"ehh isyah , ibu dan abah kau bual dengan siapa tu?" tanya ain sambil tangan sibuk menyusun photobooth's prop didalam balang
" itulah aku pelik..mula2 macam serious , tapi kejap ketawa kejap tersengih " soal fariza penuh tanda tanya.
Isyah hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Malas mahu pikir , lebih baik dia mengemas. Cepat siap cepat rehat!!. Mereka pun mengemas meja photobooth dan menolong wedding planner membuka hiasan pelamin. Kak teha dan Abg iz sibuk membasuh periuk2 diluar rumah dan beberapa saudara yang lain sudah pulang ke rumah. Sesi membuka hadiah dan mengira wang sumbangan dari para tetamu juga telah tamat.' fuh.. akhirnya boleh rehat sepuasnya' isyah berkata dalam hati sambil membaringkan badannya di atas katil. Dia membaca doa dan bersedia untuk tidur.
Empat tahun berlalu..
Isyah membelek album majlis perkahwinan kakak-kakaknya. Sekejap dia tersenyum , sekejap dia ketawa dan sekejap dia rasa rindu pada suasana majlis. Seminggu lagi , dia akan dijodohkan dengan lelaki pilihan ibu bapanya. Entah mudakah? tuakah?. Alasan kedua ibu bapanya adalah mereka ingin melihat isyah berkahwin sebelum mereka menunaikan umrah dan haji. Masih segar dalam ingatan isyah tentang hari perbincangan tersebut
*flashback*
" isyah taknak kahwin lagilah ibu , abah. Tolonglah biar isyah cari pilihan hati isyah sendiri " mata isyah sudah dipenuhi air mata dan bila2 masa sahaja akan tumpah
" isyah.. ibu nak tengok isyah kahwin dulu, baru ibu dengan abah rasa tenang masa pergi umrah nanti. Isyah tak kesian dekat ibu dengan abah ke sayang? Ibu dengan abah ni dah tua, kami teringin sangat nak menunaikan ibadah rukun islam kelima." Mak imah seakan memujuk.
" Abah taknak masa kami kat sana , ibadah abah tak berkat sebab isyah kat sini buat dosa. Abah harap sangat isyah boleh terima kawan kerja abah tu dalam hidup isyah. Pak hanafi bertegas. Dia kasihankan isyah. Tapi sudah 3tahun dia menunggu isyah mencari pilihan hati sendiri , hasilnya? Isyah tetap tidak mahu berkahwin.
Air mata isyah gugur. Dia tahu ibu dan abahnya sudah lama menanam hajat untuk ke Tanah Suci Mekah. Tapi mereka ingin pergi selepas kesemua anaknya berkahwin. Isyah buntu. Dia tak tahu kenapa semua ini terjadi padanya. Isyah menangis lagi , tetapi kali ini dipeluk oleh Mak imah.
Isyah memandang mak imah dan pak hanafi bersilih ganti.
" ibu , abah.. isyah setuju " isyah menyapu air matanya
" alhamdulillah abang. Isyah setuju " mak imah terus memeluk tubuh isyah dengan erat
Pak hanafi juga bersyukur dengan jawapan anaknya tetapi dia hanya mengukir senyuman kegembiraan.
"Tapi..dengan satu syarat" isyah tersenyum kelat
Mak imah dan pak hanafi memandang pelik.
" syaratnya , isyah nak sangat ibu dan abah pergi Mekah. Dan isyah nak ibu dan abah tahu yang isyah sebagai anak , nak yang terbaik untuk ibu bapanya dan begitu juga dengan ibu dan abah." Isyah memeluk ibu dan abahnya dengan erat. Air matanya jatuh.*end of flashback*
YOU ARE READING
TITIAN CINTA KITA ❤
Любовные романыMengisahkan seorang lelaki dan seorang perempuan yang dijodohkan mengikut perancangan keluarga. Apabila cinta mereka sudah berputik , pelbagai ujian datang menimpa untuk menguji kesetiaan. Adakah mereka dapat bertahan melalui kehidupan yang penuh c...