11

1K 58 7
                                    

1:50 P.M ~

Suga masih menjaga Umji di bilik kesihatan sambil membelek telefonnya dengan santai di sofa.

Umji masih terlena di atas katil bilik kesihatan.

Di dalam Mimpi Umji:

Umji melihat suasana di dalam mimpinya benar-benar malapetaka. Dia mendengar jeritan dan permintaan tolong dari mereka yang terkena musibah.

Tanpa disedari Umji melihat sesuatu ilusi dirinya yang sedang berputar dihadapannya.

Ilusi yang dilihat oleh Umji :

Umji mula berlari-lari untuk mencari kakak dan sepupu-sepupunya. Tanpa disedari Umji tersandung dan tidak sengaja jatuh di atas batu dan menyebabkan dia terluka di bahagian lutut.

Itu tidak membuat Umji menyerah untuk mencari kakaknya dan yang lain. Umji mahu memanggil nama kakaknya tetapi terhenti saat dia ternampak ada beberapa orang yang membunuh orang yang tidak bersalah.

Umji terkejut dan terpana. Tanpa disedari dia terus berlari ke arah yang berbeza dengan panik dan air matanya mengalir.

Tetapi Umji tiba² dipeluk oleh seseorang dari belakang. Umji mahu menjerit dan memberontak tetapi mulut Umji disekap oleh tangan orang tersebut.

Orang itu bersuara,

"Tenang Umji~ kamu selamat." Lembut sahaja suara orang itu sambil menenangkan Umji.

Umji yang mendengar suara itu mula tenang dan melihat ke arah orang itu dan terkejut. Umji menyebut nama orang itu dengan lirih sekali sambil menangis.

"Suga Oppa~?"

Suga saat itu hanya tersenyum sambil melindungi Umji dari orang jahat AKA Puak Zarikh dan Puak Oldemon.

Ilusi berhenti disitu.

Umji merasa aneh dan kenapa Cikgu Suga yang dia kenal memanggil Suga Oppa di dalam mimpinya? Kepala Umji mula merasa pusing dan kabur di alam mimpinya.

Saat itu jugalah Umji mula sedarkan diri dan melihat kalau dirinya sekarang berada di bilik kesihatan.

Umji melihat suasana di bilik kesihatan dan dia terpandang ke arah Suga yang khusyuk bermain telefonnya.

"Cikgu Suga..." Lirih sahaja suara Umji memanggil Suga.

Suga mula memandang ke arah Umji dan tersenyum. Dia mula berkata,

"Apa kamu sudah mula merasa baik? Apa masih ada rasa sakit?" Tanya Suga sambil meluru ke arah Umji.

Umji hanya menggelengkan kepalanya sahaja sambil tersenyum. Umji mula menanyakan soal mimpi yang dia alami kepada Suga. Dan fakta kenapa dia memanggil Cikgu Suga dengan panggilan Suga Oppa.

Suga yang mendengar perkataan dari mulut Umji mengenai hal itu mula terkejut dan berfikir,

'Bagaimana mungkin? Bukankah rapalan itu harus berlaku untuk 100 tahun lagi? Tapi kenapa?'

Suga hanya tersenyum sahaja dan berkata apakah Umji percaya dengan mimpi yang dialaminya itu.

Umji mengatakan 'Iya' kerana dia merasa kalau itu sangat realistik baginya dan faktanya dia mengalami mimpi yang sama sebanyak 5 kali.

Suga hanya mampu tersenyum dan memegang tangan Umji. Umji hanya membiarkan sahaja dan melihat ke arah mata Suga.

Dan saat itulah mata Suga berubah merah cahaya, Umji pada awalnya terkejut saat itulah dia mendapatkan kembali ingatan dirinya yang terdahulu.

Vampire & Werewolf (Remake)Where stories live. Discover now