Hot Duda 72

12.7K 428 13
                                    

Jarred merengus kasar apabila terbaca isi kandungan surat itu. Surat itu direnyuk dan dilemparkan ke lantai. Sangkaannya salah, Abiy benar-2 tekad untuk menuntut cerai. Surat peguam yang meminta dia untuk hadir ke mahkahmah itu bukti yang nyata. Dia tidak boleh berfikir dengan baik sekarang. Jam sudah menginjak pukul 12, lebih baik dia pulang untuk berehat seketika. Kunci kereta dicapai. Belum sempat dia membuka pintu pejabatnya..
"Jarred.." Panggilan meleret manja itu menambahkan kecelaruan di minda Jarred. Ni satu lagi perempuan yang tak reti bahasa, lebih teruk dari Kirana.
"You nak lunch ea? Jom? I belanja.." Tanpa segan silu, Dyana terus memaut lengan Jarred, kepalanya terus terlentuk di bahu Jarred.
"Dyana, tolong la jangan ganggu i lagi.." Jarred membuka pintu pejabatnya dan menolak kasar tubuh Dyana. Beberapa pasang mata pekerjanya mula tertumpu ke arah drama yang sedang berlaku itu.
"Ohh macam ni la you Jarred, masa you hilang ingatan, you terhegeh kat i, sekarang you dah pulih, you buang i.." Dyana sengaja meninggikan suaranya. Biar Jarred dapat malu di depan para pekerjanya.
"Dyana.. Lebih baik you berambus sebelum i panggil security!" Berurat leher Jarred menahan marah. Kalau bukan kerana menjaga profesionalism, sudah lama dia sendiri yang menyeret Dyana keluar dari bangunan itu.
"Panggil lah.. Macam i heran sangat.."
"Dyana!...."
"Done with the drama?"
Serentak Jarred dan Dyana menuju ke arah suara itu. Jarred menelan air liur. Patutkah dia berasa lega atau gusar? Angin apa yang membawa Abiy ke sini? Selama dia cuba berjumpa dengan Abiy, Abiy sangat bijak mengelak. Tiba-2 hari ini isterinya itu datang tanpa diundang.
"Abiy.. You buat apa kat sini?" Jarred segera mendapatkan Abiy. Dyana sudah naik menyampah, dijeling tajam pasangan itu sebelum dia beredar.
"Tak payah nak cakap baik sangat la, i ada benda penting nak bincang.." Abiy masih bersikap dingin. Dia langsung tidak menoleh ke arah Jarred yang seakan teruja dengan kehadirannya.
Jarred memberi laluan kepada Abiy untuk memasuki pejabatnya. Masing-2 mengambil tempat.
"Apa perempuan tu buat kat sini?" Walau cuba ditahan, Abiy tidak dapat menahan mulutnya untuk bertanya tentang perempuan tak tahu malu itu.
Jarred tersenyum nipis.
"Why baby? Jealous?" Berani pula Jarred cuba menduga Abiy yang sudah tawar hati terhadapnya.
"Jealous apanya? I dah tak sabar nak berpisah dengan you.." Sepantas kilat Abiy menyangkal andaian Jarred. Terus berubah riak Jarred. Rupanya isu ini yang ingin Abiy bincangkan.
"Abiy, perlukah kita sampai ke tahap itu?"
"You tanya diri you sendiri Jarred. Bukan ka you yang nak semua ni?"
"Abiy, seingat i, even masa hilang ingatan pun, i tetap tak nak lepaskan you.. Apa lagi sekarang.." Jarred tetap mempertahankan pendiriannya, mempertahankan rumah tangga mereka.
"I penat Jarred.. I fobia dah nak teruskan semuanya dengan you.. Lepaskan i.. Dan untuk mudahkan urusan kita, jangan rebut hak penjagaan anak-2.. You tak layak pun sebenarnya." Pinta Abiy. Walaupun dia tahu peluangnya untuk mendapat hak penjagaan Russel dan Reeya sangat cerah tapi lebih mudah jika urusan ini diselesaikan di luar mahkahmah saja.
"I tetap ayah mereka Abiy."
"I dont deny that.. I takkan hasut dorang untuk benci you.. I bukan Dyana." Dalam setiap ayat yang dilontarkan, Abiy selitkan sindiran. Tidak pasti, untuk memuaskan hati sendiri atau untuk menyakitkan hati Jarred.
"It will be better for them if we stay as a family Abiy." Jarred masih cuba berlembut. Tiada gunanya dia membalas sindiran Abiy dengan kekasaran, itu hanya akan mengeruhkan keadaan.
"Jarred.. You ni tak faham bahasa kah? I dah tak nak jadi isteri you, i dah tak sanggup hidup dengan lelaki macam you!" Kali ini Abiy bercakap sambil berdiri. Bola matanya seakan berapi memandang Jarred.
"Tak pernah kah walau sesaat i bahagiakan you?"
Abiy terkedu. Dia melarikan anak matanya dari renungan Jarred.
"I tetap dengan keputusan i. I pergi dulu." Abiy meminta diri.
"I pun tetap dengan keputusan i." Sempat Jarred membalas sebelum Abiy hilang dari pandangan matanya.

*pssttt.. Psstttt.. Uolsss.. Jangan lupa tekan vote and comment!

I Wanna Marry That Hot DUDA! Where stories live. Discover now