Ingin dia bakar kesemuanya dengan sebatang mancis. Tetapi dia tidak boleh membakarnya.
.
Dia berkata
"Jika kau sudah pilih keputusan yang betul. Teruskan dengan keputusan kau. Jangan berpaling lagi. Takut kau dilanda perasaan dilema."
.
Aku bertanya
"Kenapa?"
.
"Benda yang dah jadi, biarlah jadi. Kita tak akan boleh mengubahnya semula. Ada hikmah mengapa kita diuji. Mereka patut bersyukur kerana dipilih. Dan mereka tidak patut berasa sedih, kecewa atau marah dengan apa yang terjadi. Anggap sahaja ini semua permainan untuk mereka."
.
Memori yang gembira dia sedang simpan.
Memori yang sedih dia sedang 'bakar'.
.
Mengapa bakar?
.
Dia berkata
"Supaya aku tidak membuat kesilapan yang sama lagi."
YOU ARE READING
MONOLOG BONEKA
RandomDia meluahkan apa yang dia fikirkan. Dia memikirkan apa yang perlu dia buat. . Apa yang dia cuba katakan tiada siapa hendak dengar. . Siapakah dia? Hanya dia sahaja yang tahu. Siapakah kau? Biarlah hanya dia sahaja yang tahu. Dia pernah berkata tid...