➖Masa

203 46 18
                                    

Dah hampir 4 jam aku baca buku ni. Omelnya sendirian.

Laptop yang dibiarkan terbuka itu dilihat semula untuk sambung membaca.

Butang seterusnya ditekan.

Buku yang dipercayai dicetak tanpa izin itu telah diterbitkan oleh seorang yang masih belum lagi diketahui identitinya sehingga ke hari ini.

Kes mencari siapa yang menerbitkan buku ini telah ditutup oleh pihak polis kerana beranggap kes ini hanyalah sekadar satu kes yang tidak masuk akal.

Yoongi melihat tarikh berita itu diterbitkan. 09 April 2016.

" Dah satu tahun kes ni ditutup.. "

Masih ada lagi yang dia tidak berpuas hati. Dia cuba mencari di laman carian,

" The Jung Family "

Hasil carian tidaklah terlalu memuaskan kerana hanya satu sahaja hasil carian yang keluar.

Iaitu ,

Sejarah Jung Family

Butang klik ditekan.

Keluarga yang paling terhormat pada tahun 1997. Tapi semuanya berubah pada tahun 1998. Keluarga yang dahulunya baik hati, penuh dengan kekayaan, rajin menderma, kepintaran, dihormati dan juga tidak dipandang hina oleh orang lain.

Namun, sejak tahun 1998, semuanya berubah. Keluarga Jung dicaci dan difitnah.

Pada awal tahun 1999, terdapat satu kumpulan yang cuba membunuh mereka. Malangnya, pencubaan membunuh itu berjaya.

Dikhabarkan mereka dibunuh dengan cara yang berlainan tapi mengerikan.

Sila klik pada 'seterusnya' untuk mengetahui tentang sejarah keluarga ini.

-

--

" Urghh!! Nantilah aku sambung baca. Baik minum air calpis yang omma beli tadi. Sambil tu,aku nak sambung baca buku tadi. " omelnya lagi.

Buku tadi diambil. Air calpis diteguk.

Yoongi menyelak halaman seterusnya.

Si jejaka ingin mencari,
Siapakah dalang di sebalik cerita?
Si gadis pula masih mencari jalan
Untuk keluar dari alam yang tidak diketahui.

Page 9.

Tersembur air yang diteguk oleh Yoongi tadi.

Kenapa page ni macam..

Yoongi menampar mukanya lagi sekali. Dah buat karut apa!

Yoongi lap mulutnya yang terdapat sisa semburan air tadi. Page seterusnya dibuka kerana terasa pelik.

Jikalau encik jejaka berani,
Marilah kita berteka teki,
Apakah maksud semua ini,
Bisakah kamu fahami?

Page 10.

Kalini Yoongi betul betul ingin mengetahui lebih lanjut tentang buku tersebut. Page 9 dan 10 ada mengenai tentang dirinya. Tapi, siapa tulis? Padahal buku ni dah lama. Takkan dia tahu tentang masa depan? Takkan lah tiba tiba ada orang ceroboh bilik dis pastu tulis?

Ehh tak takkkk.

Buntu. Yoongi semakin buntu dengan buku yang semakin lama semakin memainkan dirinya.

" kenapa pelik sangat doh buku niiiii, seram sia "

Yoongi menggeleng kepala. Teruskan pembacaan ke tak? Teruskan jelah!

Jikalau masa boleh diputar,
Akan ku putarkan semula,
Seandainya tidak,
Marilah kita bersama-sama.

Page 11.

Okay sumpah kalini aku memang betul betul tak faham tahap maksimum! Yoongi mengusutkan rambutnya kerana terlalu bengang dengan setiap ayat di dalam buku ini. Seketika kemudian, laptop dipandang. Tangan mula likat menaip di laptop.

Maksud Tersirat
Imagination;
Believe it or not?

Yoongi menatap semula apa yang ditaipnya sebelum menekan butang enter. Selepas memuaskan, dia menekan butang enter. Terdapat banyak web yang keluar. Tetapi tetap 1 yang mengenai buku tersebut. Click, dia menekan link tersebut. Beberapa saat kemudian, laman web pun keluar. Dan memaparkan hanya beberapa gambar yang terdapat nombor sahaja. Gambar putih yang pertama bernombor,

18 , 15 , 8

Yoongi menggaru kepala. Apa ni? Nombor jer? Mana lah faham! Yoongi menaip maksud tersirat, keluar pula nombor bersirat! Seterusnya, gambar lain pula dilihatnya.

11 , 5 , 9 , 26 , 9 , 14 , 1 , 14

Yoongi menghembus nafas kasar. Kesabarannya sudah tercabar kerana ada laman web yang tiada guna. Semuanya makna tersembunyi! Gambar lain pula dilihat.

20 , 9 , 4 , 1 , 11

20 , 5 , 14 , 1 , 14 , 7

Yoongi menampar pipinya sendiri. Mungkin dia gila? Screen laptop dilihat kembali. Ish! Sama je. Dia mengeluh perlahan. Laptop dibiarkan, lalu langkah diatur ke ruang tamu untuk menonton televisyen.

The BookWhere stories live. Discover now