Dia sering tertanya-tanya pada dirinya.
.
Apakah faedah jika kau menunjuk sesuatu perkara itu?
.
Dia faham. Manusia kini sering berbangga dengan apa yang dimilikinya. Tetapi, perlukah dengan menunjuk?
.
"Jika mereka tidak menunjuk. Mereka tidak akan berasa puas. Mereka ingin satu dunia tahu apa yang mereka ada. Apa yang mereka rasa."
.
Aku berkata
"Bahayanya. Mereka yang sedang dalam kesusahan mereka tidak pernah memandang malah tidak pernah mengambil tahu sehingga ada yang tidak sedar perkara itu wujud di muka bumi ini."
.
Dia berkata
"Aku bersyukur hidup seperti ini. Aku berasa lengkap bersama mereka. Jika diberi pilihan mungkin aku memilih corak hidup yang lebih baik dari hidup aku sekarang. Tetapi, kini sekarang aku sedar jika aku berada dalam kalangan mereka, mungkin aku akan menjadi seperti mereka. Dan apa yang aku ingin katakan, mungkin aku akan lebih jadi kejam dari mereka."
YOU ARE READING
MONOLOG BONEKA
RandomDia meluahkan apa yang dia fikirkan. Dia memikirkan apa yang perlu dia buat. . Apa yang dia cuba katakan tiada siapa hendak dengar. . Siapakah dia? Hanya dia sahaja yang tahu. Siapakah kau? Biarlah hanya dia sahaja yang tahu. Dia pernah berkata tid...