my first snow (chapter 2)

269 17 4
                                    

Sudah 5 hari Kyungsoo keluar dari hospital, dia masih tidak tahu objek di depannya. Dia seperti di dunia baru. Kalau Hyomin atau Myungsoo tanya 'ini apa?' Kyungsoo perlu menyentuh barang itu dahulu, barulah dia akan tahu nama objek itu kerana dulu dia hanya menyentuh bukan melihat.

Dia baring di katilnya kemudian dia merenung siling putih, "itu... siling bukan?" kemudian dia ambil bantal sebelahnya, dia meraba-raba bantal itu. "Lembut, selesa dan sejuk... ini... bantal" dia melelapkan matanya, gelap sama seperti sewaktu dia tak dapat melihat. Kemudian dia membuka matanya, dia rasa dia di dunia aneh. Kemudian dia ambil cermin di laci bersebelahan dengan katilnya.

Dia melihat wajahnya. Dia menyentuh matanya "ini... mata..." kemudian dia menyentuh hidungnya "ini... hidung" dia menyentuh bibirnya "ini... bibir..."

Dia henti menyentuh wajahnya. Ini wajah saya? “Kyungsoo, noona ni, boleh noona masuk?” tanya Hyomin yang sedang berdiri di depan pintu bilik Kyungsoo. “Masuklah” jawabnya. Hyomin membuka pintu kemudian duduk di sebelah Kyungsoo. “Kyungsoo, noona nak pergi ke pusat membeli belah beli bahan untuk masak malam nanti”

Kyungsoo mengeluh, sebenarnya dia malas nak keluar tapi, kalau dia keluar, dia boleh tengok benda yang tak pernah di lihat. “Okay, saya ikut”

“Okay! Thanks! Kamu lah adik noona yang paling baik. Tak macam hyung kamu tu! Dia pergi pusat membeli belah tapi bukan dengan noona tapi dengan kekasih dia tu!” Hyomin bangun dari katil Kyungsoo. “Kamu bersiaplah ya… Noona tunggu kamu di kereta”

Pada waktu yang sama di pusat membeli-belah, Myungsoo dan Nun-i duduk di atas kerusi kayu yang berdekatan dengan pintu masuk pusat membeli belah. “Nun-i, kita putuslah”

Nun-i terdiam seketika kemudian dia bertanya “tapi… kenapa?” Tanya Nun-i. Myungsoo mengosok belakang lehernya mencari seribu sebab. “Oppa, kenapa senyap? Beritahulah” Nun-I memegang tangan Myungsoo.

Nun-i sudah tidak tahan lagi dia bangun dari kerusi “sudahlah! Saya bosan dengan oppa! Oppa tinggalkan saya hari itu! Oppa lupa tarikh pertama kali kita berjumpa! Oppa lupa segala-galanya! Saya bosan! Saya tahu, mesti oppa nak tinggalkan saya sebab perempuan buta tu kan?”

“Ya, tapi…”

“Cukup! Saya dah agak dah! Saya benci oppa!”

Nun-i berlari dan terus berlari. Semasa dia berlari, dia terlihat seorang gadis bersama adiknya berdiri di tepi kereta hitam Myungsoo. “Aish! Ni kereta saya ni, berani Myungsoo pakai kereta saya tak beritahu! Kyungsoo, kamu duduk di sini sekejap, noona nak cari si babo Myungsoo.” Kata Hyomin itu.

Hyomin meninggalkan Kyungsoo berdiri disitu. Nun-i lari mendapatkan Kyungsoo. Dia tidak kenal siapa sebenarnya Kyungsoo itu, walaupun itu sebenarnya adik kepada Myungsoo.

Nun-i berhenti berlari di depan Kyungsoo. Kyungsoo hanya memandangnya dengan ekspresi muka yang kosong. Nun-i memegang bahu Kyungsoo. Kyungsoo hanya terdiam “couple dengan saya!” katanya.

“Tap… tapi kenapa?”

Nun-i menarik tangannya kemudian dia membawanya ke tempat lain sebab dia tahu bahawa Myungsoo akan mencarinya di sini.

Hyomin mendail nombor Myungsoo. Dia menunggu Myungsoo mengangkat telefonnya.

“Yeobseyo”

“Yah! Kim Myungsoo!”

“Maaf noona, saya akan call noona balik”

Myungsoo mematikan telefonnya. “Bwo? Yob- Yobseyo? Yobseyo?! Yah Kim Myungsoo!” Hyomin menjerit.

Kyungsoo memandang Nun-i, mereka berdua tidak cakap apa-apa pun dari tadi. Kyungsoo memandang Nun-i yang sedang menekup mukanya. Kyungsoo tersenyum melihat wajah Nun-i "ini... cantik..."

Nun-i memandang Kyungsoo "apa?" Kyungsoo mengelengkan kepalanya. "Awak nak apa dari saya?" tanya Kyungsoo. "Saya cuma nak awak jadi kekasih saya?"

"kekasih?"

"ya... tolong lah... ya?"

"Saya... akan fikirkannya"

Nun-i tersenyum dia ambil pen dari poketnya. Dia menulis nombor telefonnya pada tapak tangan Kyungsoo "jangan lupa telefon saya" Nun-i meninggalkan Kyungsoo. Kyungsoo memandang tapak tangannya kemudian dia tersenyum.

"tangannya... lembut"

"Kyungsoo..."

Kyungsoo mencari-cari suara itu. Tapi dia cukup kenal dengan suara itu. Dia memandang ke arah kirinya dia terlihat Hyomin sedang menuju ke arahnya. "Kyungsoo, kamu pergi mana? Noona risau tau!" Hyomin mengambil nafasnya. "Maafkan saya noona"

Hyomin tersenyum dia mengusap kepala Kyungsoo "tak apa, nanti jangan buat lagi"

Hyomin menyusun makanan di atas meja makan. "Myungsoo! Kyungsoo! Mari makan!" jerit Hyomin. Myungsoo dan Kyungsoo menuju ke meja makan. Hyomin meletakkan nasi di dalam mangkuk adik-adiknya. Hyomin meletakkan banyak nasi di mangkuk Myungsoo membuatkan Myungsoo keliru.

Myungsoo memandang wajah Hyomin. Dia nampak marah. "Noon... Noona... maaflah pasal tadi. Saya kejar seseoranglah tadi. "Oh? Apa? Noona tak cakap apa-apa pun. Kenapa kamu minta maaf pula?"

"Ah! Noona!"

"Yelah! Noona maafkan kamu! Tapi kalau kamu buat lagi noona bunuh kamu!"

Myungsoo tersenyum 'fuh! nasib baik!'

"err, noona" Kyungsoo memanggil Hyomin, "tadi ada gadis ni, dia kata dia nak saya jadi kekasihnya. Apa... perlu saya jawab?" Hyomin tercengang, Myungsoo pula tersembur "apa? ada orang luahkan perasaan pada kamu kah, Kyungsoo?" tanya Myungsoo dengan mulut yang penuh.

"Tak adalah, dia cuma minta saya untuk jadi kekasihnya. Dia juga beri nombor telefonnya pada saya. Apa perlu cakap?"

Hyomin memegang bahu adiknya "noona rasa kamu patut terima. Kalau kamu hendak telefon dia, ambil telefon noona dan telefon lah dia. Noona dah ajarkan kamu cara mendail?"

Kyungsoo menganguk kepalanya. Mungkin dia patut telefon Nun-i lepas makan nanti.

Kyungsoo baring di atas katilnya kemudian dia melihat tapak tangannya. "Perlukah saya telefon dia sekarang?" dia mengambil telefon kakaknya kemudian dia mendail nombor Nun-i. Dia menekan butang hijau. Dia menunggu Nun-i mengangkat telefonnya.

"Yeobseyo? Nuguseyo?"

"Err... saya Kyungsoo..."

"Owh... Kyungsoo... siapa Kyungsoo?"

"Lelaki yang awak nak dia jadi kekasih awak tu"

"Owh... Kyungsoo, nama awak hampir sama macam bekas kekasih saya. Jadi, apa jawapan awak?"

"Saya terima"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 02, 2014 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

my first snow ❤Where stories live. Discover now