Tiba hari kebahagiaan kak teha dan pasangan hidupnya. Dengan sekali lafaz , kak teha sah menjadi isteri kepada Faiz Azizi merangkap abg ipar ketiga kepada isyah. Majlis persandingan diadakan pada 19Ogos. Suasana begitu meriah dengan suara juruacara dan para jemputan yg hadir.
Tepat jam 2petang. Pukulan kompang berbunyi menandakan pengantin lelaki sudah bersedia untuk ke pelamin.
" weh guys , aku nervouslaa "
" eleh kau ni isyah. Bukan kau yg bersanding pun. Over betul kawan aku sorg ni " terjerit Fariza akibat bunyi kompang yang kuat.Sesi tol tamat dan Abg Iz(Faiz) duduk di pelamin. Dua mempelai tersebut begitu anggun memakai busana berhiaskan songket emas dan manik2 yg memukau para hadirin. Wajah mereka terpancar seri pengantin baru.
" Isyah!! Tolong ibu ambilkan guddies bag lagi kat dalam bilik barang tu "
" Jap jap bu "
" Isyah amik 3 je. Cukup ke?"
" Astaghfirullahalazim budak ini.. Kamu amik 3je mana cukup sayang oii. Bawakkan 1kotak, senang. Minta tolong abg Am dgn abg Erul(abg2 ipar isyah) kalau tak larat nk angkut sorg " bebel mak Imah
" baik boss " balas isyah sambil membuat gaya tentera menabik hormat. Isyah terus mencari abg am dan abg erul.Dalam sedar tak sedar , terdapat seorang jejaka yangn asyik memerhatikan gelagat isyah.
' alahai comelnya budak tadi ' berkatanya dalam hati sambil tersenyum.
" amboii... senyum sorang2 ni tgh pikir awek ke? " sergah seorang lagi jejaka sambil mengangkat keningnya
" sibuk je kau ni.Dahlah aku nak amik makanan. Sedap tu nasi minyak. Cenggini " jejaka tersebut membuat thumbs up dan terus bangun menuju ke meja hidangan." ehh sorry sorry " sisa tawa isyah mati kerana terlanggar seseorang sehinggakan airnya tumpah
' kau nasib baik isyah , air dia tumpah kat tangan je. Kalau tumpah kena baju? Haish hati2 lah isyah ' dengus isyah dalam hati.
" takpe , sikit je ni. " dia hanya tersenyum
' gile ke mamat ni duk tersengih2 kat depan aku ni'
" emm awak , kalau takde apa2 saya pergi dulu ye " isyah memberikan senyuman dan sambung menghantar pinggan kotor untuk dibasuh.
' haih budak ni lagi ' lelaki ni tersenyum lagi" kau pegi mana Syad? Lama noh amik air. Amik air ke tolong buat air?" Khairul memerli Arsyad. Lama kot dia ni ambil air. Ambilnya segelas je , aku punya taknak tolong ambilkan sekali
" amik air ler. Aku basuh tangan sekali, takkan nk makan tak basuh tangan mcm kau " Arsyad memerli Khairul pula. Bising je si Khairul ni. Kalau tau , aku pergi dengan en. Lee lagi best
" banyak ahh kau. Aku basuh tangan lah " kata Khairul dlm nada tak puas hati
" makan diam2 " tegas Arsyad. Malas mahu melayan kawan sekerjanya itu.Isyah memerhati setiap meja. Mana tahu ada pinggan kotor , boleh dia beri pada sedaranya yg ditugaskan untuk mencuci pinggan. Para kendarat memang ada , cuma isyah ingin menolong memandangkan kendarat semuanya terdiri daripada golongan berusia. Kesian nak suruh diorang buat kerja kehulu kehilir. Sambil2 memerhati , isyah ternampak 2org jejaka yang sudah habis makan tapi pinggan kotor masih ada. Isyah meneliti pemilik meja itu dari jauh. Sah! Sah itu org yg dia langgar tadi.' aduh , bila diorang nak pegi. Aku nak kutip pinggan ni '. Isyah memberanikan diri untuk pergi ke meja tersebut.
" emm... saya nak kutip pinggan kotor ni ea " isyah bercakap dengan nada sopan dan tenang tapi hati tgh dupdapdupdap , siapa tahu kan?
" hah? Ohh silakan " lelaki yang isyah terlanggar tadi berkata sambil tersenyum manis.
' baiknya ' ialah perkataan yg terdetik dihati isyah
' ehh isyah! Fokus , fokus " isyah tersedar lalu mengangkat pinggan kotor tersebut dan beredar.Jam menunjukkan pukul 4.30petang dan para pengunjung mula beransur sedikit demi sedikit dan kini masa pengantin mengambil gambar bersama keluarga. Isyah menacap mukanya dengan bedak AprilSkin dan menambah sedikit lipstick. Semua ahli keluarga pak hanafi naik ke atas pelamin. Kami bertukar posisi apabila disuruh oleh photographer tersebut. Kini sesi bergambar semua sanak saudara belah perempuan dan kemudian belah pihak lelaki. Selesai sesi bergambar , isyah naik ke tingkat atas untuk menunaikan solat asar dan mengganti solat zohor.
Jam 5.40 isyah turun untuk melihat pengantin dan mereka sedang mengambil gambar berdua. Isyah melihat mak imah dan pak hanafi masih lagi melayan tetamu yg hadir tapi..kali ini ibu dan abah isyah melayan dengan sungguh mesra. ' Tapi..tak pelik kot sbb ibu dengan abah memang mesra dalam melayan sesiapa sahaja ' hati isyah membuat pertanyaan. Isyah cuba tidak mempedulikan mereka lalu mencari kakak2nya bersama anak2 saudaranya yang comel itu. Fayyadh dan Mawar sedang membantu abg Am bersama abg erul mencuci pinggan manakala kak izah sedang berbual bersama Acik Su. Kak Qiha pula sedang berehat didalam. Barangkali penat berjalan2 dengan berbadan dua. Isyah ingin menuju ke arah mak imah untuk bertanyakan tentang sesuatu yang boleh dikemaskan tetapi melihat mereka syok berbual , isyah pergi ke arah photobooth dan kemudian ain , sharifah dan fariza pun sampai.
Hai semua.. 766 words hahaha. Tak sangka boleh panjang. Maafkan sis kalau cerita ni agak bosan dan tak menarik. Risaunya sis saat nak publish nanti T.T. Apapun , hopefully korang suka dgn hasil karya sis ni. Thankyou yg sudi membaca sampai part 3 ni!!! Sayang korang!!
YOU ARE READING
TITIAN CINTA KITA ❤
Любовные романыMengisahkan seorang lelaki dan seorang perempuan yang dijodohkan mengikut perancangan keluarga. Apabila cinta mereka sudah berputik , pelbagai ujian datang menimpa untuk menguji kesetiaan. Adakah mereka dapat bertahan melalui kehidupan yang penuh c...