Jodoh, Who Are You?

18 0 0
                                    

Cerpen 2 - by IqraMrcn

Iyaz Haidi POV
Gembira tak terkata hati ini saat terlihat wajah itu kembali. Wajah yang sering ku rindui itu. Wajah yang sudah lama tidak ku tatapi. Masih jelita seperti dahulu. Tidak ku sangka akan bertemunya di atas kapal ini. Kami sekarang berada sama-sama di atas kapal pelayaran islamik selama seminggu. Kapal ini akan berlayar ke tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Seingat aku, sudah hampir tujuh tahun kami tidak berjumpa. Itu pun kerana dia telah berpindah sejak kami sama-sama berusia 18 tahun sejurus selepas kami mengambil keputusan SPM. Aku yang dari tadi melihat dari jauh, terus melangkah ke arahnya. Gadis yang sudah lama ku pendamkan rasa hatiku buatnya.
"Assalamualaikum, Ainur Fateema?" tanyaku singkat.
"Waa..laikumussalam. Allahu Akbar. Iyaz Haidi ke ni?" balasnya sejurus menoleh ke arahku terkejut.
"Ya. SubhanAllah, masih ingat lagi awak dekat saya ye? It's been ages kan?" balasku lagi.
"Aah. Tak sangka betul kan? Dekat sini kita berjumpa. Dah berapa tahun ye? Hmm..."
"Dah tujuh tahun Ainur." Balasku sambil senyum.
"MashaAllah, lama betul ye." Ujarnya.
"Awak ni sensorang je ke?" tanyaku lagi.
"Ye. Seorang je. Sengaja mahu menenangkan fikiran sambil mendekatkan diri kepada ilmu-ilmu islamik. Maklumlah diri ni masih jahil." Balasnya selamba.
"Alhamdulillah. Sama-samalah kita kan? InshaAllah. Minta maaf ye, saya kena ke sana. Abi dan umi sedang menunggu."
"Oh okay. Kirim salam buat abi dan umi ye?" balasnya lagi sambil tersenyum manis.
Aku beransur pergi meninggalkannya tanpa menoleh. Walaupun masih banyak yang aku ingin kongsikan bersamanya, aku hentikan dahulu perbualan kami dek kerana ceramah dari penceramah hebat, Yasmin Mogahed akan bermula sebentar lagi.
Sungguh sayu hati ini selepas mendengar ceramah dari Yasmin Mogahed ini. Hatiku terus sahaja terasa hiba.
If you allow dunya to own your heart, like the ocean that owns the boat, it will take over. You will sink down to the depths of the sea. You will touch the ocean floor.-Yasmin Mogahed.
Aku berasa masih lagi kerdil di bumi Allah ini. Masih banyak lagi pahala yang perlu aku himpun buat bekalan di akhirat nanti. Namun aku, asyik dengan dunia yang sudah tentu akan musnah, dunia yang tidak kekal. Allahu Akbar. Aku menunduk dengan malu.



Ainur Fateema POV

Terkejut benar hatiku melihat susuk tubuh itu setelah sekian lama. Masih ingat lagi dia pada aku. Kami sudah terputus hubungan sejak aku berpindah ke Johor Bahru dek kerana ayahku terpaksa menjadi pengetua di salah sebuah sekolah di sana.
Dia terus sahaja hilang dari pandangan selepas kami bertegur sapa. Maklumlah, ceramah sudah mahu dimulakan. Aku tidak mengendahkan pemergiannya kerana katanya dia datang bersama abi dan uminya. Aku terus duduk di kerusi berdekatan.
Ceramah dari Yasmin Mogahed itu berakhir dengan kehibaan. Ramai disekelilingku amat terkesan oleh ayat-ayat yang dikongsi penceramah itu termasuklah aku. Benar kata orang, perasaan cinta kepada sang Ilahi akan bertambah kuat dan dekat apabila kita menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ini. SubhanAllah.
Aku menuju ke beranda kapal pelayaran yang gah ini untuk mengambil udara segar. Sayu di hati masih tidak dapat aku pendamkan. Aku menangis semahu-mahunya terbayangkan dosaku sepanjang 25 tahun hidup di dunia. Terlalu banyak salahku.
"Assalamualaikum." Tegur seseorang. Aku dengan pantas mengesat air mataku lalu menoleh belakang.
"Waalaikumussalam. Eh, Iyaz. Kenapa awak dekat sini?" tanyaku kaget.
"Saya ternampak awak datang sini, itu yang saya ikut dari belakang. Awak tu, kenapa duduk sini sorang-sorang?" tanyanya pula.
"Oh, saja ambil angin. Terkesan dengan ayat-ayat dari penceramah tadi. Teringat pulak masa lalu saya yang entah apa-apa dulu." Balasku.
"Ramai yang terkesan dengan ayat-ayatnya itu. Saya pun sama jugak. Betul-betul rasa diri saya masih banyak dosa lagi. Haa, kita kan dah lama tak jumpa. Awak kerja apa sekarang?"
"Betul tu. Eh, aah. Saya tak kerja cuma buat bisnes online jual tudung je. Alhamdulillah, hasil duit tudung tu saya datang sini. Lepas saya tahu pasal kapal pelayaran ni, gigih saya buat promosi untuk laku kan tudung saya. Berminat sangat nak join sekali, tak sangka betul Allah beri rezeki. Awak pulak, kerja apa?" Panjang aku membalas.
"Alhamdulillah. Baguslah tu. Bila kita bersungguh-sungguh hendakkan sesuatu, inshaAllah akan dipermudahkan jika niat kita baik. Betul tak?" balasnya.
"Aah. Awak tak bagitau saya lagi, awak kerja apa ni?" tanyaku lagi tanda ingin tahu.
"Alamak, lupa. Saya pun biasa-biasa je. Tolong abi usahakan ladang ternakan lembu dan kambing."balasnya ringkas.
"Oh Alhamdulillah. Baguslah tu tolong abi. Abi pun dah tak larat kan? Minta maaf sangat-sangat tak dapat nak berjumpa abi dengan umi lagi. Saya kena balik bilik dulu ni. Ada rezeki kita jumpa lagi ye." Balasku lembut.
"Baiklah. Jaga diri."
Aku dengan pantas menuju ke bilik. Aku duduk di penjuru katil, jantungku berdebar usai pertemuan dengan Iyaz tadi. Astaghfirullah, perasaan apakah ini? Adakah aku menyukai Iyaz kembali? Perasaan yang sudah lama aku tenggelamkan kerana fikirku, tidak dapat lagi kami bertemu kerana dia jauh di Kedah dahulu. Adakah Iyaz Haidi jodohku?
Aku menggelengkan kepala. Tidak mungkinlah. Aku disini bukan untuk bercinta. Ish teruk betul perangai! Malam ini malam pertama qiamullail di atas kapal ini. Entah kenapa aku rasa berdebar. Takut-takut bertemu lagi dengan Iyaz Haidi. Bukan tidak suka, cuma buat masa ini, aku tidak mahu membuka hatiku untuk bercinta dengan siapa-siapa lagi. Masih belum masanya. Aku harus menepis rasa debaran ini dan kuatkan hati untuk tidak tersuka kembali kepada lelaki yang pernah membuat hatiku tertawan suatu ketika dahulu.
Sebelum tidur, aku membaca Surah Al-Mulk. Sudah memang kebiasaanku membaca surah ini setiap kali sebelum tidur.

Sudah lima hari di atas kapal pelayaran ini. Hari makin hari, hatiku berasa tidak selesa. Gelisah sentiasa. Mungkin terlalu banyak memikirkan dosa-dosa lamaku. Aku jarang bertemu Iyaz Haidi, mungkin dia sibuk beribadah bersama-sama abi dan umi. Aku telah pun bertegur sapa bersama abi dan umi sewaktu hari ketiga disini. Mereka amatlah merindui aku kerana sudah lama tidak bertemu. Banyak cerita yang kami kongsikan bersama, bahagia rasanya. Terubat rinduku buat ibu dan ayah di rumah.
Andai diriku pergi, tinggalkan mu sendiri
Usah kau sedih,
Usah tangisi duga dari Ilahi.
Kehadiran Iyaz sambil menyanyikan lagu kegemaranku dari Mirwana bertajuk Andaiku Pergi itu telah menghentikan lamunanku.
"Awak masih ingat lagu kegemaran saya? Terharu betul!" kataku teruja.
"Mana boleh saya lupa. Lagu itu menjadi kegemaran saya juga tau lepas awak tinggalkan saya dulu."balasnya.
"Eh? Macam tu pulak ye? Mestilah awak tak lupakan? Dulu pun awak selalu jugak menyanyikan lagu tu pada saya." Balasku pula. Kami tersenyum.
"Lepas ni mesti awak lagi tak boleh lupakan lagu ni. Kan?"balasku lagi. Selamba.
"Maksud awak, awak nak tinggalkan saya lagi? Baru je saya nak mintak nombor telefon awak. Kenapa awak asyik nak tinggalkan saya je ni?"tanyanya bingung.
"Hehe, manalah tahu tak sempat kita nak berjumpa lagi lepas ni. Awak janganlah lupakan saya pulak. Sebab saya sentiasa ingat awak." Ujarku lagi.
"Saya pun sentiasa ingat awak jugak. Tak pernah lupa walau sesaat."
"Mana boleh macam tu. Ish ish. Kita kena ingat Allah SWT lebih dari manusia. Bukan ke cintaNya yang paling agung?" kataku pula.
"Uish, deep betul ayat awak tu. Hehe"dia menjawab.
"Mestilah" balasku serius.

Cepat betul masa berlalu. Hari ini merupakan hari terakhir di atas kapal pelayaran ini. Sebelum menghentikan pelayaran, ceramah yang paling aku tunggu-tunggu sepanjang berada di atas kapal ini iaitu dari Mufti Ismail Menk berkaitan Jodoh dan Maut.
Memang tidak dapat aku lupakan pengalaman di atas kapal ini. Kebetulan hari ini aku duduk bersebelahan keluarga Iyaz Haidi. Sungguh gembira hatiku saat ini. MashaAllah.

Iyaz Haidi POV
Teringat lagi aku sewaktu hari terakhir di atas kapal pelayaran islamik sebulan yang lepas.
"Bukankah cintaNya itu yang paling agung?"
Masih terngiang-ngiang kata-kata dari Ainur Fateema itu. Perjumpaan yang tiba-tiba yang juga merupakan perjumpaan terakhir bersamanya. Ainur Fateema, wanita tabah yang ku kenali itu, sudah tiada. Wanita yang aku pernah sayangi itu, sudah diambil DIA.
Always leave loved ones with loving words. It may be the last time you see them. – Mufti Ismail Menk.
Dia rebah usai selesai kata-kata terakhir dari Mufti Ismail Menk itu. Rebah lalu pergi meninggalkan dunia ini. Kebetulan kami duduk sebaris ketika itu, aku sendiri yang melihat kejadian itu masih lagi trauma. Sama seperti mereka yang berada di situ bersama kami. Pemergiaannya mengejutkan semua orang. Tanpa ada sakit, tanpa ada tanda dan kegelisahan di wajahnya. Dia pergi dengan tenang.
Patutlah dia menangis setiap petang selama seminggu itu. Wajahnya pula pucat lesu tiada seri. Fikirannya sering melayang jauh entah kemana. Dirinya sering menjauh dari orang ramai. Kata-katanya pedas menusuk ke dalam hati membuatkan memori bersamanya selama seminggu itu tidak akan aku lenyapkan sampai bila-bila. Rupanya dia lagi memikirkan maut. Maut yang datang tanpa diduga. Datang menerpa dengan mengejut, menarik nyawa tanpa kita sedari.
Fikirku pertemuan ini memberi erti jodoh buat kami. Namun, jodohnya dengan Tuhan itu lebih erat berbanding aku. Tuhan telah mengambilnya dahulu sebelum aku sempat melafazkan perasaan ku terhadapnya.
Kisah Ainur Fateema ini menjadi pengajaran sangat besar dalam hidupku. Aku kini telah jauh dari memikirkan soal jodoh. Janji Tuhan itu memang benar. Jodoh, pertemuan itu di tanganNya. Dan jodoh Ainur Fateema itu adalah bersama Dia, Allah SWT.

Tamat.

#CerpenForLifeWhere stories live. Discover now