-11-

56 4 0
                                    

"Siapa yang sanggup buat macam tu dekat dia? Melampau betul!" Jin meluahkan rasa marahnya selepas mendengar cerita dari mulut Jimin.

"Siapa pun dia aku akan cari walau sampai ke lubang cacing sekali pun!" 

Jin melihat rahang Jimin bergerak-gerak. Itu menandakan yang dia tersangat marah.

"Sabar. Jangan ikut perasaan marah kau tu sangat. Nanti aku tolong kau siasat si pelakunya." Yoongi menepuk perlahan bahu Jimin.

"Aku tak bolehlah, hyung! Hati aku rasa panas sangat sekarang ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku tak bolehlah, hyung! Hati aku rasa panas sangat sekarang ni. Aku sedih dengan apa yang jadi dekat Jae Eun!" Jimin menumbuk dinding sekuat hatinya.

"Arghhhh!!!" Jeritan Jimin yang kuat membuatkan semua orang yang ada di rumah itu tersentak.

Jimin... Kalau dia dah marah memang tak boleh dikawal.

Selepas beberapa minit, kedengaran esak tangisnya pula.

Yoongi pantas menghampiri Jimin. Dia peluk Jimin seeratnya. "Sabar Jimin. Sabar. Aku akan bantu kau. Aku janji."

Jin mengusap belakang badan Jimin.

"Aku sedih,hyung. Aku tak tahu nak cakap apa dekat parents dia nanti. Sebab akulah penyebabnya anak mereka jadi begini."

"Bukan salah kau lah. Dah benda ni nak jadi. Jangan risau. Kau ada kami semua. Kami semua akan bantu kau. Okay?" Giliran Jin pula bersuara.

Jimin hanya menangis teresak-esak di dalam pelukan Yoongi.

"By the way, kau ni dah makan belum?" Jin bertanya kepada Jimin.

Tapi Jimin hanya mendiamkan diri.

"Jimin?" Yoongi melihat Jimin yang berada di dalam pelukannya.

"Ahh sudah. Jimin pengsan, hyung!"

"Taehyung! Kookie!" Jin memanggil Taehyung dan Jungkook untuk membantu mengangkat Jimin. Mukanya pucat.

"Kenapa ni?" Taehyung cemas melihat sahabat baiknya tidak sedarkan diri.

"Tolong angkat Jimin ni masuk bilik dia. Aku nak masak makanan untuk dia makan kalau dia sedar nanti." Jin terus berlalu ke dapur manakala Yoongi, Taehyung dan juga Jungkook mengangkat Jimin ke bilik tidurnya.

Tuala basah diambil untuk mengelap muka Jimin. Minyak angin diambil sedikit dan dikesat sedikit di hidung Jimin.

"Apa dah jadi ni, hyung?" Taehyung memandang Yoongi mengharapkan jawapan.

Yoongi geleng kepala mendengar pertanyaan Taehyung. "Tulah, lain kali mainlah game lama-lama lagi. Sampai tak nak tahu keadaan sekeliling."

Taehyung sengih seperti kerang busuk begitu juga Jungkook.

"Jae Eun kena langgar dengan kereta tadi. Ada sasaeng fans yang tolak dia sampai ke jalan besar."

Bulat mata Taehyung memandang Yoongi. Jungkook juga.

Him That I Want ✔Where stories live. Discover now