Bab 2

49 3 1
                                    

Najmina terbangun dari mimpi-mimpi yang menyerabutkan fikirannya. Dia terkejut kerana keadaannya tidak normal apabila banyak balutan di badannya. Kepalanya yang berbalut dipegangnya.

"Auch.. aku kat mana ni?" perlahan dia menoleh ke arah pintu. Bilik asing yang berhawa dingin itu membatalkan niatnya untuk berjalan ke arah pintu itu. Dia terus berbaring dan menarik selimut untuk membaluti tubuhnya yang sejuk. seketika kemudian, pintu itu dikuak perlahan oleh seseorang.

Itukan..doktor..

Doktor perempuan itu membawa rekod perubatan dan membawa Najmina berbual.

"Assalamualaikum, Najmina. Saya Doktor Hamzah. Awak dah tau berapa umur awak?"

"Tak.." jawabnya dalam keadaan yang tidak bermaya.

"Ok. Umur awak sekarang dah 20 tahun. Nasib awak koma selepas awak ambil SPM. Awak koma selama 4 tahun. Dan awak mungkin tak ingat apa-apa. Jadi kalau ada seseorang yang awak tak kenal datang masuk bilik awak, tekan je loceng ni okay?"

20 tahun? Wow.. lama tu..

"Ok Mina? Saya nak keluar dulu untuk memeriksa pesakit-pesakit lain. Assalamualaikum."

Waalaikumsalam

Doktor itu berlalu dengan senyuman yang terhias di bibirnya. Najmina memandang sekeliling dan tumpuannya terhenti pada meja di sebelahnya. Terdapat telefon bimbit yang berjenama Samsung Galaxy S8+ terletak di atas meja itu bersama dengan sebuah novel yang bertajuk Bunga Cinta Sakura.

Najmina bangun dan duduk bersandar di kepala katil. Dia ternampak ada sehelai nota yang terselit di bawah telefon bimbit tersebut. Najmina mencapai nota itu lalu membacanya.

Ni hadiah dari emak and abah sempena birthday Mina. Get well soon dear. Kami dua rindu kat Mina sangat. Dalam telefon ni ada nombor telefon kami. Call kami kalau Mina dah sedar ya sayang? Kalau Mina bosan, Mina bacalah novel tu. Emak tau yang Mina selalu baca novel senyap-senyap dulu. Bangun cepat ya sayang.
Love,
your parents.

Najmina meletakkan kembali nota itu ke atas meja. Dia berasa bingung sedikit. Mimpi yang telah dimimpikan tadi terasa tidak lagi wujud di sudut ingatannya. Apa yang telah berlaku sehingga menyebabkan dia koma selama 4 tahun?

Pintu biliknya dibuka lagi. Kali ini, bukanlah seorang doktor.. tapi seorang gadis yang kelihatan seperti sama umur dengannya. Gadis yang putih mulus dan berpakaian labuh menutup aurat itu kelihatan sungguh anggun dan manis dipandang.

Mata Najmina dan gadis itu bertemu. Gadis itu mulai mengukir senyuman. Senyumannya yang manis dan berlesung pipit itu mampu membuatkan hati seorang manusia cair. Gadis itu mulai berjalan dengan tenang ke tempat Najmina. Handbag dan beg besar yang dibawanya diletakkan di atas meja sebelah katil Najmina.

"Assalamualaikum, Mina.. ya Allah... akhirnya kau sedar jugak.. alhamdulillah.."

Gadis itu terus memeluk Najmina dengan erat. Najmina masih kelihatan blur.

"Kau lapar tak? Kalau lapar aku pergi belikan makanan untuk kau ni.. nak makan apa?"

Senyuman manis yang terhias di bibirnya membuatkan Najmina tidak berasa kekok untuk berbual dengannya. "Tak payahlah susah-susah.. saya nak tanya soalan boleh?"

Gadis itu kelihatan terkejut. Mungkin kerana bahasa saya-awak yang digunakan oleh Najmina. "Boleh.."

"Awak ni siapa? Maaflah soalan ni dapat mengguris hati awak.. tapi saya betul-betul tak kenal siapa awak.. awak ni.. sama umur dengan saya ke?" soal Najmina perlahan.

"Tak apa.. salah saya jugak sebab tergesa-gesa datang sini dan peluk awak. Saya Nur Qamarina, umur saya 20 tahun sama macam awak. Dulu kita sama sekolah. Kalau ada apa-apa yang awak tak faham.. awak boleh tanya saya dan saya akan ceritakan semuanya kepada awak.." Senyuman Qamarina masih lagi tidak lekang di bibirnya.

Najmina mengangguk faham. Sedang mereka berdua berbual, kedengaran bunyi ketukan pintu.

"Assalamualaikum. Qamarina... Najmina dah sedar tak?"

Qamarina memandang aku. "Err.. dah makcik.. Najmina, kenalkan.. ni Pn. Najihah.. mak awak dan ni.. En. Zahid.. abah awak.."

Pn. Najihah dan En. Zahid yang berumur 50 lebih itu kelihatan terkejut. Yela.. selepas 4 tahun akhirnya satu-satunya anak dara mereka bangun dari koma. Mereka pun segera pergi ke arah Najmina dan memeluk dia dengan erat sekali.

Otak Najmina mula memproses. Emak dan abah... aku ingat tu..

Najmina tidak dapat membalas pelukan tersebut kerana tangannya juga turut dipeluk mereka. Najmina merasakan seperti bajunya basah. Mesti emak dan abah menangis.

Najmina pun sebenarnya tengah tahan tangisan akibat melihat orang tuanya menangis.

Setelah beberapa minit mereka berpelukan, akhirnya mereka meleraikan pelukan tersebut.

Tok.. tok.. tok..

"Encik, masa melawat telah tamat.. jadi hanya penjaga yang dibenarkan untuk tunggu disini." Nurse itu pun berlalu dan meninggalkan bilik tersebut.

Qamarina berlalu mengambil beg besar tadi dan meletakkannya di dalam almari besi yang telah disediakan dalam bilik itu.

"Qamarina, jaga Najmina baik-baik tau.. nanti ada masa mak cik dan pak cik datang melawat lagi.." Pn. Najihah mengusap kepala Najmina dengan penuh kasih sayang.

"Baik mak cik. Saya akan jaga dia baik-baik." Qamarina tersenyum.

Pn. Najihah dan En. Zahid berlalu pergi meninggalkan ruangan tersebut. Pandangan sayu dilemparkan pada orang tu Najmina. Baru je sampai, masa melawat pulak dah tamat. Qamarina hanya menghantar mereka melalui pandangan mata.

"Najmina.. saya keluar dulu eh? Saya nak keluar beli makanan untuk awak. Awak belum makan lagi jadi saya takut perut awak sakit. Awak nak makan apa?" Soal Qamarina sambil mengambil handbagnya. Qamarina terpaksa berbahasa saya-awak memandangkan Najmina hilang ingatan.

"Ok.. erm.. beli jelah apa-apa yang penting boleh dimakan."

Qamarina mengangguk faham lalu keluar dari bilik tersebut.

Sambil menunggu Qamarina, Najmina mengambil novel di atas meja itu dan mula membeleknya.

Mm.. nampak macam best je..

Najmina mula membaca novel tersebut dengan khusyuk. Bunyi telefon bimbitnya berdering menandakan seperti ada panggilan masuk.

Najmina meletakkan novel tersebut di tepinya lalu mencapai telefon tersebut. Terpapar nombor telefon yang tidak dikenali.

"Nak angkat.. biarkan je.. angkat.. atau.. hrmm angkatlah.. err.. Hello..?"

"Hello Mina! Kau dah sedar.. alhamdulillah.."

"Err.. awak siapa..? Maaflah.. saya tak kenal awak.." namun begitu suara pemuda itu seakan tidak asing bagi dirinya.. dia seakan pernah mendengar suara tersebut..

"Oh, maaf lupa pulak yang awak ni lupa ingatan.. aku eh saya tahu pun dari Qamarina.. dia mesej saya tadi..by the way.. saya Syafiq."

◆◆◆

...To be continued...

   

Boyfriend²Where stories live. Discover now