Part 20 (FINAL)

223 12 0
                                    

DIA MILIKKU

PART 20 (FINAL)

AFTER 2 MONTHS..

(Warning part ini mengandungi part yang harus dibaca 21 tahun ke atas saja..take note ! )

"Semoga tenang di sana Zul..pengorbanan mu akan saya kenang sampai bila2" ucap ryana

Air mata yang mengalir di seka perlahan..ryana berlalu meninggalkan pusara Zul..walaupun Zul bukan suaminya lagi..tetapi Zul pernah menjadi insan istimewa dalam hidup ryana..ryana menoleh sekali lagi ke arah pusara Zul..

"Akan saya hargai setiap detik nafas yang kau berikan ni Zul..akan saya hargai setiap detik hidup saya..terima kasih atas pengorbanan mu" kata ryana sendirian..

Ryana berlalu ke kereta nya dan tidak menoleh ke belakang lagi..ryana sudah tidak menyalahkan dirinya atas kematian Zul..ryana memandu perlahan menuju satu tempat..ya..ryana mahu melihat keadaan nancy...ryana mendapat tahu dari shanti bahawa..nancy di masukan ke hospital sakit jiwa..

Sampai saja ryana di hospital di mana nancy di tempatkan..ryana terus saja berjumpa dengan doktor yang merawat nancy dan bertanya tentang nancy..

"Selamat pagi doktor" sapa ryana

"Oo Ms ryana..selamat pagi.." Kata doktor hisyam..

Ryana tersenyum..

"Mari kita lihat keadaan puan nancy " kata doktor hisyam

Ryana dan doktor hisyam berjalan bersama menuju ke bilik di mana nancy di tempatkan..sampai saja di bilik itu ryana melihat nancy duduk di satu kerusi kayu dan nancy berkelakuan seperti bercakap dengan seseorang...

"Macam mana nancy boleh jadi macam ni doktor?" Tanya ryana

"Oo puan nancy mengalami gangguan jiwa yang teruk" jawab doktor hisyam

"Gangguan jiwa merupakan penyakit yang dapat di alami oleh setiap orang..gangguan jiwa atau dikenali juga dengan istila gila merupakan penyakit yang dapat disebabkan oleh beberapa macam faktor seperti genetik,virus,auto body,mainutrisi dan penyebab umum lainnya" kata doktor hisyam..

"Tapi kes puan nancy ni..punca mungkin di sebabkan masalah kehidupan atau lingkungan sehari-hari atau pun puan nancy merasa tidak di sayangi dan tertekan pada perasaannya sendiri..kami belum dapat mengenal pasti puncanya" kata doktor hisyam..

Ryana melihat nancy..walaupun nancy pernah menyakitkan nya..namun ryana tidak berdendam..

Tiba2 ryana melihat seperti nancy berbual dengan seseorang dan kelihatan nancy merajuk dan memeluk seseorang..sedih ryana melihat keadaan nancy..ryana terus melihat apa yang di lakukan oleh nancy..

Nancy merenung ke arah Zul..

"Abang lambat datang" kata nancy seolah2 merajuk..

Zul tersenyum lalu di cium dahi nancy..nancy tersenyum dan memeluk tubuh badan Zul..

"Abang jangan tinggalkan syg lagi" ucap nancy

Zul hanya tersenyum dan memerhatikan nancy..tidak lama selepas itu bayangan Zul menghilang..nancy merasa takut...

"Abang jangan tinggalkan syg..!" Tiba2 nancy menjerit dan mengamuk..

Beberapa pekerja yang di tugas kan masuk ke dalam bilik dan menenangkan nancy..doktor hisyam menyuntik sesuatu di tangan nancy dan tidak lama selepas itu nancy tidak sedarkan diri

Ryana yang melihat dengan keadaan nancy merasa sedih..

"Semoga kau dalam lindungan tuhan nancy" doa ryana dalam hati

DIA MILIKKU by ANNA (Noorjannah Abu Bakar)Where stories live. Discover now