Diam Diam Jatuh Cinta

11 0 0
                                    

CERPEN 1 – by IqraMrcn

Langit mendung seiring airmataku. Cuaca suram seperti tahunya isi hatiku tatkala ini. 3 bulan sudah berlalu tetapi kesannya masih terpahat jauh di lubuk hati. Dia yang selalu ku puja, yang selalu ku mimpi kini sedang kecapi bahagia. Kadang-kadang aku sendiri bingung apakah silap dan salahku sehingga dia pergi meninggalkanku tanpa bicara.
"Perempuan sial. Jangan call aku lagi." – Dialog ini masih terngiang-ngiang dalam minda. Selepas panggilan itu, kami tidak lagi bersama. Puncanya masih belum ku tahu,kosong. Kemudian aku terlihat dia lagi bersama perempuan lain. Tanpa rasa bersalah mahupun sedih dia melihat ku kembali dan terus berlalu sepi. Aku hanya terdiam, anak mataku mengekori susuk tubuhnya sehingga mereka beransur hilang. Kejam, sungguh kejam.

"Sayang, I janji I takkan tinggalkan you sampai bila-bila. I janji akan jaga you macam mana parents you jaga you." Janji Zhafran kepadaku suatu ketika dulu. 7 tahun bukan mudah untuk aku melupakan segala kenangan yang ku cipta bersamanya. Dasar jantan keparat!

"Weh Khadeeja, lama benar mengelamun! Aku sebelah kau ni pun kau buat tak nampak je." Bentak sahabat baikku, Zaiton.

"Eh Eton, bila kau sampai?" soalku runsing.

"Ha itulah engkau! Aku whatsapp tak reti nak baca pulak, dah tu dah sampai depan batang hidung pun still tak perasan. Sedih betullah!"
"Kau ni aku tengok dah macam mati laki je apahal?"
"3 bulan tak jumpa terus macam anorexia ni, dah kenapa? Risau pulak aku tengok kau" tak henti-henti Zaiton melepaskan kata.

"Oi, diam pulak kau ni. Penat aku bercakap sorang-sorang!" bentaknya lagi.

"Eh, sorry hehehe. Apa kau kata tadi?" soalku.

"Eh dia ni, penat aku membebel dari tadi. Satu pun kau tak dengar ke? Lupakan jelah! Sekarang ni aku lapar. Jom gi makan?" kata Zaiton kepadaku.

Zaiton dan aku berjalan beriringan menuju ke McDonalds di dalam Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Rindu sungguh dengan Zaiton. Walaupun personalitinya kasar, macam lelaki, tetapi dialah sahabat yang sentiasa ada disaat susah dan senang. 3 bulan berjauhan tidak bermakna kami tidak keep in touch. Hampir setiap minggu Zaiton akan menghubungiku melalui Skype. Hubungan kami begitu erat sehingga tiada rahsia yang tersembunyi diantara kami.

'Maafkan aku Eton, bukan aku taknak cerita, tapi aku rasa masih belum masanya lagi' Desis hatiku.
Bahagianya rasa melihat sahabatku Zaiton bergurau senda di panggilan telefon bersama kekasihnya. Saat itu terus aku teringat akan Zhafran. Sekali lagi memori indah terlakar dalam mindaku. Oh! Rindunya...

"Beb, apahal menangis ni? Kau okay tak?" tanya Zaiton mengejut.

Dengan pantas aku mengelap mutiara yang jatuh di pipiku. "Eh taklah mana ada! Jom balik. Mesti parents kau tengah tunggu kat rumah tu."

"Aku rasa kau ni tak sihat la Deeja. Jom pergi klinik lah." Ajak Zaiton.

"Eh buat apa nak gi klinik, aku okay jelah. Dah jangan nak mengada. Jom baliklah!" Segera aku menarik tangannya. Tanganku ditepis Zaiton lalu dia meninggalkanku dan melulu sahaja ke arah tandas awam untuk melepaskan hajatnya. Merah padam mukanya sewaktu itu. Ingatkan apalah si Eton ni!

Tiba-tiba...Dushhhhh! Aduh! "Woi, buta ke?!" Bentakku pada perempuan berkasut tumit merah dan berambut blonde itu.

"Excuse me? You are the one who's blind! Not me, hello!" balasnya dengan penuh keegoan.
Hampir saja penumbuk melekat dimukanya. Mujur ramai yang memerhati dan membuatku menahan kemarahan.

Tiba-tiba terdengar suara seseorang yang pernah aku kenali.
"Baby, what happen? Are you okay my dear?" Kata lelaki itu kepada perempuan berambut blonde itu.
Jantungku hampir terhenti. Nafasku turun naik. Seperti terlihatnya makhluk halus di depan mata. Mukaku merah padam. Geram! Yang teramat sangat. Susuk tubuh lelaki yang berada di depanku tatkala ini adalah lelaki yang pernah menjadi buah hatiku. Lelaki yang pergi tanpa kata tinggalku bersendirian kini kembali.
'Oh, dah ada pengganti. Cepat sekali' monologku.

#CerpenForLifeWhere stories live. Discover now