Part 9

145 6 0
                                    


DIA MILIKKU

PART 9

Sebaik saja nancy meninggalkan ryan dan ryana..ryana mengambil peluang untuk bertanya pada ryan..ryana tiada mahu ada sebarang masalah menimpa dirinya.. Lagi2 kalau masalahnya itu berkaitan dengan lelaki..ryana cukup benci

"Mr ryan??" Tegur ryana

Ryan memandang ryana..ryan tergelak kecil melihat ryana menaikkan kening nya ke atas..

"What ryana??" Kata ryan..

Sangat lembut suara ryan..aduhh mahu buat saya cair lah tu buat suara macam tu..bisik hati ryana.. Well jangan harap! Kata hati ryana lagi

"Siapa tu perempuan? Sampai ugut2 saya?lagi satu kenapa dia cakap saya rampas Sr dari dia?? " bertalu soalan yang keluar dari mulut ryana.

"Oo ex gf saya bah tu" jawab ryan

What??? Ex gf?? Oo ok mesti tu perempuan ingat saya ni gf si ryan ni.. Ooo godd mati lah saya kena M

"Sr?saya tak mahu ada sebarang masalah" kata ryana

Ryan tahu ryana takut dengan ugutan dari nancy..tapi ryan akan pastikan nancy tidak mengapa2kan ryana..ryan meminum jus oren nya..

"Mari ryana..kita kena cepat ni" kata ryan

Saja ryan menukar topik kerana tak mahu hubungan yang baru saja mahu bermula secara baik rosak kerana ugutan nancy..ryan ke kuanter dan membayar harga makanan lalu bergegas ke kereta.. Ryana hanya mengikuti dari belakang..

Ryan dan ryana memasuki ruang pejabat yayasan holdings sdn bhd.. Mereka di bawa di dalam sebuah bilik meeting dan di suruh menunggu sebentar..tidak lama selepas itu CEO syarikat yayasan holdings sdn bhd pun datang untuk berjumpa dengan ryan dan ryana..

"Selamat datang ke yayasan holdings sdn bhd mr ryan" sapa zulkifli dan menghulurkan tangan untuk bersalam..

"Hai mr Zul" sapa ryan kembali dan menyambut tangan Zul untuk bersalam..

Dada ryana bagaikan mahu meletup di situ juga..tidak ryana menyangka bahawa zulkifli ada lah CEO yayasan holdings sdn bhd..

"Bangsat" kata hati ryana

Mereka pun memulakan perbincangan dan ryan merasa cemburu melihat mata zulkifli asyik memandang ryana dan kurang focus pada perbincangan mereka..

"Ehem mr Zul?" Sapa ryan

Zul bagaikan tersedar dan mengalihkan perhatian nya pada ryan..

"Sorry..kita di mana?" Tanya Zul

Ryan meneruskan perbincangan dan kali ni zulkifli lebih focus..ryan melihat ryana juga tidak senang duduk...dan muka ryana kelihatan merah...mungkin kah ryana menahan marah? Fikir ryan sendiri..

Walaupun ryana tidak selesa dengan keadaan nya sekarang tetapi ryana tetap mencatit segala butir2 penting yang harus di catit..ryana tidak mahu projek itu ada masalah di kemudian hari..

"Baiklah mr ryan..harap dengan kerjasama kita ni dapat memberi keuntungan kepada kedua2 syarikat " kata zul

"Ya semoga semuanya berjalan seperti yang di rancang" jawab ryan

Mereka mengakhiri perbincangan pada petang itu dan ryana dan ryan meminta diri untuk beransur..

Di dalam kereta ryan melihat ryana hanya mendiamkan diri dan memandang di luar cermin keretanya..

"Ryana?are you ok?" Tegur ryan

Tiba2 ryana menangis..ryan panik.. Ryan memasang signal untuk ke kiri dan memberhentikan kereta di bahu jalan..ryan menghulurkan tisu kepada ryana..

"Maafkan saya ryana..kalau saya tidak bawa kau di syarikat holdings mesti kau tidak menangis macam ni" kata ryan

Ryana mendiamkan diri..

"Ryana.." Kata ryan

"Selama ini saya berusaha untuk tidak jumpa dengan Zul Sr..tapi kenapa takdir masih temukan kami? Belum cukup kah dengan semua yang telah saya lalui?" Tangis ryana

"Seperti orang lain..saya pun mahu gembira dan bahagia..tetapi kemunculan Zul semula membuat saya teringat satu persatu kenangan kami semasa saya masih bergelar isteri kepadanya " sambung ryana lagi..

Dan tiba2 ryan memeluk ryana..ryan tidak tahu mahu buat macam mana lagi..mungkin dengan pelukan boleh menenangkan hati ryana ketika ini...dan yang peliknya ryana membiarkan dirinya di peluk..ryana terasa selesa dan selamat berada di dalam pelukan ryan..setelah ryana merasa tenang dan berhenti menangis..ryan meneruskan perjalanan untuk balik ke pejabat mereka di empayar holdings sdn bhd..

Ryan menurunkan ryana di parking Lot..ryana tidak dapat membuka seat belt di tempat ryana duduk..ryan turun dari kereta dan pergi ke pintu penumpang..ryan menolong ryana untuk membuka seat belt..tetapi dengan tiba2 cup ! Ryan mencium pipi kiri ryana..

Untuk seketika ryana terkaku..ryan sekali lagi ingin mencium pipi ryana dan dengan tiba2 pap!!! Pipi kiri ryan di tampar oleh ryana..

"Saya bukan perempuan yang senang2 Sir nak cium " jerit ryana

Ryana menggosok2 pipi kirinya flying di cium oleh ryan..seolah2 akan tercalar pipinya dek ciuman ryan itu..

"Ryana" kata ryan

"Saya benci kau mr ryan" tengking ryana

Ryana cepat2 membuka seat belt lalu menolak badan ryan dan berlari ke keretanya..tanpa menunggu lama ryana memecut kereta dan meninggalkan ryan di parking Lot

Ryan yang melihat ryana merasa sedih dan bersalah..ryan masuk dalam kereta dan menumbuk stering kereta..

"Apa yang kau dah buat ni ryan?!!" Tengking ryan pada dirinya sendiri..

Ryana..maafkan aku..bisik hati ryan..

DIA MILIKKU by ANNA (Noorjannah Abu Bakar)Where stories live. Discover now