[[White Smile]]

32 5 6
                                    

Di Akademi Grand Ranvier,

Lisa meletakkan jari telunjuknya di bibir, mengisyaratkan rakan sekelasnya agar mendiamkan diri. "Shh !!".

Masing-masing hanya melihat perbuatan nakal Lisa. Mereka tergelak kecil. Seperti biasa, rakan sekelasnya  sudah dapat mengagak apa yang mahu dilakukan Lisa selepas ini.

Lisa, mempunyai bentuk tubuh badan yang kurus tinggi, berjengket-jengket perlahan berjalan ke arah seorang budak lelaki yang sedang nyenyak tidur di meja.

Lisa kemudiannya duduk mencangkung tatkala sampai di meja lelaki itu. Kepalanya sama paras dengan meja lalu dia mengejutkan lelaki itu dengan perlahan-lahan agar tidak didengari oleh gurunya yang sedang khusyuk menulis di depan.

"Farhan~ Hoi.. Bangunlah.."Bisik Lisa di telinga Farhan.

Kepala Farhan yang berada di permukaan meja berpusing mengadap Lisa di sebelahnya.

"Uhmm...Ummi. Janganlah ambik botol susu Yan. Yan punya tu!."kata Farhan dengan nada gedik manja. Habis air liur basi keluar meleleh. (Yek!)

Berkerut dahi Lisa dibuatnya apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut orang mengigau ni. Enzim amilase Farhan meleleh-leleh keluar. Kalau cheese leleh tu enak juga dinikmati sepanjang hari tetapi yang ni bukannnya membuatkan Lisa rasa enak sepanjang hari, tapi membuatkannya termuntah setiap hari adalah. Apalah Farhan ni! Tak senonoh betul.Muka je hensem tapi perangai, ish,ish,ish.. Tuhan sahajalah yang tahu. Dahlah dia tu prince charming kot! Kadang-kadang nak marah pun ada, nak ketawa pun ada kalau tengok dia.

Tiba-tiba ada mentol menyala keluar daripada kepala otak Lisa. Lisa mendapat satu idea. Dia tersengih sendirian. Lisa merapatkan badannya mendekati telinga Farhan.
\( ̄▽ ̄;)/

"Farhan. Kau tak nak bangun, ya? Aku kira sampai tiga.. Kalau kau tak bangun jugak.. Hihii. Aku ada hadiah."Bisik Lisa sambil tersengih macam beruk.ヘ( ̄▽ ̄*)ノ

"1,2,ti..ga."Kata Lisa perlahan-lahan. Semasa dia menyebut angka yang terakhir jarinya telah bersiap sedia.

Bersiap untuk apa?

Haa.. bersiap untuk ini...ヾ(¯∇ ̄๑)

Lisa memetik jarinya. Secara tidak semena-mena awan hitam kecil muncul di atas kepala Farhan seiring dengan bunyi petikan jarinya.

Farhan terkejut dan terus bangun dari tidur kerana bunyi petir yang memasuki gegendang telinganya. Hujan turun mencurah-curah di atas kepala Farhan lalu membasahi tubuhnya.

"Hah!!! Tolong.Api! Api!" Jerit Farhan dalam keadaan mamai. Dia bangun dari tempat duduknya lalu berlari mengelilingi kelasnya dalam keadaan sedar dan tak sedar. Dalam masa beberapa saat awan tersebut hilang serta-merta.

Lisa pula ketawa terbahak-bahak di meja Farhan tatkala melihat Farhan berlari-lari bak dirasuk hantu di dalam kelasnya. Kini mata pelajar kelas S3BT5 tertumpu pada Farhan yang sedang berpusing-pusing seakan-akan memasuki acara 5 kali 100 meter berpagar.

Cikgu Johan Ashari iaitu Cikgu yang mengajar Mata pelajaran Sejarah terkejut dengan bunyi jeritan Farhan. Dia memandang kebelakang dan melihat Farhan sedang berlari-lari bagaikan dirasuk hantu. Selama ini dia terlalu asyik menulis segala nota di atas papan putih dan menganggap anak muridnya sedang memberi fokus ketika dia sedang mengajar sedangkan perkara yang berlaku adalah disebaliknya.

"Farhan." Kata Cikgu Johan dengan cemas. Siapalah yang tidak kalut kalau anak murid sendiri yang berada dalam kesusahan.

Farhan berhenti berlari dan barulah dia sedar bahawa tiada api pun di dalam kelasnya.

Cikgu Johan menyilang tangannya sambil memandang ke arah Farhan.

"Apa dah jadi dengan kamu ni, Amer Farhan? Kenapa basah kuyup ni? Cikgu tahu sekarang ni musim panas. Tapi tak perlulah sampai nak mandi dalam kelas. Minum air pun dah dapat sejukkan badan kamu tu." Kata Cikgu Johan sambil menunjukkan ke arah tempat Farhan.

[Dazzling Glacier]♥Queen Of The Rain Tales♥Where stories live. Discover now