Maafkan Saya.. Awak!

63 6 0
                                    

          Fara terburu-buru meninggalkan rumahnya, basikalnya dicapai.

            “Fara nak ke mana tu?”tanya Puan Ina.

            “Nak ke sekolah.”jawab Fara.

            “Fara baru balik sekolah, seragam pun tidak sempat tukar.Makanlah dulu.” pesan Puan Ina.

            “Tidak mengapalah mak, Fara nak cepat ni. Ada kelas tambahan!” Fara memberi alasan. Puan Ina memerhati Fara, pelik benar perangai Fara sejak akhir-akhir ini.

            Setibanya di stor itu, Iwan sedang duduk, termenung. Aneh, sejak kebelakangan ini, lagak Iwan sedikit aneh.

         “Boleh saya tahu kenapa awak sudah tidak menulis puisi lagi? Awak jadi mentor saya sejak kebelakangan ini, awak sepatutnya turut menulis.” tanya Fara. Iwan hanya tersenyum.

            “Selama ini, saya hanya menulis puisi di saat saya gembira sahaja. Saya tidak pernah menulis di saat saya sedih atau kecewa. Saya belum mampu,” jawab Iwan, tenang.Fara tertunduk, wajah Iwan dipandang sekilas.

            “Bukankah kita berdua sering bahagia bersama? Bukankah saat kebahagiaan awak ketika saya ada?” tanya Fara, berharap. Iwan terdiam, wajah Fara ditatap dalam-dalam.

            “Apa maksud awak?” tanya Iwan.

            “Ambil lah.” pinta Fara. Iwan mengambil sekeping kertas dari tangan Fara.

           

            Matamu cahaya hidupku

            Senyumanmu menjadi kebahagiaanku

            Suaramu melodi hatiku

            Dirimu pelengkap hidupku

            Kau muncul saat dukaku

           Kau telah mencuit hatiku

            Jantungku berdegup saat di sampingmu

 Mungkinkah aku mencintaimu


            Iwan menutup perlahan lembaran luahan hati Fara, wajahnya ditundukkan.

            “Kita tidak mungkin bersatu,” ujar Iwan, tertunduk.

Cinta Kita Terhenti (COMPLETE)Where stories live. Discover now