[Takdir]

22 3 3
                                    

Lisa berada di hadapan sebuah pintu gerbang yang besar terkunci sangat rapat setinggi 20 kaki dari tanah. Pintunya diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi dan terukir sedikit corak bunga-bungaan di sekeliling pintu gerbang itu.

Terdapat beberapa orang pengawal sedang mengawal pintu tersebut. Lisa mengukir senyuman kepada mereka. Melihatkan Lisa muncul di hadapan mereka, dengan segera mereka membuka dedaun kiri pintu gerbang itu tersebut kepada Lisa.

"Selamat pulang Tuan Puteri."
Kata salah seorang pengawal itu.

"Selamat petang Temenggung Ahmad" tegur Lisa kepadanya yang merupakan ketua pengawal istana, menjaga bahagian pintu masuk. Lisa amat rapat dengan Temenggung Ahmad sehinggakan hubungan mereka bagaikan seperti seorang anak dan ayah.

"Selamat petang tuan puteri. Silakan masuk."ujar Temenggung Ahmad.

"Terima Kasih, wahai pengawal yang baik hati lagikan kacak" puji Lisa. Saja dia memuji agar tidaklah terlalu stres dibuatnya pengawal berumur separuh abad itu.

Temenggung Ahmad tersenyum."Yelah, tuan puteri. Kacaklah sangat biarpun umur tu dah nak dekat pencen!.. Hmm"

Lisa ketawa kecil. "Hihi, Orang kata kacak maksudnya kacaklah tu. Itu pun nak terasa ke??" Lisa ketawa.

"Yelah, yelah."kata Pak Ahmad mengalah.
Tiba-tiba Pak Ahmad berkerut.
Dia menjadi hairan kerana pada hari ini Lisa hanya berjalan kaki untuk pulang ke istana sedangkan pagi tadi Lisa dihantar ke sekolah dengan menggunakan kereta kuda.

"Maafkan saya tuan puteri. Saya hendak bertanya. Mengapakah tuan puteri berjalan kaki pulang ke sini? Bukankah tuan puteri dah ada kereta kuda dan pemandunya?"

Lisa tersenyum.
"kalau macam tu. Boleh Lisa nak tanya Pak Ahmad? Kenapa Pak Ahmad mesti berdiri apabila mengawal pintu istana ni? Sedangkan boleh je duduk masa berkawal? Pak Ahmad kan dah tua. Tak letih ke berdiri lama-lama?."

Pak Ahmad berfikir seketika. Dia mendapat satu idea. Jika dia tidak menjawab soalan tersebut dia akan dikira sebagai seorang yang pengecut oleh anak muda itu. Sedangkan dia merupakan ketua pengawal istana. Mana boleh jatuhkan maruah pengawal terutamanya yang berpangkat ketua. Nak tak nak, kenalah dia jawab walaupun jawapannya selepas ini tentu salah.
"Hmm.. jawapannya mudah je. Sebab inilah tugas Pak Ahmad. Mengawal pintu istana daripada dicerobohi oleh pencuri, perompak, orang asing dan lain-lain. Kalau Pak Ahmad duduk aje macam mana nak kejar penjahat-penjahat semua tu. Ha.. macam mana bernas tak jawapan Pak Ahmad."

Lisa membuat tanda pangkah dengan menggunakan jarinya.
"Tekk!! Salah."

"Salah?" Keliru Pak Ahmad dibuatnya.

"Jawapannya, pengawal istana berdiri sebab.. dia ada Kaki!! Haha.." Lisa ketawa terbahak-bahak sampai menangis dibuatnya.

'Budak ni kan!!' Bisik hati Pak Ahmad.

"Hehe.. tapi tuan puteri belum lagi jawab soalan Pak Ahmad"

Lisa berhenti ketawa lalu mengelap air mata kegembiraannya.
" Haha.. maafkan saya. Sebenarnya, saya pulang jalan kaki sebab saya yang suruh Pak Hos tak payah jemput saya hari ni. Lagipun saya nak jugak rasa kepayahan dan keperitan orang-orang susah apabila mereka tak ada pengangkutan untuk ke sesuatu tempat ke sesuatu tempat yang lain. Lagi satu saya lebih suka berjalan sebab berjalan boleh menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan otak kita kerana semakin banyak kita berjalan semakin banyak oksigen yang masuk ke dalam badan kita. Ho!Ho!Ho!" Kata Lisa. (Pandai-pandai je Lisa ni buat kesimpulan sendiri)

"Puteri Alisa Dania."
Tiba-tiba namanya diseru oleh suara di sebelah kanannya. Suara yang amat dikenalinya.

Lisa berpaling ke kanan.
"Cif!" Kata Lisa.

[Dazzling Glacier]♥Queen Of The Rain Tales♥Where stories live. Discover now