Kenapa aku

49 4 7
                                        

Perasaan takut yang membuak-buak membuatkan Zac merasa cemas dan degupan jantungnya berdegup dengan begitu kencang.

-------------------------------------------------------------

   Zac terus mengunci pintu bilik ICU itu kerana dia bimbang jikalau jururawat tersebut berjaya merempuh masuk kedalam dan 'menggila' kelaparan seperti apa yang pernah dia saksikan didalam cerita-cerita seram yang ditayangkan di kaca telivisyen.Pandangan Zac terus tertumpu pada katil sakitnya."Dah tak ada apa lagi yang aku boleh buat,selain.." Zac terus ke arah katil sakitnya.

   Praanggg..bunyi besi yang kuat bergema didalam hospital itu.Zac terkejut dan tergamam.."Mungkin zombie betina tu kot..erghh..memang boleh mati aku sebab tekanan darah je!"kata Zac berserta sedikit tawa kecil.

   Zac merabut cadar katilnya lalu dibaluti disekeliling tangannya seperti apa yang pernah dia saksikan didalam tayangan filem-filem seram yang berkaitan dengan zombie.Tanpa berlengah lagi,Zac mengatur langkahnya untuk membolosi dari jururawat yang menakutkan itu.Dengan perlahan-lahan dia membuka pintu dan menjenguk dicelah rekahan muka pintu itu.."senyap je..dah berambus dah kot"kata Zac.

   Tanpa ragu-ragu dia terus meluru keluar dari biliknya.Sesekali dia terdengar bunyi yang pelik dari arah belakangnya,tetapi apabila ditoleh tiada apa pon yang pelik.Zac terus berlari kearah lobi tetapi,pintu hadapan terkunci kemas.Dia terjumpa sebuah pemadam api,lalu dia terus mengambilnya dan dia terus berlari kearah pintu hadapan hospital itu.

   'Brangg..brunngg..bang'bunyi pintu yang dipecahkan oleh Zac bergema dalam kawasan hospital itu.Dia pon memboloskan diri melalui lubang melalui pintu cermin itu,tiba-tiba terdengar bunyi seperti orang berlari dan bunyinya begitu kuat.."Huhhh...biar betul banyak macam ni?" Zac berlari seperti lipas kudung sambil melihat kawasan sekelilingnya.Disamping itu,segerombolan zombie dari dalam kawasan hospital tadi telah berjaya keluar dan kini Zac menjadi buruan utama mereka.

-------------------------------------------------------------Adakah Zac akan berjaya menghadapi rintangan yang bahaya ini?
Nantikannya minggu hadapan.

Don't forget to leave a like and please show me some support..thank you💖

Days of SurvivalTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang