Prolog

266 29 39
                                    

Chanyeol's pov

Aku berjalan masuk ke dalam dewan. Tahulah aku bahawa kebanyakkan pelajar yang hadir semuanya sudah berpasangan. Lihatlah cara mereka berpegangan tangan, memberikan senyuman pada yang lain. Bagaikan pasangan burung merpati—

Ceit, tak heran pun lah. Aku pun boleh. Bila-bila aku nak pun aku boleh dapat. Cuma aku malas nak ada hubungan dengan mana-mana perempuan. Tambahan pula ini tahun last aku digelar  sebagai pelajar di sekolah ini. Perlu lagi ke untuk aku ada pasangan. Oh come on man, bunga bukan sekuntum.

"Weh Chan!" Mata aku melirik pada suara yang memanggil nama aku.

"Sini!" Aku mengangguk sebaik sahaja melihat kawan aku yang lain sedang duduk di satu meja bulat.

Meja mereka aku hampiri. Tetapi malangnya nasib aku apabila baju yang aku pinjam dari Kris telah kotor diselaputi krim coklat dan em maybe kitkat juga ikut sekali melekat. Aku memandang si dia yang berani melanggar aku.

"Weh"

"Sorry! Aku tak sengaja. Ohmygashh, baju kau. Wait, aku pergi ambil tisu." Dia mengelap sedikit krim coklat yang ada pada baju aku menggunakan tangannya.

"No it's okay." Tangannya aku tepis perlahan tetapi tetap sahaja dia keraskan untuk bersihkan baju aku.

"Tak, tak apa. Aku pergi ambil." Katanya yang masih mengelap baju aku dengan tangannya.

"Iyalah, buatlah apa pun yang kau nak. Tapi bukan yang ini." Aku menjuihkan bibir pada tangannya yang masih tidak berganjak dari dada aku.

Aku sedar dada aku tegap. Jadi tidak hairanlah ianya menjadi idaman para gadis di luar sana. Tapi tidak pula aku sangka lelaki juga akan tertarik dengan dada dan juga abs aku. Atau dia iri hati sebenarnya.

"Oh maaf." Bibir dia membentuk sebuah senyuman em malu? Tangan dia beralih dari dada aku ke telinganya.

Aku memandangnya, menanti tisu yang hendak diberikan olehnya. Tetapi sebaliknya, dia masih tersenyum malu tanpa memandang aku. Ah aku benci tengok dia malu dengan aku. Rasanya macam aku sedang berdiri di hadapan seorang gay.

Tanpa minta izin dari dia, aku terus menyambung jalan aku ke meja kawan-kawan aku. Sebaik sahaja duduk di kerusi, aku mencapai tisu yang tidak aku tahu berapa helai aku ambil.

"Kau ni dah kenapa?"

"Weh baju kau kotor!"

"Ada awek langgar kau ke?"

Aku menjeling mereka sebelum memberi semua fokus aku pada baju. Mujur sahaja Kris tidak hadir ke prom malam ini. Ada jugalah masa untuk aku hantar bajunya ke lobi. Andai sahaja dia hadir dan baju kotor ini diketahuinya, sudah tentu dia paksa aku jadi penyampai berita terkini tentang lelaki bernama Huang Zi Tao. Oh iya, korang harus tahu bahawa lelaki tingginya 189 cm itu adalah gay.

"Hoi Chanyeol. Aku nak ke luar sekejap."

"Aku pun."

"Well, me too."

Bahu aku ditepuknya oleh Sehun diikuti dengan Kyungsoo dan akhir sekali Kai, menerima beribu bebanan. Aku yakin makna disebalik tepukan itu, pasti mereka menyuruh aku untuk menjaga tempat mereka dari diambil oleh orang lain.

"Tak guna."

"Tak apa aku teman kau." Lagi sekali bahu aku ditepuk tetapi kali ini dengan orang yang tidak aku kenali.

"Em tak apa." Aku menoleh ke kiri— jap ini dia.

"Datang seorang je ke? Mana pasangan kau?" Soalnya seperti menyindir aku. Dari riak wajahnya, aku tak nampak perasaan bersalah yang terbit pun dari cara dia pandang aku. Apa yang aku nampak dari matanya hanya bayangan aku dari anak matanya.

Namun soalannya tadi aku abaikan dan menghirup sisa minuman Sehun. Pandangan aku tidak duduk diam, melilau satu dewan sambil mengelap baju kotor aku ini walaupun hakikatnya sudah dibersihkan. Pelik. Aku rasa tidak selesa dengan dia. Ianya seakan-akan ada sesuatu yang dia pendamkan.

"Park Chanyeol kan?"

"Kelas ××× kan?"

Aku tetap mendiamkan diri mengabaikan soalannya. Pelik, macam mana dia kenal aku sedangkan aku tak kenal pun dia. Adakah aku telah di'stalk' oleh dia?

"H-hey.."

"Pandanglah aku."

"Yow man, look at me look at me now."

Habis semua sisa minuman Sehun, Kai dan Kyungsoo aku minum. Nak pergi dari sini tapi aku telah diberi amanah untuk jaga tempat mereka. Ah sial ah kawan macam ni. Aku sudah tidak tahan dengan lelaki ini yang dari tadi memekak di telinga aku. Sudah tu boleh pula dia nyanyi lagu Blackpink. Aku syak dia ni blink.

"Hey you." Dia panggil aku lagi, tapi kali ini lebih kepada suara orang yang sudah mahu mengalah. Jadinya aku pun memandangnya hanya untuk memuaskannya.

"Yes?"

"Date me."

"…"

"Are you listening? Date me."

"What the—"

"Date me."

"I'm fucking a boy, you dickhead."

Dia mendiamkan diri seakan-akan memikirkan sesuatu. Aku mula tidak selesa dengan lelaki ini. Jadinya aku dengan segera beralih dari sini dan singgah di mana-mana sahaja yang terdapat banyak perempuan. Cukuplah duduk dengan seorang lelaki, fobia sudahnya nanti.

"Chanyeol." Aku tersenyum lega apabila ada juga yang sedar kewujudan aku di sini.

"Nayeon!" Aku berlari mendapatkannya.

"Eh! Awak ni dah kenapa?"

"Please be my partner."

"Awak sakit ke? Saya datang ke sini dengan Mingyu."

"Jadi?"

"Awak nak kena belasah dengan dia? Macam ni lah Chanyeol, saya tahu awak suka saya. Tapi maaf sangat, saya tak boleh terima awak." Wajahnya Nayeon aku pandang kosong, laju sahaja kepala aku digeleng.

"Bukan, aku tak suka kau. Aku suka orang lain. Niat aku nak kau jadi partner aku sebab sekolah kita ada GAY!"

Suara aku yang sedikit lantang, sedikit sebanyak telah menarik perhatian beberapa orang yang berada di sekeliling kami. Sebuah senyuman aku berikan pada mereka sebelum mencari lelaki tadi. Dia masih kekal duduk di meja tadi sambil memandang ke arah.. aku.

"Nayeon, please."

"Cara awak terkejut ni, macam awak tak pernah jumpa gay." Sindir Nayeon membuatkan aku teringat pada Sehun dan Luhan yang sedang hangat bercinta, juga Kris yang mempunyai perasaan pada Tao. Jadinya Nayeon tersenyum mengejek sambil menumbuk perut aku perlahan.

"Apa lah awak ni." Dia ketawa dan tinggalkan aku seorang diri di sini.

Aku membatukan diri di sini sambil memandang lelaki tadi. Dia masih tetap memandang aku seakan-akan aku ini ialah santapan untuknya. Aku memejamkan mata, berjanji bahawa malam ini takkan aku lupakan. Malam prom ini.

Iya malam prom ini yang sepatutnya menjadi malam yang indah, di mana aku boleh bersuka-ria dan mengajak mana-mana perempuan untuk bercinta.

Tetapi dunia sudah terbalik, aku pula yang diajak bercinta.

Dan yang paling anehnya, dia adalah lelaki. Atau secara ringkasnya, GAY.

-

Esok puasa, dan cerita aku boy×boy— Kemaksiatan apakah ini?¿?¿

Btw, Haa yeyeye sila sUppORt weh

*××× aku malas nak pikir kelas apa,, ha pepandai lah korang pikir

Nutellappa EM MAAF CITER AKU TAK SEBEST CITER KAU PENULISAN PUN TAHI AJE EMM ABAIKAN PENULISAN AKU

CHANBAEK WEH CHANBAEK!!

SIAPA SHIP CHANBAEK FLIP BULU HIDUNG KORANG SEKARANG GAK em tapi aku ship sebaek em em

Off-The-Wall ++ ChanbaekWhere stories live. Discover now