Cerita ini ada di pejabat ayah aku, ni ada budak office dia cerita. Time ni malam kawan dia ali(bukan nama sebenar) tak balik lagi sebab kerja banyak. Masa ni dalam pukul 9.30 malam ,conferm la office gelap je dah tak ada orang. Masa dia buat kerja ni tibe2 kerusi kawan dia kat belakang bergerak sendiri. Dia pun buat tak tahu je lah. Kemudia kerusi tu bergerak lagi. Ali pun bace lah ape ape surah yang dia ingat. Dah tak ada dah kerusi tu gerak lagi.
Kemudian dalam beberapa minit , ali terdengar bunyi rantai besi kena seret kat lantai, dia pun apa lagi meremang bulu roma , dia pun cuba cari mana datang bunyi tu, kot2 ada orang lagi ke dalam bangunan ni. Tapi tak ada ,bunyi pun dah tak ada. Dia pun nak balik tempat duduk dia.
Sambil nak berjalan ke tempat duduk dia nampak sekilas lembaga budak berlari sambil gelak2. Apa lagi ali pun cepat2 pergi tempat duduk kemas2 barang nak balik, sambil kemas2 barang, satu kertas jatuh bawah meja dia, dia pun tergopoh gopoh kutip, bila bangun je kat depan mata dia satu lembaga hitam ,bermatah merah, bergigi taring seperti tersenyum pada dia, ali pun apa lagi mengigil kaku, dia tak terkata , nak bergerak pun tak boleh. Dia pun pejam mata dan cuba bace ape yang dia ingat , yelah dah takut kan. Lepas tu dia bukak mata lembaga tu pun hilang. Cepat2 dia berlari ke lif turun ke bawah. Start je motor dia terpandang atas bangunan napak lembaga tu melambai lambai arah dia, dah terus dia pres motor keluar dari kawasan pejabat, gurd yang ada kat situ pun tak sempat nak jumpa pasal takut sangat.
Seminggu Ali demam pasal kejadian tu, selepas seminggu baru dia cerita kat gurd dan beberapa kawan2 pejabat. Dan sejak tu tak ada lagi dia buat kerja sampai malam. Tu lah first dan last dia kerja malam..
Tamat
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.