Asrama (rekaan)

229 4 0
                                    

Ieqah, berumur 17 tahun dan bakal menduduki SPM. Ieqah bersekolah di Asrama perempuan.

Setibanya hari untuk pelajar balik wajib. Kali ini Ieqah tak dapat pulang ke rumah kerana keluarganya ada urusan kerja. Ieqah bukan keseorang ada juga pelajar2 lain yang tak dapat balik..

Ini kali pertama dia tinggal di asrama dalam keadaan pelajar tak ramai. Dalam dorm dia ada lah seorang pelajar tak balik sebab rumah dia jauh, jadi memang jarang la dia balik hujung minggu. Nama dia Mira , sebaya lah ngn ieqah. Diorang pun tak ada lah rapat mane kelas pun lain2.

Okey semasa Ieqah duduk di asrama ni , ganguan2 pelik tu ada cuma dia tak adalah ketara sangat. Cuma malam tu Ieqah rasa lain sangat.. Lepas je makan malam Ieqah terus naik dorm dengan Mira. Ieqah ada jugak tanya Mira"sebelum2 ni duduk dorm tak ada ganguan pape ke, beraninya awak " Mira kata "ada je, kenapa? " "oh tak ada apalah saya tanya je. Awak tak takut ke Mira?" " takut tu Mula2 je ,lama2 nanti biasa lah tu". Ieqah angguk je lah..

Jam telah menunjukan pada pukul 12 tengah malam. "Ieqah saya tidur dulu lah penat pulak rasanya " "okey Mira awak tidur lah dulu saya nak ulangkaji lagi sikit je lagi" "Okey jangan tidur lewat sangat" "Okey Mira"

Jam menunjukan 12.30
Ieqah..
Erm cukup lah hari ini, esok sambung lagi. Sebelum tidur Ieqah pun berlalu ke toilet nak buang air, tibe2 terdengar seperti ada orang yang masuk tandas bersebelahan dengan toilet dia, dia pun buat tak tau lah. Dah hbis membuang dia pun tengok pintu sebelah ,tutup lalu dia pun tanya siapa dalam ni Mira ke? Sebab toilet tu pun dekat bhagian tengah dorm, semua pelajar memg guna tandas ni je. Kemudia tiada jawapan dia pun berlalu, semasa dia nak langkah je keluar dari tandas ,pintu sebelah dia tadi terbuka sendiri , dia pun toleh, tak ada orang pun kat dalam tu, Ieqah ni dah rasa lain macam dah bulu roma dah naik. Cepat2 dia berlari ke katil dia.

Dia pun selawat bace ayat2 al-quran yang dia ingat, untuk hilangkan rasa takut, lama2 keadaan dia mula tenang. Dari dah ngantuk tadi terus tak jadi tidur. Dalam beberapa minit tiba2 dengar ada guli jatuh berguling2 dia pun, pikir siapa pulak main guli malam2 ni. Sudah! Dengar suara budak2 lak. Dia pejam mata selawat ,tibe2 dengar ada suara kanak2 cakap kakak belum tidur jom main guli nak tak!! Kakakkk...kakakkk... Marilah. Makin lama makin mendayu2 suara budak tu, ieqah takut nak tengok dia pejam mata tutup muka dengan selimut baca ayat kursi bnyak2. Dan suara tu pun hilang. Dia rasa lega , tapi ganguan nya bukan setakat itu saja.

Jam menunjukan 1.30 pagi Ieqah cuba lelapkan mata tapi tak boleh juga, dia pun tak nak lagi hadapi kejadian2 aneh macam tadi. Tiba2 terdengar ada orang main ketuk2 loker dengan hanger, tak nampak tapi dapat rasa macam dia ketuk dengan hanger. Dalam hati "apalah pulak kali ni."
Kali ni Ieqah cube beranikan diri pergi tengok apa yang berlaku, bila dia pergi kat loker bunyi tu hilang. Lepas tu dia balik ke katil semula ,bunyi loker tu datang lagi, dia pun pergi ,bunyi tu hilang lagi. Benda yang sama berulang kali ni Ieqah bengang, kali ke 4 dia pergi dia berkata "jangan gangu aku lah,tolonglah aku nak tidur" lama dia perhatikan loker tu, sekali dia nak balik semula ke katil ,dia pusing je balakang dia nampak susuk tubuh lembaga hitam bermata merah rambut panjang muka bernanah bergigi taring serta darah keluar dari mulut. Ieqah terperanjat lalu pengsan.

Keesokannya Ieqah demam teruk sehinggakan warden menyuruh dia pulang. Dia pun meminta izin untuk beri tahu kawan dorm nye Mira yang dia ingin pulang, warden pun buat muka pelik Mira? Bukan ke Mira dah balik rumah awal hari khamis kerana ada urusan keluarga? Ieqah pun terdiam seketika. Warden pun berkata sudahlah kamu pergi balik , itu ibu bapa kamu pun dah sampai.

TAMAT

Koleksi Cerita SeramTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang