"Nak mama bagitahu Jimin tak?"
Aku geleng.
"Janganlah. Dia tengah busy tu. Kesian dia."
"Jadi, makanlah ubat ni kalau nak cepat sembuh."
"Ala, nantilah. Lagipun mana boleh makan ubat sebarangan. Ni ubat dari mana mama ambil ni?"
"Ubat ayah kamulah. Kan dia demam hari tu. Sekali makan antibiotik dia ni."
"Mana boleh makan ubat ayah pula."
Mama mendengus.
"Mentang-mentang kamu kerja di farmasi hospital nak makan ubat pun cerewet."
Aku diam. Malas nak gaduh dengan mama sebab nanti dia juga yang jaga aku masa demam ni.
"Jom pergi klinik."
"Malas. Lagipun dah malam ni. Sejuk." Aku tutup muka dengan selimut.
"Jangan nak mengada. Bangun sebelum mama telefon Jimin." Mama dah mencapai telefon di atas meja.
"Haish, yelah yelah." Aku bangun dan bersiap sementara mama menunggu di kereta sambil menunggu enjin kereta panas.
Lepas pergi klinik kiteorang pun balik sebab aku memang tak larat langsung nak pergi mana-mana. Nak tidur je rasa.
Tengah sedap aku tidur, aku tersedar bila telefon aku berbunyi.
Hala hala halaaa 😩Nanti dia tengok muka aku yang merah ni dia risau pula.
Nak angkat ke tak ea?
Okay, tak payah.
Tapi... aku rindu dia :(
Mianhe, Jimin ah.
*****
"Haih, kenapa tak angkat ni."
Sudah acapkali Jimin telefon Jae Eun tapi masih tidak diangkat.
Nak tengok muka Jae Eun. Rinduuuuuuu 😩
Tak lama kemudian Jae Eun telefon Jimin tapi bukan video call. Em dapat dengar suara pun jadi lah. Terus Jimin angkat.
"Hello?"
"Hello, Jimin ah."
"Em, kenapa tak angkat saya call?"
"Maaf. Saya tidur tadi."
Dahi Jimin berkerut. Rasa macam ada yang lain je dengan Jae Eun ni.
"Suara tu kenapa? Macam lain je."
"Eh, mana ada apa-apa. Biasa je."
"Demam ke?"
"Nope. I'm okay baby." Jawab Jae Eun. Berharap agar Jimin percaya apa yang dia katakan.
YOU ARE READING
Him That I Want ✔
FanfictionKim Jae Eun, yang selama ini bercinta secara rahsia dengan Park Jimin... ahli kumpulan BTS yang diminati ramai dan digilai para gadis di seluruh dunia. Pelbagai cara mereka aturkan supaya mereka boleh berjumpa walaupun secara sembunyi. Ahli BTS ta...