1 | Baby

184 26 50
                                    

Chanyeol's pov

Ketawa aku dari tadi berkumandang apabila Suho hyung tidak berhenti buat lawak. Tak sangka dia boleh buat lawak selawak ini. Sepanjang aku hidup dengan lelaki ini, hanya lawak hambar sahaja yang jadi rutin hariannya. Tetapi kali ini..

"Aku cuti ni nak jadi model." Kata Suho dengan senyuman bangga, mungkin bangga sebab berjaya buat aku ketawa tak cukup udara.

"Haa model apa? Model tokong sana tu?" Tanyaku setelah ketawa aku mulai reda.

Dia menggeleng membuatkan dahi aku bercantum. "Dah tu model apa?"

"Model ibu-ibu mengandung."

Seraya itu meja dihadapan aku diketuk kuat, mujur sahaja meja ini cukup fizikalnya. Kalau tidak habis meja ini dikerjakan aku.

Suho hyung juga turut ketawa melihat lawaknya berjaya membuatkan aku gelak sedemikian rupa. Aku memandang Sehun sambil memukul bahu Kyungsoo yang tidak mempunyai sebarang reaksi pada lawaknya Suho hyung. Aneh sungguh.

"Dah lah hyung. Sakit perut aku dengan lawak kau. Aduh hahaha.."

"Masalah lah kau ni. Nak gelak tu gelak je lah. Jangan libatkan bahu aku sekali." Marahnya Kyungsoo, lengan aku yang berpaut pada bahunya ditepis kuat sehingga hampir sahaja aku hilang imbangan.

"Baby!!"

Terkejut kami satu meja apabila suara yang sama seakan nyah menjerit masuk ke rumah kami.

Astagfirullahalazim! Lelaki ini!

"Chanyeol baby aum chak!" Dia tersenyum sambil berjalan ke arah aku. Mati lah aku.

"Weh Chan, sejak bila kau pun sekaum dengan aku ni." Wajahnya Sehun aku pandang atas bawah.

Sekaum?

Bukan dari azali lagi ke aku dan dia ini sama kaum. Ah aneh-aneh saja anak kecil ini. Pandangan aku alihkan pada lelaki tadi. Dia sedang berjalan ke arah aku dalam keadaan slow motion. Betul, tak tipu. Pelik bukan? Tetapi itulah kenyataannya. Dia berjalan dalam keadaan yang sangat lambat.

Aku bercekak pinggang menanti si dia berdiri di hadapan aku. Sungguh lambat lelaki ini buka langkahnya. Aku jadinya sempat menyambung ketawa yang terbantut tadi akibat teguran Kyungsoo barusan tadi. Langkah lelaki ini aku perhatikan lagi, semakin lama semakin kurang perlahannya. Dan semakin laju langkahnya menghampiri aku. Laju sahaja kepala aku ditelengkan ke arah kawanku yang lain. Anehnya mereka hanya statik di meja sambil bermain kad mahjong. Eh, sejak bila pula korang main kad mahjong ni.

"Baby!" Membulat mata aku melihat badan kecil milik lelaki itu sedang berdiri di hadapan aku.

"Aku chaw dulu!"

Disaat inilah baru aku melafazkan perkataan syukur pada Pencipta apabila sedar kaki galah aku ini ada juga gunanya. Setiap anak tangga aku langkah sebanyak lima anak tangga terus. Nampak tak betapa bersyukurnya aku. Tidak pernah-pernah dibuat orang langkah anak tangga lima walaupun mereka boleh berbuat sedemikian. Hanya aku, iya aku rasa aku adalah orang pertama yang berbuat demikian jadi sila bangga HAHAHAH em k.

Aku memalingkan kepala ke belakang apabila tiba di anak tangga terakhir untuk melihat lelaki katek itu. Tiada. Terus saja dihentikan langkah aku apabila kehadiran lelaki tadi sudah tiada. Kemanakah dia menghilang?

"Baby!"

"Argh! Siapa baby kau? Nyah dikau dari sini!" Jerit aku sambil menutup muka dengan telapak tangan. Sungguh aku takut dengan lelaki ini.

Nak lari? Hm lupakan, kaki aku dah tak larat nak lari lagi.

"Baby!"

"Eh baby, baby, baby. Aku bukan baby kau lah *censored* ". Ha nasib baik hari ini puasa kalau tak memang dah aku sebut binatang pink itu.

Off-The-Wall ++ ChanbaekWhere stories live. Discover now