KEMBALI DARA.
Istilah kembali dara bukan bermaksud mengembalikan hymen(selaput dara), tetapi mengembalikan keadaan vagina dan rahim seperti anak dara malahan lebih baik dari anak dara.
Ramuannya (Untuk 2 hari Penggunaan):
1) Biji Halba 1 genggam
2) Bunga Cengkih 7 cubit
3) Buah Manjakani 3 biji (dibelah dua)
4) Gula Batu 3 ketul (optional) - boleh digantikan dengan madu lebah 3-5 sudu (dicampurkan setelah ramuan siap direbus).
5) Biji Ketumbar 3 sudu besar
6) Halia 3 Ulas.
7) Air putih 500ml - 1 Liter.
Kaedahnya :
Kesemua bahan di atas, dicampur di dalam satu periuk (sebaiknya periuk tanah). Direbus selama 30-40 minit dengan api yang perlahan.
Selesai rebus, air tersebut ditapis, dan diminum sebelum mengambil sarapan pagi, selama 7 hari berturut-turut( untuk mereka yang bermasalah), 3hari berturut-turut( untuk yang normal, diamalkan sekali sebulan).
Bahanan rebusan tersebut, boleh digunakan sebanyak 2 kali rebusan (sekali lagi rebusan setelah rebusan yang pertama), lebih dari itu, kesannya kurang sinergi (tenaga).
Bahanan di atas berfungsi sebagai :
1) Membaiki fungsi rahim dan vagina.
2) Membersihkan lebihan darah nifas atau haid yang melekat di dinding rahim
3) Membersihkan lendiran berbau.
4) Mengetatkan bahagian yang sepatutnya ketat.
5) Mengatur semula kitaran haid yang tidak teratur.
Dan lain-lain lagi dengan izin ALLAH.Antara petanda bahawa tindak balas bahanan di atas memberi kesan positif, pipi akan kemerah-merahan tanpa perlu memakai blusher, tubuh akan segar dan lazimnya, kedinginan seks akan bertukar menjadi keinginan seks.