Bab 1

1 1 0
                                    

"Aku ade job baik untuk kau"

"Apa dia?"

"Kau tunggu je.Dua hari lagi aku bagitahu kau,kat tempat biasa.Sungai Neraka.Aku tak nak bagitahu kau awal awal,nanti tak syok." Sungai Neraka yang dimaksudkan Boy ialah lubuk kejahatan dimana markas konco-konco Boy membuat dadah.

"ok" Balas Joe.

______________________
~Dua hari kemudian~

Pada jam 8 pagi.Joe menyeluk poket seluarnya lalu telefon pintarnya yang berjenama dikeluarkan.Nama "Boy" ditaip diruang carian kenalan.Tup keluar sahaja nama Boy, butang call pantas ditekan.

Trutt.trutt.trutt...
ringtone telefon Boy kedengaran di atas meja bersebelahan tempat duduk Boy.Telefon itu dicapai kemas lalu dirapatkan ke telinga bersedia untuk menjawab panggilan Joe.

"Hello" Kata Joe memulakan perbualan.

"Ha.Bagus bagus.Pukul 2:30 petang kau datang Hotel Bajet.Alamat aku suruh anak buah aku hantar location dekat whatsapp." Jawab Joe selamba.

"Ermm.Baiklah." Balas Joe ringkas.

"Tapi ingat tepat jam 2:30 petang.Jangan lambat.Sebab aku rasa ade yang ekori kita.Lagi satu.Padamkan perbualan kita ni.Ingat" Pesan Boy, lalu butang off call ditekan.

"Ke...naa..." tak sempat habiskan kata katanya panggilannya sudah di tamatkan.Muka Joe mula berubah sambil melihat plat skrin telefonnya dengan berasa hairan.

"Cepat noh matikan handphone kau ni.Perangai kau memang teruk Boy"bisik hati Joe.

____________________
     Satu jam sebelum masa yang ditetapkan oleh Boy.Baju kemeja serba putih disarung pada tubuhnya.Jam Gshock berwarna hitam kusam dilekapkan di pergelangan tangannya.Rambutnya diikat kemas kerana rambutnya boleh tahan panjang.Kacamata hitam dipakai menutup matanya.

"brettttt"telefon pintarnya bergetar menandakan ada yang menghantar pesanan di aplikasi whatsapp .

"Baik laa Boy.Kena dengan masa.I like."sambil membuka aplikasi whatsapp untuk melihat pesanan tersebut.

Dia sudah menjangkakan itu adalah pesanan yang Boy katakan awal pagi tadi.Jangkaannya benar belaka.Location Hotel Bajet yang dikatakan Boy dihantar.

Kunci kereta Wira berwarna merah gelap dicapai.Punat di alat kawalan jauh kereta ditekan lalu bonetnya dibuka.Bagasinya dimasukkan ke dalam dengan rapi.Sebelum menutup bonetnya.Dia menyeluk poket seluarnya untuk mencapai rokok elektriknya.

Seusai dua hembusan wap air berperisa Manggo-Laici dihembus lalu bonet keretanya ditutup.Lantas dia berjalan menuju ke pintu pemandu.

Kereta dipandu Joe dengan berhemah.Tali pinggang kenderaan tidak dipakainya.Matanya mengerling ke arah jam tangannya yang menunjukkan jam 1.30 petang, bermakna dia hanya mempunyai baki masa 1 jam sahaja lagi.

"Ni belum sampai markas.Aduh hantar location pon lambat."keluh Joe.

_________________
Tiba di Hotel Bajet yang diberitahu.Joe masuk ke dalam hotel tersebut dengan mengheret bagasi tersebut.Terbuka sahaja pintu masuk hotel.Joe berasa hairan kerana tiada sesiapa pun  di dalam hotel tersebut.

"Haa..Apa lagi la kau buat ni Boy?"ujar Joe dengan perasaan hairan.

"pap.pap.pap"tiba tiba beberapa tepukan bergema di dalam hotel memecah suasana sunyi sebentar tadi.

Joe sudah mula menyelak baju kod putihnya menampakan sepucuk pistol berwarna perak.Tangannya mula memegang hulu pistol tersebut sebagai langkah berjaga jaga.

Tiba tiba,bunyi tepukan tadi hilang.Mata Joe melihat sekeliling kawasan hotel.

Bharghh!! Jerit Arman dengan diiringi ketawa besar.Tujuannya untuk memeranjatkan kawannya itu.

"Kau Man!?"lantas bajunya dirapikan semula.

"hahaha iyalah aku Arman.Aku ingat nak tinggalkan perkara terkutuk yang kita buat ni.Tu aku menghilang.Tapi lepas dengar Boy ada kata dia ada job baru.Tu aku ikut."jawab Arman.

"Ouh dia ajak kau sekali .Erm.."perbualan terhenti seketika."Ha.Kau ada tanya dia lepasni nak buat apa?"

"Dia ada gitau kejap lagi dia akan sampai ambil kita pergi ke markas"

"Ha tu panjang umur"jari telunjuk ditunding ke arah kereta Boy yang berhenti di hadapan hotel.

"Hoi.Kau buat apa kat hotel ni sampai tiada orang langsung?"soal Joe

Arman hanya menganggukkan kepalanya mendengar soalan Joe.

"Aku beli hotel ni.Malam ni markas kita dijangka akan diserbu polis.Jadi proses packing risau tak berjalan lancar.Nanti budak aku angkut semua barang bawak ke sini.Pemilik hotel ni tunduk dengan tawaran yang tinggi.Biasalah orang kata ada duit jalan..."Boy memberi keterangan dengan teliti.

"Sekarang kita nak kemana?"tanya Joe

"Sungai Neraka" balas Boy.



Cinta?Where stories live. Discover now