my first snow (chapter 1)

298 12 0
                                    

Kyungsoo menunggu pembalut dimatanya dibuka oleh seorang doktor, dia megenggam erat tangan kakaknya. Selepas pembalut itu dibuka doktor menyuruh dia membukakan matanya. Dia membuka matanya perlahan-lahan disebabkan baru lepas habis pemedahan, rasa sakitnya masih ada lagi.

Kakaknya Hyomin, menyuruh dia supaya tidak paksa diri. Tetapi dia cuba lagi kerana inilah saat yang ditunggu-tunggu. Dia ingin melihat dunia. Disaat dia membuka matanya, ada sedikit kabur. Dia mengelengkan kepalanya. Kabur itu hilang dengan perlahan-lahan.

Dia terlihat seorang gadis berambut panjang dan seorang lelaki muda didepan matanya dibelakang perempuan itu pula terdapat seorang doktor perempuan berkaca mata dan dua orang jururawat. Dia memandang perempuan didepannya sekali lagi, dia menyentuh pipi perempuan itu. Kemudian perempuan itu menyentuh tangannya "ini... Hyomin... noona kah?" perempuan itu mengangguk.

Kemudian dia memandang lelaki yang bersebelahan dengan Hyomin. "Ini... Myungsoo... hyungkah?" lelaki itu mengangguk. Hyomin menangis kegembiraan, akhirnya adik kesayangannya dapat melihat. Myungsoo hanya tersenyum.

"Nampaknya mata kamu tidak ada masalah tetapi kamu kena tinggal disini buat masa beberapa hari" kata doktor. "Terima kasih doktor..." kata Hyomin dan Myungsoo. Doktor itu mengundur diri, tidak mahu menganggu tiga beradik itu.

Hyomin dan Myungsoo memeluk Kyungsoo. Mereka berdua terlalu gembira apatah lagi Kyungsoo yang dulunya buta sekarang dapat melihat. Kegembiraan yang tak dapat dijelaskan.

Pada hari petang, seorang gadis yang bernama Song Nun-i berdiri ditepi lampu tiang yang berdekatan dengan taman. Dia melirik jam tangannya. Dia sedang menunggu kekasihnya. Jarum jam sudah menujukkan tepat pukul 9.00 pagi. "Nun-i!" seorang lelaki berbaju hijau berlari kearahnya.

"Oh! Myungsoo oppa!"

Myungsoo itu membongkokkan badannya sambil mengambil nafas "Nun-i... maafkan oppa... sebab oppa datang... lambat... aduh... penatnya!" Myungsoo meneggakkan badannya. Nun-i menoleh kearah lain dia 'seperti' marahkan Myungsoo "saya benci oppa! Saya rasa ini kali yang keempat oppa lewat!"

"Aish! Maafkan oppa! Oppa janji oppa tak buat lagi"

Nun-i tersenyum, dia mengeluarkan tisu dari begnya dan lapkan peluh kekasihnya. "Aigoo... penat dia... berpeluh sampai!" 

"Kan bagus kalau hari-hari Nun-i buat macam ni kat oppa. Kalau tak... membebel saja tak tentu fasal" kata Myungsoo sambil menoleh kearah lain menahan gelak. Nun-i mengigit bibir bawahnya dan menunjal kepala Myungsoo. "Ouch! Hey..." Myungsoo menjerit sambil tangannya mengosok kepalanya. "Oops! Sorry~"

"Sudahlah, jom kita pergi sekarang" kata Myungsoo sambil memegang erat tangan kekasihnya. Myungsoo bawa kekasihnya ke keretanya. Myungsoo membuka kereta untuk kekasihnya "sila masuk" kata Myungsoo. "Terima kasih!" Nun-i masuk kedalam perut kereta sementara Myungsoo duduk ditempat pemandu. Myungsoo menghidupkan enjin keretanya kemudian memandunya secara pecut.

Nun-i mula berasa takut, dia sangat takut dengan jika seseorang memandu kereta dengan laju. Myungsoo memandang kekasihnya kemudian dia tergelak. Myungsoo sangat suka lihat muka kekasihnya begitu. Kemudian dia memperlahankan keretanya. Kesian bila lihat kekasihnya begitu.

Nun-i berasa seditkit lega bila Myungsoo memperlahankan keretanya. "Oppa, oppa ada lesenkah? Sampai bawa kereta macam ni sekali. Lagipun umur oppa baru 17 tahun" Nun-i memulakan bicara. "Tak ade pun~"

"Apa? Tak ada? Habis kalau kena saman macam mana?"

"Oppa tak kisah sebab, kereta ni bukan oppa yang punya, tapi kakak oppa, Hyomin"

Nun-i menggelengkan kepalanya, tak sangka kekasihnya sangat babo. "Saya dengar adik oppa dah dapat mata baru, betulkah?"

"Ya, kenapa?"

"Saya tak pernah lihat muka adik oppa tu. Saya nak tengok juga macam mana muka adik oppa tu"

"Tak boleh! Nanti Nun-i sukakan dia!"

Nun-i memandang Myungsoo "B.A.B.O" Nun-i cakap dengan perlahan tapi cukup jelas untuk Myungsoo dengar. "Nun-i lah B.A.B.O"

"Apa?"

"Tak ada apa"

Myungsoo ketawa lagi, sangat kelakar layan si Nun-i. Selepas sampai kedestinasi, Myungsoo memberhentikan enjin. Dia memandang Nun-i yang sedang lena tidur. Myungsoo mengeluarkan telefonnya dan tangkap gambar kekasih.

Myungsoo tersenyum kemudian dia mengejutkan Nun-i "Nun-i... bangun..." Myungsoo berbisik di telinga Nun-i. Nun-i mengeliat dan tidak sengaja tertumbuk Myungsoo. "Ouch! Kena pukul lagi"

Nun-i membukakan matanya. Dia mengosokkan matanya. Dia melihat pipi Myungsoo, ada kesan lebam "oppa, kenapa dengan pipi oppa?"

"Oh? Hahaha tak ada apa, tadi kena tumbuk dengan mak cik gila (Nun-i)"

"Oh, okay..."

"Jomlah keluar"

Myungsoo membuka pintu kereta untuk kekasihnya, "Jom"

Myungsoo dan Nun-i berjalan bersama-sama ditaman kemudian Nun-i berhenti apabila dia terasa hendak membuang air. "Oppa... Saya nak buang air la" kata Nun-i sambil kakinya tidak berhenti bergesel-gesel. "Apalah... Pergilah, oppa tunggu"

Nun-i mengangguk kemudian berlari menuju ke tandas yang berdekatan dengan taman itu. Myungsoo menggelengkan kepalanya apabila melihat gadisnya begitu. Myungsoo melihat kawasan taman itu, ianya cantik bersih dan segar. Dia menghirup udara yang segar ditaman itu sambil menutup matanya.

Tiba-tiba dia terasa seseorang langgarnya "oh, maaf!" gadis itu meminta maaf pada Myungsoo. Gadis itu mempunyai rambut yang panjang ikal, pipi yang gebu dengan mata yang tertutup, dia seorang gadis buta. Tetapi Myungsoo sangat kenal dengan gadis itu kerana dialah yang mendermakan matanya pada Kyungsoo. Dulu, Myungsoo pernah jatuh hati padanya.

"Ji... Jiyeon! Apa yang awak buat dekat sini?" Myungsoo memegang bahu gadis buta yang bernama Jiyeon. Jiyeon menyentuh pipi Myungsoo "Myung... Myungsoo?"

Myungsoo mengangguk. "Saya cuma berjalan-jalan disini... memandangkan saya dah tak boleh pergi sekolah, saya datanglah ke taman ni, Hahaha" Jiyeon berpura-pura ketawa. Myungsoo rasa sangat kesian pada Jiyeon. "Mari saya hantar awak balik"

"Awakkan sedang dating, saya taknaklah ganggu awak berdua"

"Macam mana awak tahu?"

"Rahsia~"

"Tak! Tak! Saya tak dating mari saya hantar awak balik" Myungsoo menarik tangan Jiyeon masuk kedalam keretanya. Dia meninggalkan kekasihnya begitu sahaja...

Myungsoo tidak sedar bahawa Nun-i sedang memerhatikannya.

my first snow ❤Where stories live. Discover now