Bab 8

4.3K 328 74
                                    

[ Selepas 4 tahun ]


"LEPAS tu, babe..." Ara pantas menurunkan tandatangan sebelum dia letakkan cop namanya. Bibir mengukirkan senyum kepada nurse di sebelahnya yang sedang menunggu, lalu dihulurkan dokumen tadi.

Tapi sebenarnya senyuman tu bukan ditujukan kepada nurse tu saja, tapi juga senyuman sebab ayat yang kedengaran melalui corong telefon tadi. 'Lepas tu, babe...' Haaa... ayat seterusnya pandai-pandailah orang perempuan sambung. Tu ayat paling biasa nak memulakan gosip, biasanya.

"...dia boleh cakap aku tak siap kerja aku sebab aku sibuk dengan boyfriend aku. Ya ampun, babe! Geramnya aku. Kau tahu tak aku sikit lagi nak sumpah dia jadi katak puru. Aku ni punyalah suci bersih tanpa sebarang kontroversi."

Amboi, Mimi! Suci bersih tanpa sebarang kontroversi bagai!

"...dia boleh tuduh aku macam tu. Tak ke kau rasa nak cekik dia hidup-hidup? Nak hentikan terus nadi dia, biar tak dapat bernafas?"

Pergh! Mimi kalau dah mengamuk. Tak fikir dah dosa pahala. Tak fikir dah niat dia tu boleh membawa ke belakang jeriji besi.

"Sabar Mi, sabar." Suara Ara ala-ala perlahan. Konon nak menenangkan si sahabat yang tengah nak meletup tu.

"Mana aku tak geram, Ra? Aku lambat lima minit je, kau tahu lima minit? Tapi dia bebelkan aku ala-ala macam aku ni lewat tiga jam. Darah aku, apa lagi... naiklah sampai ke kepala."

"Ye la. Mana dia tak marah. Kau dah la lambat, report kau pun tak siap."

"Masalahnya bukan tak siap langsung. Tinggal sikit je lagi."

"Ada bezanya, Mi. Antara dah siap atau belum. Tak kiralah sikit ke banyak."

Mimi mendecit. "Kau kenapa nak ambik side penyelia sombong aku pulak ni?"

"Bukan ambik side..."

"Hisy, dahlah kau. Bukan nak bela aku." Laju je Mimi memotong tanpa sempat Ara menghabiskan ayatnya.

Ara menjulingkan matanya. Inilah masalahnya, Mimi ni. Dah dia potong orang cakap pulak. Cuba bagi orang cakap habis dulu. Ni tak... hisy, kalau depan mata! Ada yang merasa tamparan pecah tujuh belas Ara!

"Cuba kau ambik positif je. Dia tegur sebab dia ambil berat. Tak boleh kau fikir macam tu?"

"Masalahnya dia banyak cara lain nak tegur aku. Dia boleh je cakap elok-elok. Ni dia tuduh aku sibuk dating bagai. Aku ni boyfriend pun tak ada, dating amende?"

Sikit lagi nak gelakkan Mimi, tapi tak jadi sebab nanti tambah naik pulak darah si Mimi ni. Ara risau pulak karang dia terpaksa rawat kawan sendiri.

"Tak. Masalahnya kat sini... kau bila dah geram memang habislah semua masalah kau bagi keluar. Yang bukan masalah pun kau jadikan masalah."

Mimi mendecit lagi. Buat kali kedua.

"Malas ah nak cakap pasal ni."

"Eh, dah kau yang mula." Ara kenakan Mimi. "Kau yang call semata-mata nak cakap pasal ni kan?"

Mimi tak balas tapi Ara dengarlah suara Mimi mendecit geram buat kali ketiga. Dia ni mendecit je kerjanya. Ada juga yang jadi tikus asyik nak keluar bunyi-bunyi macam tu.

"Kau jadi datang kan?" Soalan Mimi dah lain dah.

Tu Mimi dah cut off topik tadi maksudnya dah malas dahlah nak bertekak pasal benda yang tu. Tapi bukan bermakna benda tu dah selesai. Tunggu esok lusa, adalah lagi keluhan dia tentang benda yang sama.

Less than Three <3Where stories live. Discover now