Tips Bagi Yang Sukar Untuk Hamil
Lakukan solat sunat hajat 1/3 malam iaitu lebih kurang jam 330 pagi (waktu mustajab). Selepas solat baca surah seperti dibawa bersama dengan air mineral :-
1. Istighfar 3x.
2. Selawat Nabi 11x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Surah Al-anbiya ayat 89 - 7x.
5. Surah Ali-imran ayat 38 - 7x .
6. Doa mengatasi penyakit rumit - 7x.
7. Setiap kali habis bacaan, perlu di tiup pada air tersebut dan diminum pada bila-bila masa.Terjemahan :
Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. ( al-Anbiya 89).
“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa” (Ali-Imraan:38).
"Aku bermohon kepada Allah yang maha Agung, Tuhan yang memiliki Arasy yang angung agar Dia menyembuhkan engkau"
(doa mengatasi penyakit rumit)Alhamdulillah. Ilmu ini milik Allah swt.. Sy hanya berusaha. Ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat masalah seseorang yg sukar untuk hamil.. Jaga atikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah swt. Sesungguhnya Allah yg menyembuhkan dan memberi rezeki. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Saya izinkan anda untuk berkongsi dan beramal. Semoga anda diberikan zuriat yang soleh/soleha. Insya Allah
![](https://img.wattpad.com/cover/95613008-288-k156515.jpg)