juga kredit kadnya masih boleh digunakan. Memang mama dah pastikan yang papa tak membatalkan kad kreditnya walaupun dia tak lagi bekerja. Dia masih punya saham dalam syarikat.

Zaharis mula mengisi minyak. Dia tiba-tiba di kejutkan dengan jeritan seseorang. Zaharis melihat ke arah suara itu. Seorang perempuan yang berbadab gempal sedang bercekak pingang.

"Jongos... aku suruh kau naik atas tu cek nombor sealer tu dan cek minyak sekali. Bukan menari Chaiya Chaiya kat atas tu."

Zaharis memandang ke atas tanker minyak. Seorang perempuan lain sedang berdiri dengan megahnya sambil tersengih. Dari apa yang dia dengar gadis itu sedang sibuk menari tanpa membuat kerja. Zaharis begitu berminat dengan gadis yang di atas. Berambut pendek paras bahu tapi nampak comel. Ini bukan pertama kali dia ke situ tapi dia tak pernah nampak gadis itu.

Zaharis telah habis mengisi minyak namun dia belum mahu meninggalkan kawasan setesen minyak itu. Matanya masih mahu melihat gadis comel itu. Dia hairan kenapa matanya tak mahu mendengar kata otaknya. Dia mahu segera pergi dari situ tapi ada sesuatu yang menyekatnya.

"Qas gelek tadi kalah Malaika Arora. Tapi kenapa kejap aje."

Zaharis memasang telinga. Dia dengar perbulan gadis itu dengan seorang pemadu bas di pam hujung. Rupanya nama gadis yang bergelek tadi Qas. Apa pulak nama dia takkan panngil kas aje macam tu. Zaharis lihat gadis itu comel bila tersenyum. Ada lesung pipit di sebelah kiri pipinya. Entah apa pula gadis itu bisikkan dengan kawan baik dia. Sambil berbisik sambil memandang dia. Zaharis rasa tak sedap hati. Tanpa sengaja dia melontarkan pandangan maut terhadap gadis bernama Qas itu sampaikan gadis itu serba salah. Hatinya kuat mengatakan mereka berdua tadi mengutuk dia.

'Harap muka je comel tapi kuat mengutuk orang'

Tekak Zaharis tiba-tiba haus. Dia memakirkan kereta di tempat letak kereta. Dia lihat Qas sedang berdiri di atas tangker minyak sekali lagi. Entah apa pula yang dibuatnya. Dia leka melihat gadis comel itu membuat kerja. Lama juga dia menunggu sehinggalah tangker keluar dari kawasan pam minyak. Bila Qas masuk kedalam kedai Zaharis ikut masuk. Dia dah gila agaknya kerana matanya tak mahu lepas dari melihat wajah comel gadis itu.
Zaharis sedang memilih minuman. Melihat tali kasutnya yang tak kemas dia tunduk untuk membetulkannya.

"Aku pelik lah kak. Macam mana Shima dengan Tina boleh suka kat mamat separuh siap tu. Tahulah kaya tapi takkan sanggup kot."

"Dia ada Ferrari Jong... Kau tau tak Ferrari tu berapa harga dia. Kalau kereta tu dia punya dah sah-sah dia orang kaya. Lantaklah muka siap atau muka tak siap pun. Asalkan duit bnayak..."

Zaharis memasang telinga. Mamat separuh siap. Siapa tu. Tapi kalau ikut kata-kata orang yang lagi satu macam merujuk kepada dia. Perempuan mulut lancang ni sengaja nak kutuk dia. Suka hati dialah nak rupa macam mana.

"Aku tengok dia tu macam orang takde arah. Tak terurus. Aku tak kisah kak dia kaya macam mana pun tapi kalau dia tak boleh nak jaga diri dia sendiri, macammana dia nak jaga family dia. Aku tak kisah orang tu macam mana yang penting dia boleh dipercayai untuk jaga diri dia sendiri. Kalau dia sayang aku dah tentu dia boleh jaga aku..."

Zaharis terkedu. Betul ke dia tak boleh jaga diri dia sendiri. Di meraba jambang di mukanya. Memang betul kata-kata tadi. Dia tak pernah menjaga diri dia sendiri sejak peristiwa Maisarah. Dia lupa menjaga dirinya sediri. Mengambil berat akan diri sendiri. Bagaimana pula nanti dia akan jaga mama atau bakal isterinya. Baru sedikit ujian yang Allah bagi dia dah mengalah.

Zaharis mengambil air tin nescafe dan sedikit makanan ringan. Dia menuju ke kaunter cashier untuk membayar. Gadis itu kelihatan terkejut melihat dia. Sengaja dia merenung gadis itu setajam yang mungkin. Dia tak kenal Zaharis siapa boleh lah cakap mamat separuh siap. Dia suka melihat gadis itu rasa terkejut dan takut. Padan muka. Kutuk orang lagi. Tapi betul juga kata-kata gadis itu. Dia memang tak boleh diharap untuk menjaga sesiapa sekarang ni. Diri sendiri pun tak terurus.

"Qasrina.."

"Maaf ye..." Terasa senyuman itu hambar dan tak ikhlas. Nampak sangat menggelabah. Kutuk orang lagi. Kan dah terkejut bila orang kena kutuk muncul didepan mata.

Zaharis sengaja merenung mata itu. Biar tambah gelabah. Seronok pulak tengok muka comel tu menggelabah.

Zaharis angkat kening dan tersenyum. Nama dia Qasrina. Jangan harap dia akan biarkan Qasrina hidup dengan tenang selepas ni.

Abang BMW Merah dan Cik CashierWhere stories live. Discover now