Opera

182 3 0
                                    

belum sempat sarung Yeezy, tapak kaki yang bogel dingin,
melangkah dengan terpaksa menghadap para hakim,
membawa gin, atau anggur merah buat yang gincu merah
di lapangan opera dingin, bertiup angin, bikin dada merah gundah!

tangis yang mana jatuh ke tapak tanganmu yang kering kemarau
nama yang mana pergi dari identiti hati yang mengigau-ngigau
hati yang mana kau lupa, kau lupa, kau luka,
siapa yang pernah hilang, setia yang mana kau curang, mana?
mana? mana dia? mana dia? mana? mana?

opera basah di bawah bendera merah,
peluh & keluh kesah mencurah jadi bah!

puisi hatiku ini, aku puisikan,
lagu seduku ini janganlah kau sedankan,
mungkin cuma ini bekalan untuk diadilkan
"bahagia yang mati muda"
itu kata Soe Hok Gie
pantang maut, pantang ajal
aku Soekarno kecil
bagai manifesto, aku juga berjanji
kalau tak tepati, kucari mereka di sini
tapak kaki bogel, mata terkebil-kebil
tiada lagi janji, lembayung diteduh Babyl,
terik mentari sejengkal, bukan lagi janggal,
pasca-adu-akal, sebut fasal demi fasal,
hafaz lafaz lirikal, dipukul sekali pukal,
sanjung kerana terkenal, fasal tak tentu fasal
tunduk kerana dikenal, kebal tak tentu kebal,
sumpah sabda lirikal, penyajak diadil awal!

yang adil ke kanan, yang adil ke kiri
api di neraka nanti, perempuan atau lelaki?
angin di syurga nanti, perempuan atau lelaki?

lelaki mana jatuh ke tapak tanganmu yang kering kemarau?
wanita mana pergi dari identiti hati yang mengigau-ngigau?
hati yang mana kau lupa, kau lupa, kau luka,
siapa yang pernah hilang, setia yang mana kau curang, mana?
mana? mana dia? mana dia? mana? mana?

aku Tulangkata raja armada madah
pendeta curi tulang, aku tulis sejarah
tanpa askar ke masyhar,
emcee dihakim karyanya,
Taufiq ke Tulangkata
ku takut lupa & alpa,
kerana firasat kata, dewan jendral akan kudeta,
esok ku naik takhta, guling junta tentera,
esok kita bertakhta, kerana aku naik takhta,
dari sahara kata kujumpa oasis bahasa
kalau puisi R.A.P ini menghitung kata
ini takhta opera sastera
bakal aku yang punya!
ini presiden punya!

April 2017
tastasmedia

(posted by Mild #tastasmedia)

LAHIRWhere stories live. Discover now